Kategori
Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
MAIWP peruntuk RM1.6 bilion, fokus agenda pemerkasaan ummah pada 2026
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 10 Disember– Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM1.6 bilion dalam bajet 2026 bagi usaha memperkukuh agenda kebajikan, pendidikan dan pembangunan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan, mengangkat tema ‘Kesejahteraan Ummah’. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata kesejahteraan dan pemberdayaan asnaf menjadi fokus utama agihan tahun […]

Projek tebatan banjir dipantau, tangani segera masalah berulang di Hulu Langat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KLANG, 10 Disember – Banjir berulang yang berlaku di Hulu Langat sedang ditangani melalui Projek Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2, yang telah diluluskan menerusi peruntukan RM1 bilion. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek itu masih berada pada peringkat reka bentuk. Apabila siap sepenuhnya, ia dijangka mampu mengurangkan risiko banjir berulang di […]

Mesyuarat MKT UMNO turut sentuh PRN Sabah ke-17
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 10 Disember – Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, malam tadi. Mesyuarat berkenaan merupakan mesyuarat bulanan biasa dan turut menyentuh mengenai Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang telah diadakan pada 29 November lepas. Sebelum mesyuarat […]

Mesyuarat Majlis Presiden PH teliti keputusan PRN Sabah, reformasi institusi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan agar beberapa perkara berkaitan reformasi institusi diberi keutamaan dan diusahakan dengan lebih tegas dalam masa terdekat. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil dalam kenyataan memaklumkan, mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mendalami serta meneliti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) […]

Dua remaja warga Indonesia lemas dihanyutkan arus deras
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MIRI, 9 Disember – Dua remaja lelaki warga Indonesia dilaporkan lemas dibawa arus deras ketika sedang mandi di parit Ladang Surai, Simpang Lapok, Jalan Beluru–Long Teru, petang tadi. Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.10 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]

Komitmen alumni UniMAP penting, perkukuh ekosistem pendidikan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

  DAMANSARA, 9 Disember – Para alumni diingat untuk terus aktif menyumbang kembali kepada universiti melalui bimbingan, perkongsian pengalaman, peluang kerjaya dan pembangunan jaringan profesional. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), menzahirkan titah bahawa komitmen itu bukan sahaja memperkukuh ekosistem pendidikan di UniMAP, malah memberi impak […]

Projek Kota dan Bandar MADANI berada di landasan tepat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Projek Kota MADANI Putrajaya dan Bandar MADANI Bukit Jalil berada di landasan yang tepat dengan penerapan sepenuhnya elemen MADANI termasuk konsep sekolah vertikal dan kemudahan komuniti yang lebih bersepadu. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook, berkata perkembangan itu dimaklumkan ketika sesi taklimat tentang status terkini beberapa […]

SJKT, SJKC dipantau bersama bagi pastikan pendidikan berkualiti
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Kementerian Pendidikan (KPM) terus mengekalkan iltizam untuk memastikan pendidikan berkualiti untuk semua anak bangsa tanpa mengira aliran sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pendekatan kerajaan kini dalam pemantauan sekolah vernakular tidak lagi memisahkan tanggungjawab Menteri dan Timbalannya berdasarkan kaum, sebaliknya semua sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah […]

Wanita rakyat Malaysia gagal dihubungi di Aceh disahkan selamat – Wisma Putra
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Seorang wanita warganegara Malaysia berusia 64 tahun yang sebelum ini gagal dihubungi di Aceh sejak 27 November lalu disahkan selamat. Wisma Putra menerusi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dalam satu kenyataan memaklumkan, wanita berkenaan telah pulang ke Malaysia semalam. Perkara itu disahkan berdasarkan maklumat yang diterima daripada keluarganya. “Pada masa […]

Pembinaan SJKT Sungai Bakap selepas isu tanah selesai
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Projek pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang, hanya akan dimulakan selepas selesai kes di mahkamah. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, memaklumkan kerajaan telah menyediakan peruntukan untuk projek berkenaan, namun pelaksanaannya masih tertangguh akibat beberapa isu berkaitan tanah dan hutang yang belum diselesaikan. […]

