- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 17 Disember – Seramai 200 orang petani dilatih menggunakan pakej teknologi mekanisasi dan automasi moden bagi tanaman cili, halia, tembikai, nanas dan padi. Usaha itu juga akan diperluas penggunaannya kepada 50 orang petani lagi pada tahun 2027. Selain itu, Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) turut dilaksana […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PENAGA, 17 Disember – Pengurusan sisa pertanian menerusi program kitar semula bekas racun makhluk perosak akan terus diperkukuh dalam kalangan petani dan pesawah bagi menggalakkan pematuhan kepada Prinsip Amalan Pertanian Baik. Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi berkata, usaha berkenaan memerlukan perhatian serius serta kerjasama semua pihak, bermula daripada petani dan pesawah sehingga […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 17 Disember – Pendekatan Islam yang bersifat rahmah, inklusif dan sederhana akan terus diperkukuh dalam pentadbiran hal ehwal agama negara, selari dengan aspirasi pembangunan Malaysia yang berkemajuan serta meraikan kepelbagaian masyarakat majmuk. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, hal ehwal agama akan memberi tumpuan kepada peranan signifikan dalam […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MIRI, 17 Disember – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya susulan rombakan Kabinet semalam. Menerusi satu kenyataan, beliau menyifatkan pelantikan itu sebagai satu amanah besar, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Menurutnya, beliau […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TUMPAT, 17 Disember – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengakui berlaku kenaikan harga ikan sehingga 30 peratus di pasaran ketika ini, namun ia tidak berlaku secara menyeluruh dan hanya melibatkan lokasi tertentu. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, peningkatan harga berkenaan didorong oleh […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA 17, Disember – Timbalan Menteri Kewangan ll, Liew Chin Tong melapor diri dan memulakan tugas rasmi di Kementerian Kewangan, pada Rabu. Dalam sesi ‘clock in’ (waktu masuk) tersebut, beliau menerima taklimat awal berhubung fungsi kementerian, hala tuju dasar fiskal serta keutamaan semasa kerajaan. Beliau menggantikan Lim Hui Ying yang bertukar portfolio ke Kementerian Pembangunan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA TERENGGANU, 17 Disember – Banjir gelombang kedua di Terengganu dijangka surut sepenuhnya hari ini, sekiranya cuaca baik berterusan direkodkan di daerah Kemaman. Berdasarkan rekod, hanya 102 penduduk yang masih ditempatkan di lima pusat Pemindahan Sementara (PPS). Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Pertahanan Awam Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata, ketika ini, […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA KINABALU, 17 Disember – Seorang wanita warga emas berusia 74 tahun cedera akibat kebakaran di Kampung Chinta Mata Bukit, Tenom, awal pagi tadi. Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Sabunus Sia, sembilan anggota digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3 pagi. “Kebakaran melibatkan sebuah rumah kekal yang terbakar […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUANTAN, 17 Disember – Hujan berterusan sejak awal pagi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Kuantan dilanda banjir, sekali gus meningkatkan paras air sungai dan menjejaskan keselamatan penduduk setempat. Keadaan itu turut menyebabkan beberapa laluan utama terjejas dan terpaksa ditutup sementara kepada kenderaan bagi mengelakkan sebarang kemalangan. Sejak pukul 3 pagi tadi, sekumpulan penduduk sekitar Kampung […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 17 Disember – Selaras usaha menghadapi risiko perubahan iklim dan memastikan keterjaminan bekalan makanan negara, kerajaan menerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mempergiat Inisiatif Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi membangunkan varieti padi yang berdaya tahan terhadap cuaca ekstrem. “Kami akan mempergiatkan pelaksanaan Inisiatif Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). KPKM yakin strategi dan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PETALING JAYA, 17 Disember -Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu, Perodua Traz, yang dijangka merancakkan perkembangan industri automotif tempatan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pengenalan model itu bukan sahaja mengukuhkan rantaian bekalan industri automotif tempatan , malah turut meningkatkan sumbangan ekonomi syarikat kepada […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 17 Disember – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) optimis kepimpinan baharu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), terus memperkukuh agenda eksport negara seiring keutamaan pembangunan ekonomi Malaysia. Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata keyakinan itu didorong pengalaman luas Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 17 Disember – Rombakan kabinet khususnya melibatkan empat portfolio utama yang menjadi tunjang hala tuju ekonomi Malaysia, membuka peluang penting memperkasa Ekonomi MADANI serta memperkukuh pelaksanaan dasar. Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), Datuk William Ng berpandangan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bermula 2026, menjadi penanda aras yang kritikal. “Kejayaan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 17 Disember – Bursa Malaysia rendah ketika dibuka pada Rabu berikutan pengambilan untung awal yang sederhana, menjejaki pasaran serantau yang hambar dan petunjuk bercampur-campur dari Wall Street. Bagaimanapun, sentimen domestik yang kukuh mungkin memberi sokongan kemudian dalam sesi dagangan ini. Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.35 mata atau […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 17 Disember – Ringgi mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan dibuka pada Rabu, mengekalkan momentum positif apabila diniagakan pada paras 4.07, prestasi tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun, dipacu sentimen domestik dan luaran yang lebih baik. Pada 8.01 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0765/0935 berbanding dolar AS daripada 4.0835/0875 ketika ditutup semalam. […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 17 Disember – Laporan berkaitan Pelan Tindakan Komprehensif (CAP) bagi sistem Aerotrain KLIA dijadualkan diumumkan pada pertengahan Januari 2026. Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan CAP Tahap 1 dan Tahap 2 yang merangkumi pemeriksaan menyeluruh, kerja-kerja pembetulan serta ujian simulasi, telah berjaya diselesaikan. Pada masa ini, kerja-kerja pengesahan dan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 16 Disember – Malaysia berada di kedudukan terbaik untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), didorong akses yang semakin mudah dan mampu milik bagi meningkatkan produktiviti pekerja. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, perkara itu selari dengan kedudukan Malaysia yang kini menjadi tumpuan serantau dari segi pelaburan dalam AI serta […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 16 Disember – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menyediakan Rangka Kerja Semakan Pematuhan e-Invois (RKe) bagi menyokong pelaksanaan instrumen itu dengan lebih berkesan. LHDN menerusi kenyataan berkata, hak dan tanggungjawab pegawai audit, pembayar cukai serta ejen cukai terkandung dalam RKe, untuk memastikan semakan pematuhan e-Invois dilaksana secara adil, telus dan saksama. ”Pelaksanaannya […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 16 Disember – Penyertaan 10 syarikat automotif tempatan dalam pameran perdagangan antarabangsa Automechanika Shanghai 2025 berjaya menjana jumlah jualan eksport mencecah RM163.5 juta. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) memaklumkan, pencapaian itu mencerminkan peningkatan daya saing serta jaminan kualiti produk dan perkhidmatan buatan Malaysia berkaitan sektor automotif, khususnya di pasaran Asia yang berkembang […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
DETROIT, 16 Disember – Ford Motor mengumumkan akan merekodkan susut nilai berjumlah AS$19.5 bilion serta menghentikan beberapa model kenderaan elektrik (EV), dalam langkah paling drastik setakat ini susulan dasar pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan permintaan EV yang semakin lemah. Syarikat yang berpangkalan di Dearborn, Michigan, itu memaklumkan ia akan menghentikan pengeluaran Ford F-150 […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
