- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 26 Disember – Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2024 telah siap untuk edaran dan proses penghantaran sedang dilaksanakan secara berperingkat ke semua agensi pelaksana Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) negeri bagi tujuan edaran sekolah-sekolah terlibat. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee dalam satu kenyataan memaklumkan perkara […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 26 December – Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau ONSA yang akan berkuat kuasa pada Januari 2026 dilihat sebagai langkah penting dalam menangani ancaman keselamatan digital yang semakin membimbangkan dalam mendepani era teknologi. Ketua Pusat Pegajian Siswazah FKPM Uitm Shah Alam Prof. Madya Dr. Ahlam Abdul Aziz berkata, pelaksanaan akta itu bertujuan meletakkan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 26 Disember – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap bahaya, buruk dan waspada melibatkan beberapa negeri di Pantai Timur dan selatan Semenanjung sehingga Isnin, 29 Disember 2025. Bagi amaran hujan berterusan tahap bahaya, hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SEREMBAN, 26 Disember – Negeri Sembilan antara negeri yang mencatatkan 100 peratus penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sekali gus membuktikan bahawa bantuan disalurkan Kerajaan MADANI benar-benar dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima, untuk menampung keperluan dapur harian. Tinjauan RTM mendapati, inisiatif kerajaan itu banyak membantu rakyat membeli barangan keperluan asas harian seperti beras, minyak masak, telur dan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BINTULU, 26 Disember – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan 31 buah rumah setinggan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sangan Iban, Seberang Pekan Sangan, Tatau, awal pagi tadi. Mangsa dikenal pasti sebagai Geruna Enchana, 22 tahun, ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian pada pukul 2.36 pagi sebelum mayatnya diserahkan kepada […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KANGAR, 26 Disember – Seramai 30 murid Tingkatan 4 yang merupakan anak-anak asnaf bawah Program Pemangkin Pembangunan Insan Terpilih MADANI (PPITM) menyertai Bengkel Persediaan Belajar dan Membuat Nota Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026. Menurut Pengerusi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin, bengkel itu itu bertujuan membantu murid-murid membuat persediaan awal […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KAYANG, 26 Disember – Seramai 120 remaja dan kanak-kanak yang berjaya menamatkan pengajian iqra’ dan al-Quran diraikan dalam Majlis Ihtifal Kelas Iqra’ dan Al-Quran 2025 di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Kuala Perlis. Penyelaras Program Ihtifal Kelas Iqra dan Al-Quran 2025, Norhayati Hashim berkata, ia mencerminkan kejayaan usaha berterusan dalam melahirkan generasi celik ilmu dan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 26 Disember – Media massa masih kekal relevan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat meskipun berdepan perubahan besar akibat perkembangan teknologi digital. Menurut Koordinator Program Penyiaran Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ayneda Zairyn, media massa telah melalui transformasi ketara daripada bentuk fizikal seperti radio, televisyen dan bahan cetakan kepada platform digital yang lebih mudah diakses […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 26 Disember – Cuaca di sekitar Kuala Lumpur hari ini diramalkan panas pada waktu pagi sebelum ribut petir dan hujan dijangka berlaku pada sebelah petang dan malam. Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca pada waktu pagi diramal tanpa hujan. Namun ribut petir dijangka berlaku di kebanyakan tempat […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TATAU, 26 Disember – Seorang individu ditemukan rentung selepas kira-kira 30 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di penempatan Pekan Sangan, di sini, lewat malam tadi. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.18 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 26 Disember – Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya pada Jumaat, dibuka mencecah lagi paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh lima tahun di tengah-tengah minggu urus niaga yang singkat. Pada 8 pagi, unit tempatan itu meningkat kepada 4.0410/0495 berbanding dolar AS daripada 4.0425/0515 pada penutupan Rabu. Ringgit pernah mencatat paras 4.0450/0443 pada […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 25 Disember – Pengukuhan ringgit yang melonjak ke paras RM4.04 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), paras tertinggi dalam tempoh lima tahun itu mencerminkan peningkatan sebenar dalam asas makroekonomi serta imbangan pembayaran Malaysia. Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata, pengukuhan itu disokong oleh kedudukan akaun semasa […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 24 Disember – Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas ia menjejaki keuntungan di COMEX Amerika Syarikat. Kontrak bulan semerta Disember 2025 meningkat kepada US$4,491.10 setiap auns troy berbanding US$4,487.40 setiap auns troy yang dicatatkan pada hari Selasa, Januari 2026 naik kepada US$4,508.50 setiap auns troy daripada […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 24 Disember – Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan hari ini meneruskan kenaikannya bagi sesi dagangan kelima berturut-turut susulan penyertaan kukuh dalam pasaran dan sentimen domestik yang semakin baik. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.67 mata, atau 0.10 peratus, untuk ditutup kepada 1,678.31 […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 24 Disember – Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mencecah 4.04, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun selepas data terkini menunjukkan keyakinan pengguna di negara maju itu kekal lemah. Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.0425/0515 berbanding dolar AS daripada 4.0615/0665 pada akhir […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 24 Disember – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM35.50 bilion berbanding RM37.42 bilion pagi ini manakala mudah tunai dana Islam melonjak kepada RM17.40 bilion daripada RM16.85 bilion. Terdahulu, […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 24 Disember – Kerajaan bersetuju melaksanakan semakan semula kadar purata tarif kemudahan gas bawah Tempoh Kawal Selia Ketiga (Regulatory Period 3 – RP3) bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2028 di Semenanjung Malaysia. Kenyataan Suruhanjaya Tenaga menyebut, perubahan purata tarif kemudahan gas ini tidak memberikan impak ketara terhadap bil pengguna akhir […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 24 Disember – Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menyasarkan jualan tahunan kenderaan (TIV) mencecah 100,000 unit pada tahun hadapan, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap kenderaan elektrik (EV) di pasaran tempatan. Presidennya, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, sasaran itu sejajar trend penggunaan EV yang semakin mendapat sambutan, selari dengan usaha memperkukuh […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 24 Disember — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperkukuh hubungan strategik dengan CNOOC Gas and Power Singapore Trading & Marketing Pte Ltd melalui perjanjian jual beli (SPA) 1 juta tan setahun (MTPA) gas asli cecair (LNG) sejajar usaha kedua-dua syarikat dalam menyokong agenda tenaga bersih dan pertumbuhan ekonomi China. Perjanjian itu, yang dimeterai menerusi anak […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 24 Disember – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memproses bayaran balik cukai berjumlah RM18 bilion, setakat 22 Disember 2025. LHDN dalam kenyataannya memaklumkan, pembayaran balik cukai itu melibatkan lebih 3.54 juta kes bermula 1 Januari sehingga kini. “Sebanyak RM3 bilion telah diproses dan dikreditkan dalam tempoh 9 hingga 22 Disember 2025 melibatkan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TAMPIN, 26 Disember – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Suri Narudin yang mayatnya ditemukan di dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah dekat sini. Zainizan Zainal, 51, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BUTTERWORTH, 26 Disember – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan membunuh ibu dan adik angkatnya dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah pada 10 Dis lepas. Daniel Qayyum Kamalrolzlan, 23, mengangguk faham selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 25 Disember – Seorang wanita warga emas berputih mata apabila kerugian RM1,005,500 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket yang menyamar sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC). Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berkata, mangsa berusia 63 tahun menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa dirinya pegawai NSRC. “Sindiket memaklumkan akaun bank mangsa […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 25 Disember – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sebanyak 750 karton rokok putih tidak berkastam bernilai kira-kira RM320,000 dalam satu serbuan menerusi Op Taring Alpha 1 di Klang, Selangor, Rabu lepas. Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Amanjit Singh berkata serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 2.30 petang itu turut membawa kepada penahanan seorang […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 25 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan Harimau Malaya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan kesalahan pemalsuan bagi tujuan penipuan. “Setakat ini, […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 25 Disember – 2025 antara tahun paling signifikan mencerminkan usaha Kerajaan MADANI membenteras rasuah menerusi siasatan dan operasi besar-besaran oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pendedahan bukan hanya melibatkan ketirisan oleh ahli politik tetapi juga agensi penguatkuasaan dan institusi perbankan yang melibatkan pemulihan aset, sitaan serta pelucuthakan bernilai lebih RM8.4 bilion setakat 30 […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 24 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung satu kejadian mendatangkan kecederaan melibatkan pegawai dan anggotanya semasa proses tangkapan, yang tular menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) baru-baru ini. Laporan polis mengenai insiden tersebut dibuat pada 18 November lepas oleh seorang wanita warga tempatan yang mendakwa anak lelakinya dipukul […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
REMBAU, 24 Disember – Keluarga kepada mangsa bunuh Suri Narudin telah mengesyaki identiti mayat ditemukan di dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Pedas, di sini pada 18 Dis, merupakan wanita itu berdasarkan beg digunakan. Anak saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mizan, 41, berkata mereka sudah bersedia untuk menerima pengesahan identiti wanita […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TANGKAK, 24 Disember– Mayat seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai warganegara asing ditemukan dengan beberapa kesan kecederaan di tepi jalan di Bukit Serampang, di sini, pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, DSP Jamellulkamal Abdul Halim berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan daripada talian MERS 999 pada pukul 8.30 pagi dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TANGKAK, 24 Disember– Mayat seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai warganegara asing ditemukan dengan beberapa kesan kecederaan di tepi jalan di Bukit Serampang, di sini, pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, DSP Jamellulkamal Abdul Halim berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan daripada talian MERS 999 pada pukul 8.30 pagi dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TOKYO, 26 Disember– Kerajaan Jepun pada Jumaat meluluskan bajet rekod berjumlah 122.3 trilion yen (RM3.1 trilion) bagi tahun kewangan yang bermula April 2026, bagi menampung perbelanjaan pertahanan yang lebih besar serta kos keselamatan sosial yang meningkat akibat inflasi berterusan. Daripada jumlah itu, sekitar 9 trilion yen diperuntukkan untuk pertahanan, dengan Perdana Menteri Sanae Takaichi menyasarkan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PYONGYANG, 26 Disember– Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengarahkan peluasan dan pemodenan pengeluaran peluru berpandu negara itu pada tahun depan, termasuk pembinaan lebih banyak kilang senjata bagi memenuhi keperluan ketenteraan yang semakin meningkat, lapor media rasmi pada Jumaat. Menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), arahan itu dikeluarkan ketika Kim melawat beberapa kilang pembuatan senjata […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 26 Disember– Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Khamis mendakwa tentera AS telah melancarkan serangan udara terhadap kumpulan Militan Daesh (IS) di barat laut Nigeria, Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform Truth Social, Trump berkata serangan tersebut menyasarkan militan yang didakwanya terlibat dalam pembunuhan penganut Kristian di negara Afrika Barat itu. Beliau turut […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