KDNK 2026 dijangka tumbuh 4.5% – Maybank IB
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 10 Disember – Malaysia dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan pada 2026 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar diunjur berkembang 4.5 peratus berbanding anggaran 4.7 peratus pada 2025. Menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), pertumbuhan itu disokong oleh peningkatan permintaan domestik, penggunaan swasta yang stabil serta pembentukan modal tetap kasar yang kukuh. Bank […]

Bayaran balik cukai RM4 bilion dijangka lonjak aliran tunai, sokong ekonomi domestik
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR 10 Disember – Keputusan kerajaan meningkatkan peruntukan sebanyak RM4 bilion bagi tujuan pemulangan semula cukai kepada pembayar cukai disifatkan langkah tepat untuk merancakkan semula aktiviti ekonomi negara, khususnya dalam jangka pendek. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, penambahan peruntukan itu akan mempercepat proses kerajaan mengembalikan lebihan […]

Kenaikan peruntukan bayaran balik cukai, dorong kelangsungan PKS – MATA
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 10 Disember– Keputusan kerajaan untuk meningkatkan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion dilihat sebagai langkah yang memberi manfaat kepada Perusahaan, Kecil dan Sederhana (PKS). Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abdul Aziz Abu Bakar berkata penambahan peruntukan itu berpotensi membantu PKS dalam pengurusan aliran tunai serta pengukuhan modal […]

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 10 Disember– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM42.3 bilion dalam pasaran konvensional dan RM24.92 bilion dalam dana Islam. Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik, masing-masing bernilai RM1.0 bilion […]

Ringgit rendah berbanding dolar AS, dipengaruhi jangkaan penurunan kadar faedah Fed
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 10 Disember– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan tumpuan pelabur beralih kepada data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan datang, mengekalkan keyakinan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan meneruskan penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas selepas mesyuarat selama dua hari berakhir malam ini. Pada pukul 8.00 pagi, mata wang […]

Ringgit kekal stabil berbanding dolar AS ketika FOMC mula mesyuarat dua hari
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Ringgit terus kekal stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Selasa, ketika pasaran mengambil pendekatan berhati-hati apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) hari ini memulakan mesyuarat selama dua harinya. Pada 6 petang, ringgit hampir tidak berubah pada 4.1105/1165 berbanding dolar AS daripada 4.1100/1145 ketika ditutup semalam. […]

Dasar ekonomi tepat, pacu pertumbuhan KDNK 5.2% pada suku ketiga
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
  • Dasar ekonomi tepat membolehkan negara mengekalkan pembangunan dan pertumbuhan berkualiti meskipun cabaran global.
  • Peningkatan gaji mesti disertai dengan kenaikan produktiviti untuk capai status ekonomi berpendapatan tinggi.
  • Tumpuan pada sektor semikonduktor dan FDI dijangka menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan berkualiti.
Bursa Malaysia pulih semula untuk ditutup tinggi menjelang keputusan Fed AS
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Bursa Malaysia yang bergerak dalam aliran rendah sepanjang hari, pulih semula untuk ditutup tinggi, disokong pembelian pada saat akhir ketika para pelabur dalam keadaan berwaspada namun optimis menjelang pengumuman keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) esok. Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik […]

Penarafan BBB+ Fitch Ratings disokong kestabilan politik
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Penarafan kredit berdaulat Malaysia pada BBB+ dengan tinjauan Stabil oleh Fitch Ratings dipacu oleh prestasi cemerlang Malaysia dalam penunjuk utama alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG). Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata negara mencatatkan skor melebihi median global terutamanya dalam aspek kestabilan politik, kedaulatan […]

Malaysia perlu tingkat koordinasi keselamatan siber rentas sempadan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Malaysia digesa memperkukuh koordinasi usaha keselamatan siber rentas sempadan berikutan peningkatan kes serangan siber yang menyasarkan negara berpotensi datang dari luar negara. Menurut Naib Presiden Pemasaran & Komunikasi APAC, Fortinet, Rashish Pandey, sifat global ancaman siber menjadikan kerjasama antarabangsa sebagai elemen kritikal dalam memperkukuh daya tahan pertahanan negara. “Agensi Keselamatan […]

Lelaki ditahan, miliki ratusan katrij vape disyaki berisi ganja
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PADAWAN, 9 Disember – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki memiliki ratusan katrij vape dipercayai berisi cecair ganja dalam satu serbuan, di kawasan parkir perkarangan pusat perkhidmatan kurier di Jalan Kong Ping, di sini, kira-kira pukul 9.00 pagi, 5 Disember lalu. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pihak polis merampas […]

