- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JELI, 18 Disember – Dua beranak maut tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Batu Melintang, Jeli Kelantan, tengahari tadi. Seorang mangsa cedera ringan dalam nahas membabitkan sebuah Toyota Lexus yang bertembung dengan Perodua Alza kira-kira pukul 1.59 tengah hari itu. Impak kemalangan menyebabkan Perodua Alza dinaiki seorang lelaki, 39 tahun bersama anak lelakinya, […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 18 Disember – Tiada tempoh ‘bulan madu’ diberikan kepada anggota Kabinet yang baharu dilantik atau bertukar portfolio, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Menurut beliau, perkara itu dimaklum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, sebagai penegasan agar semua menteri segera melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Datuk Fahmi berkata, kebanyakan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 18 Disember – Mesyuarat Kabinet memutuskan bahawa tiada kenaikan kadar tol akan dikenakan bagi 10 konsesi lebuh raya pada tahun 2026. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan, dengan kos berkaitan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. “Perincian mengenai konsesi lebuh raya terlibat akan diumumkan oleh Kementerian Kerja […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MELAKA, 18 Disember – Semua kontraktor yang dilantik Kementerian Kerja Raya (KKR) diwajibkan menyiapkan projek yang diberikan mengikut tempoh ditetapkan atau lebih awal daripada jadual. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, penekanan itu merupakan prinsip utama kementerian selaras dengan peringatan Perdana Menteri agar pelaksanaan semua projek kerajaan dipercepatkan tanpa sebarang kelewatan. […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
NILAI, 18 Disember – Malaysia masih belum menerima sebarang maklum balas rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan kuota haji tambahan bagi musim 1447H/2026M. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan tersebut dan kini masih menunggu keputusan daripada kerajaan Arab Saudi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
GUA MUSANG, 18 Disember – Pekebun di Kampung Batu 5 dan Batu 6, di sini menanggung kerugian selepas tanaman diusahakan untuk jualan musim tengkujuh dimusnahkan tiga ekor gajah liar sejak minggu lalu. Tan Chai Feng, pekebun pisang mengalami kerugian selepas tanamannya yang telah berbuah dimusnahkan haiwan terbabit. “Tanaman (pisang) ini memang saya tanam untuk jualan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 18 Disember – Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memantau pematuhan pemberi perkhidmatan termasuk Astro bagi memastikan keperluan ketelusan maklumat dan kejelasan kontrak dipatuhi. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata pemantauan itu dilaksanakan selaras dengan Kod Amalan Am Pengguna 2022 (GCC), yang mewajibkan penyedia perkhidmatan memaklumkan pengguna tentang semua […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUANTAN, 18 Disember – Seorang warden Penjara Penor ditemukan meninggal dunia selepas pulang memeriksa keadaan rumahnya yang dinaiki air di Taman Seri Inderapura, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Ashari Abu Samah mengesahkan mangsa Muhammad Hariri Kamarudin, 26 tahun yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa, […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LIMBANG, 18 Disember – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kubu, di sini pagi tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi. “Mangsa dikenali sebagai Mohd Hasswandy Sahari, 26, dari Kampung Lubuk Sigantang disahkan maut di lokasi kejadian. Pemandu kereta […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUANTAN, 18 Disember – Pengurusan banjir di Pahang, lancar dan terkawal walaupun mencatatkan peningkatan angka penduduk terjejas banjir. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan setakat ini, pihak berkaitan telah melaksanakan operasi serta pengagihan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan baik dan teratur. “Saya tidak menafikan mungkin ada sedikit ‘kelewatan’ akibat hujan. […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 18 Disember – Pelancongan domestik mengekalkan prestasi kukuh pada suku ketiga 2025 dengan merekodkan 72.6 juta pelawat, meningkat 9.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perbelanjaan pelancongan domestik turut mencatat pertumbuhan memberangsangkan kepada RM29.8 bilion, meningkat 16.7 peratus tahun ke tahun. Berbanding suku kedua 2025, jumlah pelawat domestik […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 18 Disember – Industri budaya dan kreatif terus memberi impak besar kepada ekonomi negara dengan menyumbang RM130.7 bilion atau 6.