YANGON, 26 Disember – Junta tentera Myanmar akan mengadakan pusingan ketiga pilihan raya yang dikawal ketat pada 25 Januari, menurut junta tentera dalam kenyataan pada Khamis. Junta tentera turut memaklumkan pusingan berkenaan akan berlangsung selepas pengiraan undi pusingan pertama bermula. Pemantau demokrasi mengkritik pilihan raya yang dikendalikan junta sebagai “lakonan” untuk mengekalkan kuasa tentera yang […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MOGADISHU, 26 Disember -Rakyat Somalia keluar mengundi dalam pilihan raya tempatan yang pertama di wilayah Mogadishu dalam tempoh hampir 60 tahun meskipun berdepan kebimbangan keselamatan serta boikot oleh pemimpin pembangkang. Pilihan raya itu dilihat sebagai ujian penting menjelang pilihan raya presiden 2026, ketika negara Afrika Timur itu masih bergelut untuk keluar daripada konflik dan ketidakstabilan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MOGADISHU, 26 Disember -Rakyat Somalia keluar mengundi dalam pilihan raya tempatan yang pertama di wilayah Mogadishu dalam tempoh hampir 60 tahun meskipun berdepan kebimbangan keselamatan serta boikot oleh pemimpin pembangkang. Pilihan raya itu dilihat sebagai ujian penting menjelang pilihan raya presiden 2026, ketika negara Afrika Timur itu masih bergelut untuk keluar daripada konflik dan ketidakstabilan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
DAMSYIK, 26 Disember – Ketua Bank Pusat Syria pada Khamis mengumumkan bahawa mata wang negara itu akan mula digantikan dengan versi baharu bermula 1 Januari 2026. Penggantian mata wang berkenaan merupakan sebagai sebahagian usaha pihak berkuasa baharu Syria untuk melancarkan semula ekonomi selepas kejatuhan pemerintahan Bashar al-Assad tahun lalu. Antara cabaran terbesar kerajaan baharu berkenaan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
DAMSYIK, 26 Disember – Menteri Luar dan Menteri Pertahanan Syria mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Selasa sempena lawatan rasmi ke Moscow, dengan perbincangan tertumpu kepada kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara, menurut media rasmi Syria. Lawatan tersebut merupakan kunjungan terbaharu oleh kepimpinan baharu Syria ke Rusia sejak menggulingkan pemerintah lama yang juga sekutu […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BAITULMAQDIS, 26 Disember – Tentera Israel mendakwa telah membunuh seorang anggota elit Pasukan Quds Iran dalam satu serangan udara di Lubnan pada Khamis, dan menuduh individu berkenaan terlibat merancang serangan terhadap Israel. Dalam satu kenyataan, tentera Israel mengenal pasti sasaran sebagai Hussein Mahmud Marshad al-Jawhari, yang disifatkan sebagai “pengganas utama dalam unit operasi Pasukan Quds”, […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BEIRUT, 26 Disember – Tiga orang disahkan maut dalam satu serangan Israel ke atas sebuah kenderaan berhampiran sempadan Syria–Lubnan pada Khamis. Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, serangan itu berlaku di pekan Hawsh al-Sayyed Ali, daerah Hermel, dan menyasarkan sebuah kenderaan. Agensi Berita Nasional (NNA) melaporkan serangan udara berkenaan mengenai sebuah van, menyebabkan kedua-dua mangsa maut di […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BERGAMO, 26 Disember– Atalanta kini dalam fasa kebangkitan menjelang kunjungan pendahulu Serie A, Inter Milan, pada Ahad malam dengan jurulatih baharu Raffaele Palladino mengetuai kelab dari Bergamo itu. Sejak menggantikan Ivan Juric bulan lalu, Palladino berjaya mengembalikan rentak Atalanta, termasuk kemenangan penting dalam Liga Juara-Juara Eropah menentang Eintracht Frankfurt dan Chelsea. Atalanta kini berada di […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LOS