Dua Ah Long didakwa jalankan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BALIK PULAU, 9 Disember – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen pada Ogos lalu. Tertuduh, Teo Chee Lam 37 tahun dan Fo Tze Jie 24 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin. Mengikut kertas pertuduhan, […]

Keldai akaun ditahan, terlibat skim pelaburan tidak wujud
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ROBAN, 9 Disember – Polis menahan seorang wanita berusia 38 tahun dari Pasir Gudang, Johor di sini susulan siasatan terhadap satu penipuan pelaburan tidak wujud yang menyebabkan seorang guru kerugian hampir RM250,000. Ketua Polis Daerah Saratok, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mathew Manggie berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang guru berumur […]

Dua pikap ditahan, cuba seludup minyak diesel bersubsidi ke negara jiran
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUBANG PASU, 9 Disember – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam menahan dua buah pikap bernombor pendaftaran negara jiran selepas didapati mengubah suai tangki asal dan memasang tangki tambahan bagi menyeludup minyak diesel bersubsidi.  Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, SAC Mohd Nasaruddin M Nasir dalam satu kenyataan memaklumkan, dalam operasi pertama pada […]

Tiada bukti calon pemilihan PRK terlibat rasuah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 8 Disember – Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang calon yang bertanding semasa pemilihan PKR Mei lepas mendapati tiada sebarang bukti menunjukkan beliau menerima rasuah daripada mana-mana kontraktor atau pihak lain. Sumber SPRM memaklumkan hasil keseluruhan siasatan mendapati semua sumber kewangan bagi pembelian aset yang dilakukan individu berkenaan adalah daripada […]

Pegawai AKPS direman empat hari disyaki terlibat ‘Pasport Terbang’
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JOHOR BAHRU, 8 Disember – Seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) direman empat hari bermula semalam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan ‘Pasport Terbang’ di Bangunan Sultan Iskandar (BSI). Insiden itu berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi ketika pegawai terbabit diperiksa Unit Integriti AKPS di Kaunter MyBorderPass semasa menjalankan pemantauan. AKPS dalam kenyataan memaklumkan, […]

JIM tahan lelaki tempatan, wanita warga India guna pasport India yang dipalsukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 8 Disember – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga India dalam satu operasi khas yang digerakkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 serta sebuah kediaman di Jalan Kuching, semalam. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban dalam kenyataan memaklumkan, lelaki tempatan itu dicekup di kaunter […]

Amanah Raya Berhad dilantik sebagai pemegang amanah wang ganti rugi Raymond Koh
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 8 Disember – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan wang ganti rugi berjumlah lebih RM31 juta yang diterima oleh pastor Raymond Koh didepositkan ke dalam akaun Amanah Raya Berhad sebagai pemegang amanah. Peguam Datuk Jerald Gomez, yang mewakili isteri Koh iaitu Susanna Liew Sow Yoke, berkata Hakim Su Tiang Joo membuat keputusan […]

Remaja maut dalam insiden senapang buatan sendiri
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KENINGAU, 8 Disember – Seorang remaja maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri atau bakakuk ketika sedang bermain bersama rakannya di sini pada pagi Ahad. Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa dan suspek, kedua-duanya berusia 14 tahun sedang bermain di hadapan sebuah rumah tidak bernombor. Ketika […]

Serang Sultan Perak: Wanita kemuka representasi gugur pertuduhan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

IPOH, 8 Disember – Seorang wanita yang didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada Ogos lepas, akan memfailkan representasi untuk menggugurkan pertuduhan tersebut. Peguam Zulzarif Zakuan yang mewakili tertuduh Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41 tahun, mengesahkan perkara itu selepas sebutan kes yang turut dihadiri Timbalan […]

Korea Selatan pantau tembakan roket Korea Utara di perairan Laut Kuning
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PYONGYANG, 10 Disember – Kementerian Pertahanan Korea Selatan pada Rabu (10 Disember) memaklumkan bahawa Korea Utara telah melancarkan beberapa pelancar roket pada Selasa (9 Disember) ke arah laut di sebelah barat semenanjung Korea. Tentera Korea Selatan mengesan beberapa peluru roket artileri dilancarkan ke perairan utara Laut Kuning kira-kira pukul 3.00 petang waktu tempatan pada Selasa. […]