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi tahun 2024. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, angka itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding 4.5 peratus pada 2023. Pencapaian itu katanya, bukti perkembangan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 18 Disember – Penyedia perkhidmatan e-hailing global, InDrive menerima kelulusan lesen operasi e-hailing di Malaysia selepas berjaya memenuhi semua keperluan pematuhan yang ditetapkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sepanjang tempoh pemantauan selama tiga bulan. Pengurus Operasi Pemandu InDrive, Azlan Anwar berkata, pengesahan itu menandakan komitmen jangka panjang syarikat berkenaan untuk terus beroperasi […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 18 Disember – Model kenderaan elektrik (EV) Perodua QV-E menerima sambutan positif apabila lebih 5,000 pelanggan hadir ke pusat jualan terpilih untuk pandu uji, setakat ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, walaupun pandu uji hanya dibuka di sembilan cawangan terpilih , sambutan terhadap EV nasional itu […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 18 Disember – Syarikat-syarikat Jerman yang beroperasi di Malaysia kekal optimistik terhadap pasaran tempatan meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global. Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia-Jerman (MGCC) memaklumkan, keyakinan terhadap prospek ekonomi Malaysia kekal tinggi, dengan 90% syarikat menjangkakan keadaan ekonomi pada 2026 akan terus stabil dan menggalakkan. Hasil tinjauan melibatkan ahli MGCC juga mendapati, […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 18 Disember – Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyaksikan urus niaga lebih rendah dalam sesi dagangan awal pada Khamis. Pada 9.19 pagi, kontrak Disember 2025 dan Jun 2026 masing-masing turun 3.0 mata kepada 1,638.0 dan 1,628.50 manakala Januari 2026 susut 2.5 mata kepada 1,641.50 dan Mac 2026 merosot 2.0 mata […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 18 Disember – Ringgit dibuka mengukuh pada paras 4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun walaupun dolar AS meningkat ketika penggiat pasaran terus meneliti hala tuju dasar bank pusat negara maju itu. Setakat pukul 8.00 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0795/0915 berbanding dolar AS daripada 4.0855/0940 […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 18 Disember – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) membuktikan kematangan dan komitmen kukuh dalam mendukung agenda pembangunan usahawan negara sepanjang dua dekad penubuhannya, selaras dengan aspirasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Rahman Mohd Din berkata, tempoh 20 tahun itu bukan satu […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 17 Disember – Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini disokong oleh peningkatan di pasaran niaga hadapan getah serantau serta kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga. Katanya niaga hadapan getah Jepun meningkat dipacu pengukuhan harga minyak mentah dan unjuran terhadap bekalan yang semakin terhad. Sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 17 Disember – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM32.90 bilion daripada RM34.42 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM21.20 bilion daripada RM20.70 bilion. Terdahulu, […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KEMAMAN, 18 Disember – Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memperdaya seorang mangsa yang menyertai kutu lelong dengan menyerahkan wang berjumlah RM10,250 pada Oktober lalu. Tertuduh, Noor Suzila Adnan, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. Dia didakwa telah menipu seorang wanita berusia 32 […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA BHARU, 18 Disember – Remaja perempuan yang terlibat kes rogol bawah umur secara suka sama suka di Kelantan, dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) bermula Oktober lalu untuk tindakan lanjut bawah Mahkamah Syariah. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata setakat ini lima remaja perempuan terbabit kes itu telah dirujuk […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUBANG PASU, 18 Disember – Seorang lelaki warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret Jitra, hari ini atas tuduhan mengedar 331 kilogram dadah jenis methamphetamine. Tertuduh, Muhammad Chemudo, 37, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret, Nor Syaliati Mohd. Sobri. Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan hutan Durian Burung, […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 18 Disember – Sebanyak 13.178 kilogram (kg) dadah bernilai RM1.292 juta dirampas dalam dua operasi berasingan di Kulai dan Johor Bahru, Johor, bulan lalu. Pengarah Kastam Negeri Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi, berkata sindiket menggunakan khidmat penghantaran atau kurier untuk mengedar dadah melalui bungkusan pos. Menurut Aminul Izmeer, serbuan pertama di sebuah apartmen […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 18 Disember – Sebanyak 13.178 kilogram (kg) dadah bernilai RM1.292 juta dirampas dalam dua operasi berasingan di Kulai dan Johor Bahru, Johor, bulan lalu. Pengarah Kastam Negeri Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi, berkata sindiket menggunakan khidmat penghantaran atau kurier untuk mengedar dadah melalui bungkusan pos. Menurut Aminul Izmeer, serbuan pertama di sebuah apartmen […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA BHARU, 18 Disember – Polis Kelantan menjangkakan kira-kira 20 lagi pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok Kelantan-Thailand akan dirobohkan sebelum akhir bulan ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata sebanyak 25 pangkalan haram sudah dirobohkan sejak November lalu sehingga kini membabitkan daerah Tanah Merah dan Pasir Mas. “Kita akan buat secara berterusan, kita […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BUKIT MERTAJAM, 18 Disember – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya, awal bulan ini. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit kerana kes bunuh bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Khairul Rizuan Abdullah, 28, didakwa membunuh Wan Khairul Safinah Ishak, 44, di sebuah rumah […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KLANG, 18 Disember – Polis mengesahkan seorang lelaki berusia lingkungan 34 tahun maut selepas dipercayai ditetak dalam satu kejadian pergaduhan di Taman Sentosa, Klang, malam tadi. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, dalam kenyataan memaklumkan Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan menerima maklumat daripada MERS 999 mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 11.10 […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA SETAR, 18 Disember – Tiga buah lori disita menerusi Op Gempur Kenderaan Perdagangan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan serius. Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam, berkata Op Gempur Kenderaan Perdagangan diadakan seawal pukul 5.00 pagi di dua lokasi tumpuan iaitu Pokok Sena dan Kuala Nerang. Dalam operasi tersebut, sebanyak tujuh […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 18 Disember – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menyerbu sebuah kilang komputer di Johor Bahru selepas dikesan menggaji Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal mendapati wujud unsur pelanggaran undang-undang imigresen secara terancang di kilang berkenaan. Serbuan yang dijalankan pada Selasa […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BRUSSELS, 18 Disember -Ratusan petani bertindak membaling bom asap dan kentang ke arah polis ketika pemimpin Kesatuan Eropah (EU) bermesyuarat bagi membincangkan dasar perdagangan dan pertanian, di sini, hari ini. Demonstrasi itu menyaksikan petani dari beberapa negara Eropah memandu traktor masuk ke pusat bandar Brussels, membunyikan hon dan menyekat lalu lintas utama. Sebahagian penunjuk perasaan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LONDON, 18 Disember -Cermin mata pintar XRAI yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) berupaya memaparkan sari kata masa nyata, sekali gus meningkatkan akses komunikasi golongan pekak dan kurang pendengaran. Teknologi itu diperkenalkan dalam satu sesi ujian di sini, melibatkan komuniti pekak serta pengguna alat bantuan pendengaran. Ketua Pemasaran XRAI Inc., Jack Bloomfield berkata, XRAI Glass […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BRUSSELS, 18 Disember -Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) berdepan keputusan kritikal untuk mencapai persetujuan sama ada aset bank pusat Rusia yang dibekukan boleh digunakan bagi membiayai bantuan kewangan kepada Ukraine. Isu itu menjadi tumpuan utama Sidang Kemuncak EU, ketika blok itu berusaha mencari dana jangka panjang bagi menampung keperluan Ukraine dalam tempoh dua tahun akan datang. […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TAIPEI, 18 Disember -Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan senjata bernilai AS$11.1 bilion kepada Taiwan. Ia disifatkan sebagai pakej terbesar pernah diluluskan kepada pulau itu, bagi memperkukuh keupayaan pertahanannya. Kementerian Pertahanan Taiwan memaklumkan, kelulusan tersebut dibuat