ANGELES, 26 Disember– Kurang enam bulan sebelum sepak mula Piala Dunia 2026, penganjur kejohanan berdepan cabaran besar susulan kebimbangan terhadap haba melampau yang berpotensi menjejaskan keselamatan pemain, pegawai dan penonton. Suhu tinggi yang melanda Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada menimbulkan isu keselamatan serta cabaran logistik, termasuk di beberapa stadium utama yang akan menjadi tuan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA TERENGGANU, 26 Disember – Terengganu Football Club Sdn. Bhd. (TFCSB) mengumumkan bahawa Ketua jurulatih, Badrul Afzan Razali direhatkan berkuat kuasa serta-merta susulan prestasi kurang memberangsangkan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Perkara berkenaan dimaklumkan melalui kenyataan media dalam laman Facebook rasmi pasukan itu pada Khamis. Menurut kenyataan itu lagi, penolong ketua jurulatih […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 25 Disember – Skuad futsal bawah 19 tahun (B-19) negara terpaksa menelan kekalahan tipis 0-1 kepada Indonesia pada aksi Kumpulan B Kejuaraan Futsal B-19 ASEAN 2025, namun tetap mengesahkan kemaraan ke separuh akhir kejohanan. Perlawanan yang berlangsung sengit di Stadium Nonthaburi, Bangkok menyaksikan jaringan seawal minit pertama oleh pemain Indonesia, Andika Ferdiansyah mengejutkan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
GUA MUSANG, 25 Disember – Kelantan diangkat sebagai destinasi utama sukan permotoran lasak negara menerusi penganjuran kejohanan pacuan empat roda (4×4) bertaraf nasional yang menghimpunkan peminat dari seluruh negara. Pengarah Operasi Malaysia Adventure Trophy (MAT) Kelantan 2025, Atan Aris berkata pemilihan daerah itu sebagai pembuka tirai kejohanan itu dapat memberi pendedahan kepada umum berkenaan beberapa […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
RABAT, 25 Disember – Kapten pasukan Algeria, Riyad Mahrez mempamerkan aksi cemerlang apabila meledak dua gol untuk membantu pasukannya mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Sudan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), pada Rabu. Bintang pasukan Al-Ahli dari Arab Saudi itu membuka tirai jaringan seawal minit kedua sebelum menggandakan kelebihan Algeria pada […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 25 Disember – Bekas ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang baharu berkuat kuasa 1 Disember 2025, menggantikan Oscar Francisco Gonzalez. Dalam kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan pelantikan itu diumumkan Pemangku Presidennya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, pada sidang media di Wisma […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 25 Disember – Kontinjen Malaysia memerlukan lonjakan luar biasa untuk lebih cemerlang dalam prestasi sukan negara, tegas penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli. Jelas beliau, pencapaian kontinjen Malaysia yang menamatkan kempen Sukan SEA Thailand 2025 lalu di kedudukan keempat keseluruhan dengan kutipan 231 pingat disifatkan sebagai sederhana. Walaupun keputusan itu memberi kelegaan selepas […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 25 Disember – Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC, Risto Vidakovic menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan pengadil yang tidak menghadiahkan sepakan penalti ketika pasukan itu terikat 1-1 menentang Kuching City FC malam tadi. Vidakovic berkata insiden yang berlaku pada babak kedua berpotensi mengubah keputusan perlawanan. “Saya melihatnya dengan jelas menerusi video selepas perlawanan. […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SEREMBAN, 25 Disember – Negeri Sembilan FC (NSFC) perlu mengekalkan karakter dan disiplin permainan yang dipamerkan ketika ini bagi memastikan momentum positif pasukan diteruskan sepanjang pusingan kedua saingan Liga Super, kata Ketua Jurulatihnya Mohd Nidzam Jamil. Beliau berkata peningkatan prestasi Skuad Jang musim ini wajar dilihat dari sudut perkembangan berbanding musim lalu, khususnya apabila pasukan […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 24 Disember – Drama terbaharu RTM ‘Gadis Kopi’ mengangkat kisah perjuangan, pengkhianatan dan kasih-sayang dalam dunia perniagaan kopi tempatan, sambil menyemai inspirasi keusahawanan kepada masyarakat. Ia turut