Jurulatih haiwan diserang beruang matahari di Taman Safari Hangzhou
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

HANGZHOU, 10 Disember – Seekor beruang matahari atau beruang madu dilihat menyerang jurulatihnya ketika satu persembahan secara langsung di sebuah taman hidupan liar di China. Menerusi rakaman video penonton yang dimuat naik di media sosial, insiden itu berlaku di Taman Safari Hangzhou di Hangzhou, China, pada 6 Disember lalu. Perkara itu turut disahkan pihak taman […]

PM Australia galak individu bawah 16 tahun cari sokongan susulan larangan media sosial
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

CANBERRA, 10 Disember – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mahu individu bawah 16 tahun mendapatkan bantuan daripada ibu bapa, guru atau perkhidmatan sokongan seperti Headspace dan Kids Helpline sekiranya mereka mempunyai sebarang persoalan atau memerlukan sokongan sepanjang tempoh peralihan larangan media sosial. Anthony Albanese, menyampaikan mesej khas menerusi rakaman video yang ditujukan kepada kumpulan itu […]

Duta Kanada ke AS umum tamat tugas pada 2026
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

QUEBEC, 10 Disember – Duta Kanada ke Amerika Syarikat (AS) Kirsten Hillman, memaklumkan bahawa beliau akan menamatkan tempoh perkhidmatannya pada tahun 2026. Hillman telah berkhidmat sebagai Duta Kanada ke Amerika Syarikat selama lebih lapan tahun dan berpangkalan di Washington, D.C. Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, dalam satu kenyataan memuji kecerdasan, ketegasan dan keupayaan diplomasi Hillman, […]

Tembakan di Universiti Kentucky ragut satu nyawa, suspek ditahan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

FRANKFORT, 10 Disember – Suspek tembak ditahan berikutan serangan di Universiti Negeri Kentucky yang mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi berada dalam keadaan kritikal, lapor pihak polis. Polis tempatan di Frankfort, ibu negeri Kentucky, bersama timbalan syerif daerah melakukan penahanan serta mengamankan kawasan kampus tidak lama selepas menerima laporan mengenai tembakan itu. Bagaimanapun Jabatan Polis […]

Australia negara pertama sekat media sosial kepada pengguna bawah 16 tahun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SYDNEY, 10 Disember – Penduduk Australia di Sydney memberikan reaksi bercampur selepas negara itu menjadi yang pertama di dunia melarang kanak-kanak bawah 16 tahun daripada menggunakan media sosial, termasuk TikTok, YouTube serta Instagram dan Facebook milik Meta. Menerusi undang-undang baharu itu, sepuluh platform terbesar diarahkan menyekat akses kanak-kanak mulai tengah malam, atau berdepan denda sehingga […]

Zelensky sedia adakan pilihan raya jika dapat jaminan keselamatan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KYIV, 10 Disember – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya, jika keselamatan dijamin. Kenyataan yang dikeluarkan menerusi rakaman suara itu sebagai maklum balas terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mempersoal demokrasi Ukraine. “Saya secara terbuka meminta agar Amerika Syarikat membantu saya, mungkin bersama-sama rakan-rakan Eropah untuk menjamin keselamatan ketika pilihan […]

EU salur bantuan banjir kepada Sri Lanka, Indonesia dan Thailand
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MOSCOW, 10 Disember – Kesatuan Eropah (EU) telah menyalurkan €2.1 juta (US$2.4 juta) sebagai bantuan kecemasan bagi mangsa banjir di Sri Lanka, Indonesia dan Thailand, menurut Suruhanjaya Eropah pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti. “Sebagai respons terhadap banjir dahsyat yang melanda Sri Lanka, Indonesia dan Thailand, EU telah menyalurkan €2.1 juta dalam bantuan kecemasan bagi kawasan […]

Wartawan antarabangsa terus dihalang daripada masuk Semenanjung Gaza
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TEL AVIV, 10 Disember – Wartawan antarabangsa masih dihalang daripada memasuki Semenanjung Gaza secara bebas bagi menilai keadaan di wilayah itu, meskipun gencatan senjata sedang berkuat kuasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Mahkamah Agung di Baitulmuqaddis mengadakan satu lagi pendengaran pada Selasa berhubung petisyen oleh Persatuan Akhbar Asing (FPA) yang menuntut akses bagi wartawan ke […]

