- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 10 Disember 2025 – Sebanyak 1,333 projek perumahan swasta yang terbengkalai berjaya dipulihkan sejak penubuhan Pasukan Petugas Khas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Daripada jumlah itu, 104 projek yang sebelum ini “sakit” ditaraf semula sebagai projek lancar, manakala 1,201 projek sakit dan 28 projek terbengkalai berjaya dipulihkan sepenuhnya. Keseluruhannya melibatkan 159,638 unit rumah […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 10 Disember – Semua Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kerja pembaikan jalan runtuh di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring berhampiran Bukit Kawah, Terengganu dipatuhi sepenuhnya. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, setiap SOP keselamatan merupakan prosedur wajib bagi memastikan pengguna jalan raya berhati-hati serta menyedari kewujudan risiko di kawasan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
IPOH, 10 Disember– Kenaikan nilai ambang pengecualian e-invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta mulai tahun depan disambut baik usahawan kecil dan sederhana di Perak. Perubahan itu melegakan peniaga yang sebelum ini bimbang terhadap kos tambahan serta kemampuan mereka mengurus sistem digital baharu tersebut. Bagi usahawan kecil, pelaksanaan e-invois masih menjadi cabaran kerana mereka perlu berdepan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 10 Disember – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengesahkan bahawa Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Shah Alam tidak akan beroperasi pada tahun ini kerana projek tersebut masih berada dalam Fasa Pengujian dan Pentauliahan (Testing & Commissioning). Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan, berkata, pengesahan itu dibuat selepas mendapati beberapa isu teknikal […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 10 Disember – Sehingga 31 Oktober lalu, sebanyak 252 aduan diterima Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melibatkan pelbagai pelanggaran di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400). Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Aiman Athirah Sabu, sebanyak 223 kertas siasatan telah dibuka, merangkumi 83 kompaun dikeluarkan, 4 kes dibawa ke pertuduhan, 130 kes masih […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
AYER KEROH, 10 Disember – Melaka membangunkan sebuah sistem yang menghimpunkan semua platform perniagaan dalam talian bagi membantu usahawan tempatan dalam usaha menggalakkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) beralih kepada platform perniagaan digital. Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Alex Seah Shoo Chin berkata, platform tersebut memudahkan usahawan mengurus dan menyelaras […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 10 Disember– Malaysia dan India memperkasa hubungan ekonomi menerusi penerokaan peluang kerjasama baharu melibatkan syarikat gergasi negara tersebut terutama dalam industri automotif, semikonduktor dan farmaseutikal. Jelas Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong beberapa siri perbincangan dengan pemain industri terlibat telah diadakan termasuk potensi pelaburan dalam pembuatan komponen automotif di Malaysia. […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 10 Disember – Pelancaran Kerangka Insentif Pelaburan Baharu (NIIF) pada suku pertama tahun depan, bertujuan menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, NIIF dibangunkan berasaskan Dasar Pelaburan Baharu (NIP) melibatkan pendekatan lebih strategik, khususnya dalam memperkukuh ekosistem industri […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ALOR SETAR, 10 Disember– Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Kedah (PKMMNK) menyambut baik keputusan kerajaan menggandakan peruntukan pembayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion bagi mempercepat pembayaran tertunggak kepada pembayar cukai. Yang Dipertuanya, Datuk Mohammad Fauzee Mohamad berkata tindakan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap pembayar cukai yang menunaikan tanggungjawab mereka. Beliau turut berharap kerajaan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