mengetengahkan peranan FAMA membantu mewujudkan pasaran, membangunkan infrastruktur, dan meningkatkan pendapatan pengeluar pertanian. Drama 13 episod mula bersiaran pada 22 Disember lalu ini menampilkan pelakon utama […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LONDON, 24 Disember – Penyanyi dan penulis lagu British, Chris Rea, terkenal era 1980-an meninggal dunia pada usia 74 tahun. Perkara itu dimaklumkan jurucakap kepada isterinya Joan Lesley menerusi kenyataan yang disiarkan kepada media UK. “Dengan rasa sedih yang amat mendalam, kami mengumumkan pemergian Chris. Beliau meninggal dunia di hospital awal hari ini dan dikelilingi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 22 Disember – Penyanyi dan pelakon Shazia Rozaini tampil dengan lagu terbaharu berbahasa Jepun berjudul Itoshi-Hito, membawa maksud ‘rinduku’, hasil ciptaan komposer dan pelawak terkenal Pakya Senario. Lagu itu mengisahkan perasaan terpendam seorang gadis Melayu terhadap jejaka di Jepun, yang tidak pernah diluahkan dan terus bermain dalam fikirannya. Menurut Shazia, Itoshi-Hito sarat dengan […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SINGAPURA, 21 Disember – Kumpulan lelaki M-pop, di bawah Rocketfuel Entertainment, ALPHA, mengadakan sesi bertemu peminat di Singapura menerusi acara ‘Celebfest Amplified: ALPHA Fan Meet In Singapore 2025’ yang berlangsung meriah, semalam. ALPHA menyifatkan sambutan luar biasa yang diterima sebagai detik paling bermakna dalam perjalanan seni mereka, manakala Rocketfuel Entertainment melihat kejayaan itu sebagai langkah […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 21 Disember – Kumpulan nasyid kontemporari UNIC melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengadakan konsert solo penuh pertama mereka, “This Is UNIC: Live In Concert”, di Idea Live Arena, malam tadi, selepas lebih dua dekad mewarnai industri muzik berteraskan dakwah dan nilai kemanusiaan. Dianjurkan Triple Am Global, konsert tersebut bukan sekadar hiburan, sebaliknya satu […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 20 Disember – Kecenderungan penyanyi untuk mengejar tawaran persembahan tanpa mengambil kira tahap kesihatan suara menuntut kesedaran lebih serius tentang penjagaan vokal, kata penyanyi dan guru vokal popular Datuk Syafinaz Selamat. Beliau berkata vokal adalah instrumen yang sangat mudah rosak jika dipaksa secara berterusan. “Apabila vokal dipaksa terlalu kuat, risiko kerosakan yang tidak […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 19 Disember -Pelakon Zed Zaidi kekal menerajui Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sebagai Presiden bagi penggal 2025 hingga 2028 selepas menang dalam pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 persatuan itu, hari ini. Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil, 45, berkata pemilihan semula itu mencerminkan keyakinan ahli terhadap kepimpinan yang berteraskan keupayaan melaksanakan tanggungjawab, […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PETALING JAYA, 18 Disember – Penyanyi rap tri-bahasa tanah air, Malik Choo, kembali mencuri perhatian menerusi single terbaharunya berjudul ‘Move On’. Lagu terbabit menampilkan gabungan rap moden dan elemen R&B yang sarat dengan emosi serta mesej positif. Menurut Malik, ‘Move On’ menyentuh tema kejujuran perasaan, penerimaan diri dan kekuatan untuk melangkah ke hadapan. “Dicipta dan […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LOS ANGELES, 18 Disember – Majlis Anugerah Akademi (Oscar) akan disiarkan secara eksklusif di YouTube bermula 2029, menurut kenyataan Akademi pada Rabu. Tindakan itu merupakan satu langkah berani bagi industri perfileman yang masih berhati-hati terhadap platform penstriman meskipun minat tontonan semakin beralih ke dalam talian. Perjanjian baharu selama lima tahun itu bermakna majlis anugerah paling […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PARIS, 16 Disember – Peminat siri popular Netflix, Emily in Paris, bakal disajikan dengan kelainan dalam Musim 5 yang akan membawa kisah percintaan dan cabaran kerjaya watak utama ke Itali, khususnya Rom, kata barisan pelakon siri itu pada Isnin. Pelakon utama, Lily Collins, menjadi tumpuan utama pada tayangan perdana karpet merah yang berlangsung di Paris. […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Di sebuah halaqah ilmu di