oleh kerajaan AS pada 17 Disember dan kini memasuki peringkat notifikasi kepada Kongres sebelum dimuktamadkan. “Pakej berkenaan merangkumi lapan kategori […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 18 Disember -Subsidi insurans kesihatan Amerika Syarikat (AS) yang diperluas sejak pandemik COVID-19 dijangka tamat hujung tahun ini. Ia susulan kelulusan rang undang-undang (RUU) kesihatan oleh Dewan Perwakilan yang diterajui Parti Republikan, tanpa menyambung bantuan tersebut. RUU itu diluluskan dengan keputusan tipis, 216 undi menyokong dan 211 menentang. Undian berkenaan dijangka menjadi undian terakhir […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SYDNEY, 18 Disember –Pantai Bondi kembali dibuka kepada orang awam selepas ditutup sementara susulan insiden tembakan yang mengorbankan 15 nyawa pada Ahad lalu. Kawasan sekitar pantai ikonik itu sebelum ini dikawal ketat pihak berkuasa bagi tujuan siasatan dan keselamatan awam. Tinjauan di lokasi mendapati, polis mula membuka sekatan serta membenarkan orang ramai kembali memasuki kawasan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BRUSSELS, 18 Disember – Parlimen Eropah pada Rabu meluluskan undang-undang bagi mengharamkan import gas asli cecair (LNG) Rusia berkuat kuasa pada awal 2026. Manakala import gas Rusia melalui saluran paip akan ditamatkan secara berperingkat menjelang 30 September 2027. Undang-undang itu, yang sebelum ini telah dipersetujui oleh Majlis Kesatuan Eropah (EU), diluluskan dengan 500 undi menyokong, […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BRUSSELS, 18 Disember -Ribuan petani dijangka mengadakan demonstrasi besar-besaran di Brussels pada Khamis bagi membantah rancangan Kesatuan Eropah (EU) untuk memeterai perjanjian perdagangan dengan blok Amerika Selatan, Mercosur, serta cadangan pembaharuan subsidi pertanian yang dikhuatiri menjejaskan mata pencarian mereka. Protes itu berlangsung ketika para pemimpin EU mengadakan sidang kemuncak di ibu negara Belgium tersebut. Para […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LA PAZ, 18 Disember -Presiden baharu Bolivia, Rodrigo Paz mengumumkan bahawa negara itu akan menghapuskan subsidi bahan api pada Rabu. Pengumuman berkenaan menamatkan tempoh 20 tahun harga tetap di bawah pemerintahan pemimpin terdahulu di negara Amerika Latin itu. “Dengan penerbitan dekri ini, harga baharu bagi hidrokarbon akan diumumkan,” kata Presiden Rodrigo Paz, seorang konservatif properniagaan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TAIPEI, 18 Disember – Pentadbiran Donald Trump telah memberi kelulusan penjualan senjata bernilai AS$11 bilion kepada Taiwan. Kelulusan tersebut merupakan pakej kedua penjualan senjata sejak Trump kembali memegang jawatan sebagai Presiden, menurut kenyataan Taipei pada Khamis. Pakej itu merangkumi sistem roket HIMARS, howitzer, peluru berpandu antikereta kebal, dron, dan alat ganti bagi peralatan ketenteraan lain, […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 18 Disember – Ketajaman jentera serangan menjadi sandaran utama skuad hoki lelaki negara apabila melangkah ke perlawanan akhir Sukan SEA Thailand dengan penuh bergaya selepas membenam Singapura 12-2 pada aksi separuh akhir, hari ini. Beraksi di Universiti Sukan Kebangsaan Thailand (TNSU), Chonburi, skuad kendalian Sarjit Singh mempamerkan dominasi mutlak sejak suku pertama, sekali gus […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
THAILAND, 18 Disember – Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 200 pingat di Sukan SEA Thailand 2025 selepas skuad berbasikal trek negara menghadiahkan pingat emas menerusi acara kejar-mengejar berpasukan lelaki di Velodrom Hua Mark, Bangkok, hari ini. Kuartet negara yang dibarisi Abdul Azim Aliyas, Muhammad Hafiq Mohd Jafri, Muhammad Yusri Shaari, Newjoe Lau dan Muhammad Adam […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
THAILAND, 18 Disember – Penantian panjang peminat berbasikal trek negara akhirnya berakhir apabila Muhammad Ridwan Sahrom muncul juara acara keirin lelaki pada Sukan SEA Thailand 2025, sekali gus menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia menerusi pecutan bertenaga pada saat akhir perlumbaan, hari ini. Beraksi di Velodrom Hua Mark, Bangkok, pelumba berusia 24 tahun itu berdepan tekanan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA BHARU, 18 Disember – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) terus agresif memantapkan pasukan bagi baki saingan Liga A1 Semi Pro apabila mengikat pemain import dari Brazil, Wesley Leal Barnaske, hari ini. Wesley Barnaske, 26 dijangka memperkukuh posisi penyerang dan bakal bergandingan dengan pemain import sedia ada, Emmanuel Mbarga dalam usaha meningkatkan ketajaman jentera […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