Konflik sempadan Thailand-Kemboja : Penduduk harap bantuan antarabangsa
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SREI SNAM, 10 Disember – Pertempuran antara Thailand dengan Kemboja merebak ke bahagian baharu di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian antara kedua-dua negara. Angka kematian dilapor meningkat kepada 10 nyawa, manakala lebih 140,000 penduduk terpaksa melarikan diri. Setakat ini, Thailand mengesahkan hampir 500 pusat perlindungan sementara dibuka di sepanjang wilayah sempadan, menempatkan lebih 125,000 individu. […]

Kounde muncul wira berdepan Frankfurt, Barcelona fokus buru gelaran juara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BARCELONA, 10 Disember– Dua tandukan pantas Jules Kounde membantu Barcelona bangkit sebelum menewaskan Eintracht Frankfurt 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara di Camp Nou pada Selasa, sekali gus menghadiahkan kemenangan penting buat skuad Catalan itu. Selepas seri dengan Club Brugge dan tewas kepada Chelsea, Barcelona kembali menemui rentak untuk naik ke tangga ke-14 saingan peringkat kumpulan, […]

Messi rangkul Anugerah MVP MLS dua kali berturut-turut
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

FLORIDA, 10 Disember– Lionel Messi muncul sebagai pemain pertama dalam sejarah Major League Soccer (MLS) memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) untuk dua musim berturut-turut. Musim gemilang itu turut menyaksikan beliau dinobatkan sebagai MVP MLS Cup selepas membawa Inter Miami menjulang kejuaraan liga pertama kelab tersebut. Messi mencipta dua bantuan gol ketika Miami menewaskan Vancouver […]

Salah dikritik penyokong susulan kenyataan tegang terhadap Liverpool
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MILAN, 10 Disember – Majoriti penyokong Liverpool yang hadir menyaksikan aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA menentang Inter Milan pada Selasa (9 Disember) meluahkan kekecewaan terhadap Mohamed Salah susulan kenyataannya yang mengkritik kelab itu baru-baru ini. Salah sebelum ini berkata beliau “diketepikan” kelab selepas diletakkan di bangku simpanan ketika Liverpool seri 3-3 menentang Leeds United […]

FIH Piala Dunia Remaja : Skuad negara tamatkan cabaran dengan kemenangan dramatik
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

CHENNAI, 10 Disember – Kejohanan FIH Piala Dunia Remaja Lelaki Tamil Nadu 2025 menyaksikan skuad Remaja Negara menamatkan cabaran dengan kemenangan dramatik apabila menewaskan Jepun 3-0 dalam penentuan shoot-out selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi penentuan tempat ke-13 dan 14. Malaysia bermula garang dan membuka tirai jaringan pada minit ke-29 menerusi pukulan sudut penalti yang […]

ACLE : JDT sekadar terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ISKANDAR PUTERI, 10 Disember – Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal manfaat kelebihan beraksi di laman sendiri, apabila sekadar terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC, pada aksi Kumpulan A Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE),  malam tadi. Dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu, menyaksikan skuad Harimau Selatan bimbingan Xisco Munoz lebih mendominasi dengan serangan bertali […]

Peluang akhiri kemarau emas dua dekad skuad badminton negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 9 Disember – Misi skuad badminton negara menyambar satu daripada empat emas disasarkan pada Sukan SEA 2025 terbentang luas apabila Malaysia melangkah ke perlawanan akhir berpasukan lelaki menentang musuh tradisi Indonesia esok. Selain turun dengan hasrat membalas dendam atas kekalahan 1-3 kepada lawan sama pada perlawanan akhir acara itu pada edisi lepas di Kemboja, […]

Tuduhan rasis, Jean-Paul nafi dakwaan Fadi Awad
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KOTA KINABALU, 9 Disember – Ketua jurulatih Sabah FC Jean-Paul de Marigny menyangkal kenyataan pemain PDRM FC, Fadi Mahmoud Awad yang menuduhnya bersikap rasis susulan pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Super Sabtu lepas, dengan menegaskan dakwaan itu tidak berasas dan amat tidak adil. Jean-Paul berkata, perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang dimenangi […]