Madinah, kelihatan seorang remaja duduk di barisan belakang. Tatkala rakan sepengajian lain sibuk menyediakan kitab, dakwat dan pena, anak muda ini hanya menggenggam sebatang jerami yang dipatah dua. Setiap kali Imam Malik menyampaikan hadis, dia menunduk dan mencalit tanda ringkas di tapak tangannya menggunakan jerami yang dicelup dengan […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Setiap hari Jumaat, umat Islam di seluruh dunia dianjurkan membaca Surah al-Kahfi sebagai benteng kekuatan rohani dan perlindungan akidah. Namun di sebalik fungsinya yang bersifat spiritual, surah ini sebenarnya mengandungi kerangka nilai yang sangat signifikan untuk pembinaan dasar ekonomi dan tadbir urus awam. Al-Quran menegaskan bahawa para rasul diutus bersama kitab dan neraca […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Di kebanyakan bandar moden, merpati sering hadir sebagai latar belakang kehidupan harian yang jarang diberi perhatian. Burung ini berlegar di dataran awam, stesen pengangkutan, kawasan perniagaan dan bangunan tinggi, berkongsi ruang yang sama dengan manusia. Namun, kehadirannya lebih kerap dianggap sebagai gangguan yang dikaitkan dengan kekotoran, penyakit dan kesesakan. Persepsi ini mendedahkan satu […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Menjelang penutup 2025, ringgit melonjak ke paras 4.04 berbanding dolar Amerika Syarikat, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun. Sekali gus menandakan kebangkitan kukuh ekonomi Malaysia, asas yang mantap, dan pencapaian cemerlang berbanding mata wang serantau. Malah, ia memperkukuh kedudukan ringgit sebagai mata wang ASEAN berdaya tahan menjelang 2026. Momentum pengukuhan turut dipacu […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Dalam dunia kerja hari ini, semakin ramai pekerja hadir ke pejabat, menyelesaikan tugasan yang ditetapkan, namun jiwanya seakan tertinggal di luar pintu organisasi. Mereka duduk di meja kerja, menghadiri mesyuarat dan mematuhi arahan, tetapi semangat yang suatu ketika dahulu menyala kini semakin malap. Mereka “ada”, namun dalam masa yang sama, terasa seperti “tiada”. […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Meniti detik akhir tahun, ramai antara kita menghitung pencapaian dan kegagalan dalam urusan dunia seperti pekerjaan, ekonomi, hubungan serta impian yang dikejar. Namun, sebagai seorang Muslim, renungan akhir tahun sewajarnya lebih mendalam daripada sekadar menilai apa yang berlaku di luar diri. Ia adalah masa terbaik untuk bertanya secara jujur, “Bagaimana amalan setahun ini […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Umum mengetahui kanak-kanak adalah merupakan aset paling berharga dalam pembinaan masa depan masyarakat dan negara membangun. Pada peringkat usia awal, mereka sangat mudah dipengaruhi oleh persekitaran, termasuk media yang ditonton saban hari. Dalam era digital masa kini, animasi menjadi salah satu medium utama yang diminati oleh kanak-kanak. Oleh itu, penggunaan animasi Islamik dilihat […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Memerang ialah mamalia karnivor daripada famili Mustelidae dan subfamili Lutrinae. Haiwan ini mempunyai badan yang panjang dan langsing, kaki berselaput untuk berenang, serta bulu yang tebal. Bulu ini membantu memerang kekal hangat dan terapung di dalam air. Memerang juga dikenali sebagai haiwan yang suka bermain seperti meluncur ke dalam air dan bermain dengan […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Cuti akhir persekolahan yang bermula 19 Disember 2025 ini datang dengan satu misi penting buat ibu bapa iaitu menyahut seruan kerajaan untuk membendung pengaruh negatif gajet, permainan video dan media sosial terhadap kanak-kanak. Dalam suasana digital serba mencabar, cuti sekolah bukan lagi sekadar masa berehat, tetapi peluang penting untuk memulihkan interaksi keluarga dan […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Adab adalah sikap, perilaku, komunikasi dan tatacara yang mencerminkan akhlak dalam hubungan dengan Allah juga sesama manusia. Manakala Pendidikan pula adalah suatu proses yang terancang untuk membimbing, mengajar, dan mengembangkan potensi insan, baik jasmani mahupun rohani, agar menjadi peribadi yang berilmu, berakhlak, dan bertanggung jawab. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1980) menegaskan bahawa pendidikan […]
Iklan/Banner