AYER KEROH, 10 Disember – Rangka kapal purba dan artifak yang ditemui berhampiran Pulau Melaka pada Oktober lepas akan dipamerkan kepada masyarakat umum, tahun depan. Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, ia akan dipamerkan di Muzium Maritim Melaka, Bandar Hilir. “Kita telah membuat keputusan, artifak dan juga […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 10 Disember – Pasaran buruh Malaysia kekal stabil pada Oktober 2025 dengan kadar pengangguran berada pada paras 3 peratus, melibatkan 518,900 penganggur direkodkan. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi itu didorong oleh aktiviti ekonomi yang rancak, pertumbuhan guna tenaga yang konsisten serta kadar pengangguran rendah. “Tenaga buruh terus […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 10 Disember – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyambut baik pengumuman pelaksanaan e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), khususnya pengecualian yang diberikan kepada perniagaan dan koperasi dengan perolehan tahunan kurang daripada RM1 juta. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, berkata langkah itu selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh tadbir […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 10 Disember – Malaysia dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan pada 2026 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar diunjur berkembang 4.5 peratus berbanding anggaran 4.7 peratus pada 2025. Menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), pertumbuhan itu disokong oleh peningkatan permintaan domestik, penggunaan swasta yang stabil serta pembentukan modal tetap kasar yang kukuh. Bank […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR 10 Disember – Keputusan kerajaan meningkatkan peruntukan sebanyak RM4 bilion bagi tujuan pemulangan semula cukai kepada pembayar cukai disifatkan langkah tepat untuk merancakkan semula aktiviti ekonomi negara, khususnya dalam jangka pendek. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, penambahan peruntukan itu akan mempercepat proses kerajaan mengembalikan lebihan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 10 Disember– Keputusan kerajaan untuk meningkatkan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion dilihat sebagai langkah yang memberi manfaat kepada Perusahaan, Kecil dan Sederhana (PKS). Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abdul Aziz Abu Bakar berkata penambahan peruntukan itu berpotensi membantu PKS dalam pengurusan aliran tunai serta pengukuhan modal […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 10 Disember– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM42.3 bilion dalam pasaran konvensional dan RM24.92 bilion dalam dana Islam. Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik, masing-masing bernilai RM1.0 bilion […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 10 Disember– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan tumpuan pelabur beralih kepada data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan datang, mengekalkan keyakinan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan meneruskan penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas selepas mesyuarat selama dua hari berakhir malam ini. Pada pukul 8.00 pagi, mata wang […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 9 Disember – Ringgit terus kekal stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Selasa, ketika pasaran mengambil pendekatan berhati-hati apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) hari ini memulakan mesyuarat selama dua harinya. Pada 6 petang, ringgit hampir tidak berubah pada 4.1105/1165 berbanding dolar AS daripada 4.1100/1145 ketika ditutup semalam. […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
- Dasar ekonomi tepat membolehkan negara mengekalkan pembangunan dan pertumbuhan berkualiti meskipun cabaran global.
- Peningkatan gaji mesti disertai dengan kenaikan produktiviti untuk capai status ekonomi berpendapatan tinggi.
- Tumpuan pada sektor semikonduktor dan FDI dijangka menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan berkualiti.
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 9 Disember – Bursa Malaysia yang bergerak dalam aliran rendah sepanjang hari, pulih semula untuk ditutup tinggi, disokong pembelian pada saat akhir ketika para pelabur dalam keadaan berwaspada namun optimis menjelang pengumuman keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) esok. Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PARIT, 10 Disember– Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah berasrama di Kampung Gajah, Perak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Parit atas 14 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap rakan sekolahnya. Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di dihadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai. Perbuatan itu dilakukan antara Oktober dan November lalu […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PADAWAN, 9 Disember – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki memiliki ratusan katrij vape dipercayai berisi cecair ganja dalam satu serbuan, di kawasan parkir perkarangan pusat perkhidmatan kurier di Jalan Kong Ping, di sini, kira-kira pukul 9.00 pagi, 5 Disember lalu. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pihak polis merampas […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BALIK PULAU, 9 Disember – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen pada Ogos lalu. Tertuduh, Teo Chee Lam 37 tahun dan Fo Tze Jie 24 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin. Mengikut kertas pertuduhan, […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ROBAN, 9 Disember – Polis menahan seorang wanita berusia 38 tahun dari Pasir Gudang, Johor di sini susulan siasatan terhadap satu penipuan pelaburan tidak wujud yang menyebabkan seorang guru kerugian hampir RM250,000. Ketua Polis Daerah Saratok, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mathew Manggie berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang guru berumur […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUBANG PASU, 9 Disember – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam menahan dua buah pikap bernombor pendaftaran negara jiran selepas didapati mengubah suai tangki asal dan memasang tangki tambahan bagi menyeludup minyak diesel bersubsidi. Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, SAC Mohd Nasaruddin M Nasir dalam satu kenyataan memaklumkan, dalam operasi pertama pada […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang calon yang bertanding semasa pemilihan PKR Mei lepas mendapati tiada sebarang bukti menunjukkan beliau menerima rasuah daripada mana-mana kontraktor atau pihak lain. Sumber SPRM memaklumkan hasil keseluruhan siasatan mendapati semua sumber kewangan bagi pembelian aset yang dilakukan individu berkenaan adalah daripada […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 8 Disember – Seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) direman empat hari bermula semalam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan ‘Pasport Terbang’ di Bangunan Sultan Iskandar (BSI). Insiden itu berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi ketika pegawai terbabit diperiksa Unit Integriti AKPS di Kaunter MyBorderPass semasa menjalankan pemantauan. AKPS dalam kenyataan memaklumkan, […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga India dalam satu operasi khas yang digerakkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 serta sebuah kediaman di Jalan Kuching, semalam. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban dalam kenyataan memaklumkan, lelaki tempatan itu dicekup di kaunter […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan wang ganti rugi berjumlah lebih RM31 juta yang diterima oleh pastor Raymond Koh didepositkan ke dalam akaun Amanah Raya Berhad sebagai pemegang amanah. Peguam Datuk Jerald Gomez, yang mewakili isteri Koh iaitu Susanna Liew Sow Yoke, berkata Hakim Su Tiang Joo membuat keputusan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KENINGAU, 8 Disember – Seorang remaja maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri atau bakakuk ketika sedang bermain bersama rakannya di sini pada pagi Ahad. Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa dan suspek, kedua-duanya berusia 14 tahun sedang bermain di hadapan sebuah rumah tidak bernombor. Ketika […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TOKYO, 10 Disember – Jepun menafikan dakwaan bahawa pesawat pejuangnya menghalakan radar pengesan ke arah jet China. Menteri Pertahanan Jepun Shinjiro Koizumi membuat kenyataan itu pada Rabu (10 Disember), susulan insiden hampir berlanggar antara kedua-dua angkatan udara berhampiran Kepulauan Okinawa pada Sabtu (6 Disember) ketika latihan ketenteraan dijalankan. Kedua-dua negara Asia itu memberikan kenyataan berbeza […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SWITZERLAND, 10 Disember – Kekurangan zat makanan yang dialami para ibu di Gaza semakin parah hingga menyebabkan peningkatan ketara jumlah bayi pramatang atau kurang berat badan. Pengurus Komunikasi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangs Bersatu (UNICEF) Tess Ingram berkata, situasi kritikal itu yang menyebabkan ramai bayi baru lahir berisiko tinggi meninggal dunia di unit rawatan rapi atau […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PHANOM DONG RAK, 10 Disember – Tentera Thailand pada Rabu (10 Disember) mendakwan pasukan Kemboja melepaskan tembakan roket yang dipercayai jatuh di kawasan hospital serta persekitarannya di daerah sempadan Phanom Dong Rak yang terletak di wilayah Surin. Beberapa