Skuad B-23 berdepan cabaran berterusan, kemungkian hilang dua tonggak pasukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 9 Disember – Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan terus berdepan ujian apabila berkemungkinan kehilangan dua tonggak utama menjelang aksi penentuan menentang Vietnam pada perlawanan terakhir Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2025 di sini. Ketua jurulatih kebangsaan, Mohd Nafuzi Zain memaklumkan, penyerang Muhammad Haqimi Azim Rosli telah meninggalkan pasukan selepas dibenarkan […]

Zaidatul optimis, lakar keputusan positif di Bangkok
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Pelari berpengalaman negara, Zaidatul Husniah Zulkifli optimis mahukan satu lagi detik manis pada penampilan ketujuhnya di Sukan SEA Thailand 2025, khususnya dalam acara 4×100 meter wanita. Pada edisi Kemboja 2023 lalu, Zaidatul bersama Azreen Nabila Alias, Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling meraih pingat gangsa dengan […]

Skuad ragbi 7 sebelah negara dijadual turun tiga kali pada hari pembukaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Skuad ragbi 7 sebelah (7s) lelaki negara bakal melalui ‘hari paling penting’ pada pembukaan Sukan SEA Thailand 2025. Ini apabila pasukan negara dijadual turun tiga kali pada hari sama yang mana situasi yang menentukan hidup mati kempen ke final. Format baharu pertandingan menyaksikan semua pasukan bermain round robin padat, menjadikan […]

Jeremy O. Harris dibebaskan selepas tiga minggu ditahan di Jepun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TOKYO, 10 Disember – Penulis drama dan pelakon ‘Emily in Paris’ dari Amerika Syarikat, Jeremy O. Harris, dibebaskan tiga minggu selepas penahanannya di Jepun atas dakwaan penyeludupan dadah, sementara pihak pendakwa masih menjalankan siasatan, menurut polis pada Rabu. Jepun mempunyai undang-undang dadah antara yang paling ketat di dunia, dan pemilikan dadah haram boleh mengakibatkan hukuman […]

Odeon KL bangkit sebagai hab seni, muzik dan budaya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]

Konsert ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’, bawa misi kemanusiaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]

Legenda Cik Siti Wan Kembang diangkat dalam teater muzikal berskala besar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]

Soloz: Game of Life tembusi pasaran Thailand, bakal tayang di 80 pawagam
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]

Tayangan ‘Childhood Dream’ tonjol persahabatan tiga bangsa di TV2, malam ini
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]

Pindaan Akta FINAS sokong pertumbuhan industri kreatif negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan. Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi […]

Andmesh kembali dengan konsert ‘love story’ Februari depan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Disember – Teruja dapat kembali ke Malaysia, penyanyi bersuara emas dari Indonesia Andmesh Kamaleng bakal menghangatkan pentas tempatan menerusi konsert ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena di sini, 14 Feb depan. Andmesh berkata Malaysia sentiasa menjadi lokasi istimewa dalam karier seninya berikutan sokongan kuat […]

Magika Studios tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu di Selangor
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SHAH ALAM, 30 November  – Selangor bakal memperkenalkan tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu menerusi pembangunan Magika Studios di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, berkata Magika Studios menawarkan pengalaman unik berbanding taman tema konvensional kerana menampilkan gabungan zon terbuka dan ruang tertutup bagi menjamin pengalaman berbeza […]

Stacy lancar single baharu ‘Mega Ching’
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 28 November – Penyanyi dan ratu tari negara, Stacy kembali dengan single terbaharu berjudul “Mega Ching!”, lagu elektro dance ciptaannya sendiri bawah nama pena Bunga Cantik. Lagu yang diinspirasikan daripada personaliti dan ‘kuasa’nya di atas pentas itu turut menampilkan elemen rap berdialek Sabah, sesuatu yang pertama kali dicubanya. Stacy menyifatkan “Mega Ching!” sebagai […]

Cadangan Bank Dunia apung harga petrol, perlu “berpijak di bumi nyata”
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Ketika Bank Dunia mencadangkan harga petrol diapungkan mengikut pasaran, kerajaan membuat keputusan menolak saranan tersebut dan menegaskan subsidi bersasar lebih relevan pada masa ini. Ia memberi mesej jelas, keutamaan kerajaan pada ketika ini ialah realiti rakyat, bukan teori global. Sejarah harga minyak dunia turut menjadi peringatan. Pada 2022 harga minyak mentah pernah melepasi […]