AYER KEROH, 17 Disember – Polis Melaka membidas kenyataan Peguam Rajesh Nagarahan mengenai rekod jenayah teman wanita penjenayah yang ditembak di Durian Tunggal, Melaka, adalah tidak relevan dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan kes tersebut. Ketua Polisnya, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kenyataan itu seolah-olah meragui kesahihan fakta yang telah disampaikan pihak polis. “Kenyataan ini dibuat susulan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BALING, 17 Disember -Seorang warga emas maut ditikam cucu sementara ibu mangsa parah akibat ditetak dalam kejadian di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil , Kedah semalam. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe dalam kenyataan berkata, Balai Polis Malau menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu membabitkan dua individu lebih kurang pukul 7.00 […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 16 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kertas siasatan berhubung insiden tembakan yang melibatkan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan taklimat berkaitan telah diberikan hari ini. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata hasil penelitian Jabatan Peguam Negara mendapati terdapat asas kukuh untuk […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 16 Disember – Sebanyak 705 kenderaan mewah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara sejak Ops Luxury dilancarkan pada 1 Julai lalu, termasuk 77 kenderaan dalam Ops Luxury Bilangan 4 yang bermula pada 12 Disember lalu. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, operasi ini adalah usaha berterusan penguatkuasaan JPJ terhadap […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUCHING, 16 Disember– Polis Sarawak menahan dua individu atas kesalahan berkaitan dadah dalam satu serbuan di Matang Jaya, awal pagi tadi. Polis turut merampas pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM13,789. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata serbuan dijalankan pada pukul 3.10 pagi di hadapan sebuah premis kedai […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SUNGAI PETANI, 16 November – Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri kabel milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selepas menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng Kavi dalam satu serbuan, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Hanyan Ramlan berkata, dalam serbuan tersebut polis merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk mencuri kabel, lapan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
NILAI, 16 Disember – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa melibatkan rampasan dadah jenis bunga ganja. Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) JKDM, Siti Mang, berkata rampasan terbesar itu merupakan hasil risikan selama dua minggu bermula 17 November lalu. Ia membawa kepada serbuan oleh Cawangan Narkotik, Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Kastam […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUCHING, 16 Disember – Seorang lelaki dari Kampung Bintawa, Kuching, Sarawak ditahan polis petang semalam, kerana memiliki dadah jenis metafetamin bernilai RM606. Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, suspek yang berumur 41 tahun juga memiliki rekod jenayah lampau bersabit pemilikan dadah. Hasil siasatan telah menjumpai dadah terbabit yang dibalut dalam plastik lutsinar […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BUTTERWORTH, 16 Disember – Dua anggota polis berpangkat koperal didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,000 daripada seorang lelaki, dua tahun lalu. Tertuduh, Mohamad Irwan Ason, 40, dan Mohd Effendy Mat Desa, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUANTAN, 16 Disember – Dua sindiket penipuan dalam talian yang menyasarkan warga China, tumpas menerusi dua operasi berasingan di Bera dan Temerloh. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman ketika berkongsi kejayaan pihaknya berkata, kes pertama hasil kerjasama risikan serta operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Polis Pahang. “Lapan warga China berusia […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MANILA, 17 Disember – Kerajaan Filipina pada Rabu menegaskan tiada bukti bahawa negara itu digunakan sebagai pusat latihan pengganas. Ia susulan pendedahan bahawa dua individu di sebalik serangan tembakan di Bondi Beach, Australia, telah menghabiskan bulan November di sebuah pulau di selatan negara itu. Jurucakap presiden Filipina, Claire Castro, berkata Presiden Ferdinand Marcos Jr. menolak […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 17 Disember – Cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk mengklasifikasikan semula ganja sebagai dadah kurang berbahaya, mendapat perhatian pakar undang-undang. Profesor Undang-Undang Universiti Vanderbilt, Robert Mikos, menegaskan langkah itu tidak akan menjadikan ganja sah sepenuhnya di peringkat persekutuan. Menurut beliau, pengklasifikasian semula ganja tidak akan banyak mengurangkan percanggahan antara undang-undang negeri dan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SYDNEY, 17 Disember – Parlimen New South Wales (NSW) akan bersidang semula pada 22 dan 23 Disember ini untuk meminda Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan senjata api dan perhimpunan awam, susulan serangan tembakan di Bondi Beach, baru-baru ini. Menurut Premier, Chris Minns, serangan bersenjata pada Ahad lalu (14 Disember), menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan ekstremisme keganasan di […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MOSCOW, 17 Disember – Sama ada gencatan senjata antara Rusia dan Ukraine dapat dicapai dalam masa terdekat bergantung kepada kemampuan kedua-dua pihak untuk mencapai perjanjian damai yang komprehensif dan berterusan, demikian menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov. Beliau menekankan bahawa Rusia tidak mungkin menyertai sebarang gencatan senjata jika Ukraine hanya mencari penyelesaian jangka pendek yang tidak […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
GAZA, 17 Disember – Israel berulang kali melanggar perjanjian gencatan senjata di Gaza, yang mengakibatkan kira-kira 400 rakyat Palestin terkorban sejak perjanjian itu berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu. Menurut pegawai kanan Hamas, Ghazi Hamad, negara haram itu telah melakukan lebih 800 pelanggaran termasuk pembunuhan orang awam dan pengeboman sejak gencatan senjata itu bermula. Beliau […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
CARACAS, 17 Disember – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, menuduh Amerika Syarikat (AS) cuba merampas kekayaan sumber semula jadi negaranya. Sehubungan itu, pekerja industri minyak digesa menganjurkan protes antarabangsa yang berterusan untuk mempertahankan perdagangan bebas bagi minyak Venezuela. Beliau juga menolak tuduhan AS mengenai penyeludupan dadah dan menyifatkanya sebagai berita palsu. “AS mahu menjajah Venezuela untuk […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 17 Disember – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan peluasan larangan perjalanan ke AS dengan menghalang kemasukan rakyat dari tujuh lagi negara termasuk Syria. Menurut kenyataan White House, langkah itu selaras dengan kempen Trump untuk mengetatkan dasar imigresen dan bertujuan menghalang kemasukan warga asing yang kononnya berniat mengancam keselamatan rakyat AS. “Larangan terbaru […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 17 Disember – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengarahkan sekatan penuh, terhadap kapal tangki minyak yang telah disenaraihitamkan ketika keluar dan masuk Venezuela. Menerusi satu kenyataan di platform Truth Social, Trump menegaskan tindakan itu diambil atas dakwaan kecurian aset serta penglibatan rejim Venezuela dalam kegiatan keganasan, penyeludupan dadah dan pemerdagangan manusia. “Oleh kerana […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MONTREAL, 17 Disember – Enam ahli Parlimen Kanada yang dalam perjalanan dari Jordan dinafikan kemasukan mereka ke Tebing Barat yang diduduki pada Selasa oleh pihak berkuasa negara haram Israel, yang mendakwa delegasi tersebut ditaja oleh ‘entiti pengganas’. Ahli Parlimen pembangkang daripada Parti Demokratik Baharu (NDP), Jenny Kwan, memaklumkan kepada AFP bahawa salah seorang ahli Parlimen, Iqra Khalid […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Nairobi, 17 Disember – Sekurang-kurangnya 85,000 pelarian telah menyeberang masuk ke Burundi susulan kemaraan terbaharu kumpulan pemberontak M23 di timur Republik Demokratik Congo (DRC), menurut pegawai Burundi pada Selasa, sambil memberi amaran mengenai kesesakan teruk dan keadaan yang disifatkan sebagai ‘bencana’. Kumpulan M23 yang disokong Rwanda pada Selasa mendakwa mereka akan berundur dari bandar strategik […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 17 Disember – Atlet Muay Thai negara, Angie Yan Jia Chi mencipta sensasi pada penampilan sulung Sukan SEA, apabila memenangi pingat emas acara Wai Kru wanita pada temasya edisi ke-33 itu, di Stadium Tinju Lumpinee. Pemenang pingat emas Kejohanan Dunia Senior Bawah 23 Tahun (U23) Persekutuan Muay Thai Antarabangsa (IFMA) sebanyak tiga kali bermula […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 17 Disember – Pingat perak yang diraih skuad memanah recurve wanita negara pada Sukan SEA 2025, disifatkan cukup istimewa lebih-lebih lagi apabila ia merupakan penampilan sulung mereka di pentas temasya dwitahunan itu. Trio negara yang diketuai Ariana Nur Dania Mohamad Zairi bersama Joey Xing Lei Tan dan Ku Nurin Afiqah Ku Ruzaini terpaksa akur […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 17 Disember – Walaupun baru dua tahun menceburi sukan silat, pesilat negara, Ummi Mashitah Hassan mencipta kejayaan membanggakan dengan merangkul pingat emas menerusi acara wanita Kelas C (55–60 kilogram) pada Sukan SEA Thailand 2025. Bertanding buat