THAILAND, 18 Disember – Ketahanan mental serta disiplin tinggi menjadi kunci kejayaan skuad memanah compound berpasukan lelaki negara apabila bangkit menewaskan tuan rumah Thailand untuk meraih pingat emas pada Sukan SEA 2025, hari ini. Meskipun berdepan angin kencang yang mencabar tumpuan, trio Mohd Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli dan Muhammad Aiman Syafiq Mohd […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 18 Disember – Liga Sukan Tradisional dijangka dilaksanakan bermula tahun hadapan sebagai usaha memastikan sukan rakyat terus dibudayakan secara berstruktur, kompetitif dan mampan, khususnya dalam kalangan generasi muda. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, liga berkenaan akan dianjurkan di peringkat negeri sebelum diperluaskan ke peringkat kebangsaan. Beliau berkata, ketika ini kementerian […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 18 Disember – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei selangkah lagi untuk mara ke pusingan separuh akhir kejohanan jelajah dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas menumpaskan pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu pada aksi kedua Kumpulan B hari ini. Juara dunia itu bermula goyah pada set pertama selepas tumpas 17-21, namun bangkit […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LAGOS, 18 Disember – Nigeria mengemukakan petisyen rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan mendakwa Republik Demokratik Congo (DR Congo) menurunkan pemain tidak layak dalam aksi play-off kelayakan Afrika bagi Piala Dunia tahun depan. Jurucakap Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF) memaklumkan, DR Congo menewaskan Nigeria menerusi penentuan sepakan penalti bulan lalu, sekali gus mengekalkan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MANCHESTER, 18 Disember – Manchester City melangkah ke separuh akhir Piala Liga selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Brentford dalam aksi suku akhir di Etihad Stadium, awal pagi tadi. City bakal berdepan juara bertahan, Newcastle United yang turut mengesahkan slot separuh akhir selepas menewaskan Fulham 2-1 menerusi gol pada masa tambahan di St James’ Park. […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BEVERLY HILLS, 18 Disember – Sepasang kasut Nike ‘Grinch’ yang pernah dipakai dan ditandatangani oleh legenda NBA, mendiang Kobe Bryant, kini menjadi tumpuan dunia dan akan dibawa ke dewan lelongan. Kasut ini dijangka bakal mencipta rekod sejarah baharu dalam dunia koleksi sukan. Kasut berwarna hijau terang yang sangat ikonik ini telah dipakai oleh Bryant ketika […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LOS ANGELES, 18 Disember – Majlis Anugerah Akademi (Oscar) akan disiarkan secara eksklusif di YouTube bermula 2029, menurut kenyataan Akademi pada Rabu. Tindakan itu merupakan satu langkah berani bagi industri perfileman yang masih berhati-hati terhadap platform penstriman meskipun minat tontonan semakin beralih ke dalam talian. Perjanjian baharu selama lima tahun itu bermakna majlis anugerah paling […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PARIS, 16 Disember – Peminat siri popular Netflix, Emily in Paris, bakal disajikan dengan kelainan dalam Musim 5 yang akan membawa kisah percintaan dan cabaran kerjaya watak utama ke Itali, khususnya Rom, kata barisan pelakon siri itu pada Isnin. Pelakon utama, Lily Collins, menjadi tumpuan utama pada tayangan perdana karpet merah yang berlangsung di Paris. […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 14 Disember -Kumpulan rock Barbarik kembali menggegarkan pentas menerusi Pentas Barbarik Live @ Odeon KL semalam, apabila ribuan peminat setia, Rejim Barbarik, membanjiri dewan seawal pukul 5.00 petang semalam. Walaupun pembukaan konsert tertangguh akibat kehadiran luar jangkaan, suasana dalam Odeon KL bertukar gamat sebaik Barbarik yang dibarisi Muss, Jo Branko, Rozaimi dan Ainol […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Kumpulan wanita popular DOLLA kembali bertemu para peminat melalui acara DOLLA Exclusive Fan Meet yang berlangsung pada 6 Disember lalu di LG1 Pyramid Concourse, Sunway Pyramid. Pertemuan tertutup itu diadakan sebagai penghargaan terhadap kesetiaan iDOLLAs yang terus menyokong kumpulan tersebut sepanjang perjalanan seni mereka. Acara bermula pada pukul 3.00 petang […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TOKYO, 10 Disember – Penulis drama dan pelakon ‘Emily in Paris’ dari Amerika Syarikat, Jeremy O. Harris, dibebaskan tiga minggu selepas penahanannya di Jepun atas dakwaan penyeludupan dadah, sementara pihak pendakwa masih menjalankan siasatan, menurut polis pada Rabu. Jepun