Tiga tahun Kerajaan MADANI: Kemakmuran dipacu, kesejahteraan rakyat diperkasa
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA 24 November 2025, genap tiga tahun usia Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tempoh setahun dua, mungkin terlalu awal untuk kita menilai berjaya atau gagal sebuah kerajaan. Namun kini selepas tiga tahun, tiada siapa boleh menafikan. Kerajaan MADANI terbukti berjaya dengan cemerlang dalam membangun dan memakmurkan negara, serta […]

Agenda besar menuntut jiwa besar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Rakyat Sabah mahukan kestabilan. Rakyat Sabah mahukan hala tuju jelas. Rakyat Sabah mahukan pembangunan yang tidak tergendala dek kerana perbalahan. Berbeza pandangan itu lumrah. Berbeza agenda itu biasa. Namun, keutamaan bersama lebih besar daripada perbalahan politik yang kecil. Agenda lebih besar menanti Sabah, dan agenda yang besar menuntut jiwa yang besar. Titik ‘gencatan […]

Politik Sabah: Dinamik, mengejutkan dan sarat isyarat baharu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sekali lagi membuktikan bahawa politik Sabah sentiasa penuh warna dan tidak pernah statik. Keputusan kali ini membawa banyak kejutan daripada gelombang pengundi baharu, perubahan pola sokongan, hinggalah kebangkitan calon bebas yang semakin berpengaruh. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan paling dominan. GRS menang 29 kerusi, Warisan pula […]

Bah Undi 2025: Pesta demokrasi, 74 calon bertanding atas tiket bebas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pesta demokrasi Sabah kini kembali. Seramai 596 calon bertanding melibatkan 24 parti politik bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan (DUN) Sabah. Menariknya, dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-17 ini juga, 74 calon bertanding atas tiket bebas. Pesta demokrasi kali ini turut dimeriahkan dengan penampilan calon termuda, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin berusia 24-tahun […]

Tiga tahun Kerajaan MADANI terus perkukuh manfaat untuk rakyat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA 24 November 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Sekali gus, membuka lembaran baharu pembentukan Kerajaan Perpaduan yang membawa gagasan Malaysia MADANI. Isnin ini, genap tiga tahun umurnya. Dalam tempoh itu, kerajaan berdepan pelbagai cabaran termasuk kos sara hidup rakyat, ketidaktentuan ekonomi global, serta kedudukan fiskal negara yang […]

cth ulasan berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, November 1 – The ASEAN 2025 chairmanship has successfully opened up new economic opportunities and strengthened Malaysia’s position as a regional investment and tourism destination. According to International Relations Political Analyst, Mohamad Shafiq Sahruddin, the increase in economic activity in border states such as Kelantan and Kedah clearly shows the benefits of regional diplomacy […]

Tuntutan hasil Sabah, rakyat diutamakan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 semakin hampir. Esok, proses penamaan calon bakal berlangsung. Ketika ini, semua mata terarah ke Negeri di Bawah Bayu. Isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah amat menarik perhatian. Hangat dibahaskan di peringkat rakyat jelata mahu pun dalam sidang Parlimen. Pada 17 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu […]

Malaysia mendunia!
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA KHAS ASEAN SIRI 8 “Genggam bara api biar sampai jadi arang.” Bermaksud, teruskan berusaha dengan tabah dan sabar walau menghadapi kesusahan hingga mencapai kejayaan. Pepatah Melayu ini menggambarkan nilai ketekunan, kesabaran dan usaha tanpa pernah putus asa. Kejayaan tidak datang secara tiba-tiba, tetapi hasil daripada usaha yang berterusan, disiplin dan semangat juang yang […]

Malaysia, angkat keterangkuman ASEAN ke tahap baharu dengan penyertaan Timor-Leste
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA KHAS ASEAN SIRI 7 Langit Kuala Lumpur cerah pada pagi penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. Di dewan yang dihiasi bendera sebelas negara, suasana terasa luar biasa penuh debar, harapan, dan sejarah yang bakal tercipta. Sejurus diumumkan bahawa Timor-Leste kini secara rasmi menjadi negara anggota ke-11 ASEAN, tepukan gemuruh bergema. Detik itu bukan sekadar […]

Iklan/Banner

Kategori

Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.