kali pertama di temasya dwitahunan yang berlangsung di Arena IMPACT, Muang Thong Thani, Ummi Mashitah menampilkan persembahan mengagumkan, […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 17 Disember – Gerak kerja yang telah dilaksana bekas Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, sebelum ini akan terus diperkukuh kementerian. Komitmen disuarakan Menteri yang baru dilantik, Dr Mohammed Taufiq Johari sambil menyifatkan pelaksanaan usaha dan perancangan kepimpinan terdahulu sebagai satu gerak kerja yang mantap dan telah memberi impak besar pembangunan sukan serta […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 17 Disember – Radio Televisyen Malaysia (RTM) mencatat kejayaan membanggakan apabila muncul juara bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita dalam program “Strike and Connect with HASiL Bersama Media” yang dianjurkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL). Bagi kategori lelaki, kemenangan menjadi milik Ahmad Wafiy Azmi, manakala Nor Aishah Abdul Razak dinobatkan juara bagi […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 17 Disember – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menerima hukuman terbaharu daripada Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), berkaitan kes menurunkan pemain yang tidak layak. Menurut kenyataan FAM menerusi hantaran di Facebook, mesyuarat pada 12 Disember lepas yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FIFA, Jorge Palacio mendapati FAM telah melanggar Artikel 19 […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ALOR SETAR, 17 Disember – Pelantikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohamed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu, disambut baik Persatuan Ping Pong Amatur Negeri Kedah. Presidennya, Dr Chin Kuen Liang yakin, pelantikan itu berupaya membantu pembangunan sukan bukan sahaja Ping Pong, malah sukan-sukan lain. “Tahniah kepada Dr Mohamed Taufiq atas pelantikan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Alor Setar, 17 Disember – Bekas penjaga gol legenda Kedah dan Malaysia era 1980-an hingga 1990-an, Ahmad Sobri Ismail selamat menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami komplikasi tekanan darah tinggi. Berita mengenainya dimaklumkan bekas pemain Kedah, Feriza Ismail ketika dihubungi wartawan RTM Kedah. “Anak sulung Ahmad Sobri, Mohamad Aliff memberitahu ayahnya selesai […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
DOHA, 17 Disember – Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) dan Perancis, Ousmane Dembele, dinobatkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik FIFA pada majlis anugerah yang berlangsung di Doha pada Selasa, manakala pemain tengah Sepanyol dan Barcelona, Aitana Bonmati, memenangi anugerah Pemain Wanita Terbaik buat tahun ketiga berturut-turut. Dembele memainkan peranan penting dalam kejayaan sulung PSG menjuarai Liga Juara-Juara […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
CARDIFF, 17 Disember – Chelsea menampilkan sokongan padu kepada pengurus mereka, Enzo Maresca, apabila berjaya menewaskan pasukan divisyen ketiga, Cardiff City, 3-1 untuk layak ke separuh akhir Piala Liga Inggeris, awal pagi tadi. Gol pembukaan Chelsea hadir pada awal babak kedua menerusi Alejandro Garnacho dalam aksi suku akhir yang berlangsung di ibu negara Wales itu. […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PARIS, 16 Disember – Peminat siri popular Netflix, Emily in Paris, bakal disajikan dengan kelainan dalam Musim 5 yang akan membawa kisah percintaan dan cabaran kerjaya watak utama ke Itali, khususnya Rom, kata barisan pelakon siri itu pada Isnin. Pelakon utama, Lily Collins, menjadi tumpuan utama pada tayangan perdana karpet merah yang berlangsung di Paris. […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 14 Disember -Kumpulan rock Barbarik kembali menggegarkan pentas menerusi Pentas Barbarik Live @ Odeon KL semalam, apabila ribuan peminat setia, Rejim Barbarik, membanjiri dewan seawal pukul 5.00 petang semalam. Walaupun pembukaan konsert tertangguh akibat kehadiran luar jangkaan, suasana dalam Odeon KL bertukar gamat sebaik Barbarik yang dibarisi Muss, Jo Branko, Rozaimi dan Ainol […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Kumpulan wanita popular DOLLA kembali bertemu para peminat melalui acara DOLLA Exclusive Fan Meet yang berlangsung pada 6 Disember lalu di LG1 Pyramid Concourse, Sunway Pyramid. Pertemuan tertutup itu diadakan sebagai penghargaan terhadap kesetiaan iDOLLAs yang terus menyokong kumpulan tersebut sepanjang perjalanan seni mereka. Acara bermula pada pukul 3.00 petang […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TOKYO, 10 Disember – Penulis drama dan pelakon ‘Emily in Paris’ dari Amerika Syarikat, Jeremy O. Harris, dibebaskan tiga minggu selepas penahanannya di Jepun atas dakwaan penyeludupan dadah, sementara pihak pendakwa masih menjalankan siasatan, menurut polis pada Rabu. Jepun mempunyai undang-undang dadah antara yang paling ketat di dunia, dan pemilikan dadah haram boleh mengakibatkan hukuman […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan. Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Pengumuman Kerajaan MADANI mengenai dua inisiatif penting berkaitan cukai memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya kepada peniaga kecil dan pembayar cukai secara keseluruhan. Ia turut disambut baik oleh semua pihak, termasuk Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA). Pengumuman pertama, iaitu menaikkan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion bertujuan mempercepat […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Ketika Bank Dunia mencadangkan harga petrol diapungkan mengikut pasaran, kerajaan membuat keputusan menolak saranan tersebut dan menegaskan subsidi bersasar lebih relevan pada masa ini. Ia memberi mesej jelas, keutamaan kerajaan pada ketika ini ialah realiti rakyat, bukan teori global. Sejarah harga minyak dunia turut menjadi peringatan. Pada 2022 harga minyak mentah pernah melepasi […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA 24 November 2025, genap tiga tahun usia Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tempoh setahun dua, mungkin terlalu awal untuk kita menilai berjaya atau gagal sebuah kerajaan. Namun kini selepas tiga tahun, tiada siapa boleh menafikan. Kerajaan MADANI terbukti berjaya dengan cemerlang dalam membangun dan memakmurkan negara, serta […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Rakyat Sabah mahukan kestabilan. Rakyat Sabah mahukan hala tuju jelas. Rakyat Sabah mahukan pembangunan yang tidak tergendala dek kerana perbalahan. Berbeza pandangan itu lumrah. Berbeza agenda itu biasa. Namun, keutamaan bersama lebih besar daripada perbalahan politik yang kecil. Agenda lebih besar menanti Sabah, dan agenda yang besar menuntut jiwa yang besar. Titik ‘gencatan […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sekali lagi membuktikan bahawa politik Sabah sentiasa penuh warna dan tidak pernah statik. Keputusan kali ini membawa banyak kejutan daripada gelombang pengundi baharu, perubahan pola sokongan, hinggalah kebangkitan calon bebas yang semakin berpengaruh. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan paling dominan. GRS menang 29 kerusi, Warisan pula […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Pesta demokrasi Sabah kini kembali. Seramai 596 calon bertanding melibatkan 24 parti politik bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan (DUN) Sabah. Menariknya, dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-17 ini juga, 74 calon bertanding atas tiket bebas. Pesta demokrasi kali ini turut dimeriahkan dengan penampilan calon termuda, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin berusia 24-tahun […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA 24 November 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Sekali gus, membuka lembaran baharu pembentukan Kerajaan Perpaduan yang membawa gagasan Malaysia MADANI. Isnin ini, genap tiga tahun umurnya. Dalam tempoh itu, kerajaan berdepan pelbagai cabaran termasuk kos sara hidup rakyat, ketidaktentuan ekonomi global, serta kedudukan fiskal negara yang […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, November 1 – The ASEAN 2025 chairmanship has successfully opened up new economic opportunities and strengthened Malaysia’s position as a regional investment and tourism destination. According to International Relations Political Analyst, Mohamad Shafiq Sahruddin, the increase in economic activity in border states such as Kelantan and Kedah clearly shows the benefits of regional diplomacy […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 semakin hampir. Esok, proses penamaan calon bakal berlangsung. Ketika ini, semua mata terarah ke Negeri di Bawah Bayu. Isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah amat menarik perhatian. Hangat dibahaskan di peringkat rakyat jelata mahu pun dalam sidang Parlimen. Pada 17 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA KHAS ASEAN SIRI 8 “Genggam bara api biar sampai jadi arang.” Bermaksud, teruskan berusaha dengan tabah dan sabar walau menghadapi kesusahan hingga mencapai kejayaan. Pepatah Melayu ini menggambarkan nilai ketekunan, kesabaran dan usaha tanpa pernah putus asa. Kejayaan tidak datang secara tiba-tiba, tetapi hasil daripada usaha yang berterusan, disiplin dan semangat juang yang […]
Iklan/Banner