mempunyai undang-undang dadah antara yang paling ketat di dunia, dan pemilikan dadah haram boleh mengakibatkan hukuman […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Menatal TikTok, bermain permainan video melalui telefon pintar, perbahasan pada layar X dan WhatsApp bagi rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda; semua aktiviti ini adalah sebahagian daripada kehidupan seharian. Menerusi dunia maya, kita saling berhubungan dan juga sentiasa meningkatkan kemahiran digital. Bagaimanapun, pada masa yang sama, kita sebenarnya memupuk sesuatu yang lebih senyap tetapi […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Banjir kilat merupakan salah satu isu alam sekitar yang semakin membimbangkan di bandar-bandar Malaysia. Fenomena ini bukan sahaja mengganggu kehidupan harian, malah memberi kesan besar terhadap ekosistem dan biodiversiti bandar. Walaupun ramai menganggap banjir kilat sebagai masalah saliran atau kejuruteraan semata-mata, sebenarnya ia berkait rapat dengan perubahan ekologi, pencemaran dan penyebaran spesies invasif. […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG “Papa Zola The Movie”, yang mula ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia bermula 11 Disember 2025, hadir dengan lebih daripada sekadar hiburan visual. Di sebalik kisah animasi fiksyen sains dan komedi yang menghiburkan, filem ini menyorot realiti kehidupan penggiat ekonomi gig serta membuka ruang perbincangan tentang sisi kemanusiaan dalam ekonomi digital. Filem ini […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Dalam kehidupan seharian, profesion jururawat jarang menjadi perhatian masyarakat. Ketika sihat, mereka bukan siapa-siapa dalam ingatan. Namun apabila demam tinggi menyerang, ketika seorang ayah tidak lagi mampu berdiri, atau seorang anak melarat di ICU, jururawatlah insan yang berdiri di sisi katil pesakit saban waktu. Mereka tidak terkenal di layar perdana, tetapi merekalah insan […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Kala ini, pada petang hari selepas pulang dari sekolah, kebanyakan anak menghabiskan masa dengan peranti masing-masing. Justeru, ibu bapa bukan lagi memanggil anak pulang dari taman permainan atau padang bola, tetapi dari laman layar yang bercahaya. Bagi anak-anak muda, mustahil kalau tidak pernah mendengar perkataan Roblox atau Mobile Legends. Maka, dengan senyap dan […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Industri getah Malaysia pernah menjadi tunjang ekonomi global, menyokong pertumbuhan negara dan kehidupan masyarakat luar bandar selama lebih satu abad. Dari era penjajahan sehingga menjadi pengeluar getah asli terbesar dunia pada pertengahan abad ke-20, sektor ini mencorakkan identiti Malaysia. Hari ini, industri itu merudum. Pekebun kecil bergelut dengan harga yang tidak stabil, ladang […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Minat terhadap terapi alam sekitar atau ecotherapy semakin meningkat seiring dengan kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kepentingan menjaga kesihatan mental, khususnya dalam berdepan tekanan kerja, gaya hidup serba pantas dan peningkatan paras stres harian. Pakar psikologi kesihatan memaklumkan bahawa pendedahan kepada alam semula jadi terbukti membantu menurunkan paras hormon stres kortisol, menstabilkan emosi serta […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Sebelum industri pembinaan dimodenkan dengan keluli, konkrit dan jentera berat, nenek moyang kita di rantau Asia telah pun memiliki kepakaran untuk mendirikan struktur kukuh menggunakan kayu tanpa sebarang paku atau gam. Di Malaysia, asas teknik binaan ini dikenali sebagai tanggam; satu kaedah penyambungan kayu tradisional yang menggabungkan potongan dan takukan khusus sehingga dua […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sekolah-sekolah dan institusi pendidikan di Malaysia semakin berdepan dengan satu gejala yang membimbangkan; perbuatan mengelar tangan secara berulang sehingga meninggalkan parut berbentuk jalur selari, atau lebih dikenali dalam kalangan remaja sebagai ‘barcode cutting’. Fenomena ini bukan sahaja meresahkan guru-guru dan ibu bapa, malah menunjukkan perubahan budaya yang memerlukan perhatian […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Dunia pendidikan kini sedang mengalami transformasi besar dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan generatif (Generative AI atau GAI). Dalam era digital yang pantas ini, pendidikan pengaturcaraan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada kaedah pengajaran tradisional yang sering kali menghadapi cabaran seperti kekurangan maklum balas peribadi, perbezaan tahap penglibatan dan pemahaman pelajar. Kecerdasan buatan generatif merupakan […]
Iklan/Banner