gambar yang dikeluarkan Tentera Diraja Thailand Wilayah 2 pada Rabu menunjukkan kakitangan perubatan berkumpul di sebuah wad […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 10 Disember – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump merancang untuk membuat panggilan telefon ke atas Kemboja dan Thailand susulan pertembungan semula antara kedua-dua negara mengenai sempadan yang dipertikaikan. Semasa berucap di hadapan penyokong pada perhimpunan di negeri Pennsylvania, timur laut AS, Trump menyenaraikan pelbagai konflik yang beliau terlibat secara diplomatik. “Saya tidak mahu berbicara […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 10 Disember – Lebih 500,000 individu meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari keselamatan di Thailand dan Kemboja sejak tercetusnya semula konflik sempadan, menurut kedua-dua kerajaan pada Rabu. Jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand, Surasant Kongsiri berkata, jumlah itu melebihi jumlah yang dipindahkan semasa pertembungan serupa awal tahun ini. “Orang awam terpaksa dipindahkan dalam jumlah besar kerana kami […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SEOUL, 10 Disember – Polis Korea Selatan menyerbu ibu pejabat Coupang di sini pada Selasa (9 Disember) selepas firma e-dagang itu mengalami kebocoran data terburuk di negara itu dalam beberapa tahun. Agensi Berita Yonhap melaporkan kebocoran tersebut – mengakibatkan data peribadi kira-kira 33 juta pelanggan Coupang terdedah – mendedahkan nama, alamat e-mel, nombor telefon, alamat […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KATHMANDU, 10 Disember – Nepal berdepan cabaran besar termasuk peningkatan pengangguran dan pelaburan asing yang merosot susulan kerajaan negara itu digulingkan pada September lalu. Pakar memberi amaran bahawa kekacauan tersebut – yang meragut 76 nyawa dan merosakkan ribuan bangunan termasuk parlimen – telah menolak negara itu ke belakang dari segi ekonomi. Menurut pakar kestabilan negara […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PYONGYANG, 10 Disember – Kementerian Pertahanan Korea Selatan pada Rabu (10 Disember) memaklumkan bahawa Korea Utara telah melancarkan beberapa pelancar roket pada Selasa (9 Disember) ke arah laut di sebelah barat semenanjung Korea. Tentera Korea Selatan mengesan beberapa peluru roket artileri dilancarkan ke perairan utara Laut Kuning kira-kira pukul 3.00 petang waktu tempatan pada Selasa. […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
HANGZHOU, 10 Disember – Seekor beruang matahari atau beruang madu dilihat menyerang jurulatihnya ketika satu persembahan secara langsung di sebuah taman hidupan liar di China. Menerusi rakaman video penonton yang dimuat naik di media sosial, insiden itu berlaku di Taman Safari Hangzhou di Hangzhou, China, pada 6 Disember lalu. Perkara itu turut disahkan pihak taman […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
CANBERRA, 10 Disember – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mahu individu bawah 16 tahun mendapatkan bantuan daripada ibu bapa, guru atau perkhidmatan sokongan seperti Headspace dan Kids Helpline sekiranya mereka mempunyai sebarang persoalan atau memerlukan sokongan sepanjang tempoh peralihan larangan media sosial. Anthony Albanese, menyampaikan mesej khas menerusi rakaman video yang ditujukan kepada kumpulan itu […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 10 Disember – Kemboja menarik diri daripada menyertai Sukan SEA Thailand pada Rabu, menurut seorang pegawai Olimpik. Perkara itu dilakukan selepas konflik sempadan dengan tuan rumah Thailand meningkat dan memaksa beratus-ratus ribu penduduk berpindah dari kedua-dua sempadan yang dipertikaikan. Sekurang-kurangnya 11 anggota tentera dan orang awam terbunuh di kawasan itu, menurut pegawai, apabila permusuhan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BARCELONA, 10 Disember– Dua tandukan pantas Jules Kounde membantu Barcelona bangkit sebelum menewaskan Eintracht Frankfurt 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara di Camp Nou pada Selasa, sekali gus menghadiahkan kemenangan penting buat skuad Catalan itu. Selepas seri dengan Club Brugge dan tewas kepada Chelsea, Barcelona kembali menemui rentak untuk naik ke tangga ke-14 saingan peringkat kumpulan, […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
FLORIDA, 10 Disember– Lionel Messi muncul sebagai pemain pertama dalam sejarah Major League Soccer (MLS) memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) untuk dua musim berturut-turut. Musim gemilang itu turut menyaksikan beliau dinobatkan sebagai MVP MLS Cup selepas membawa Inter Miami menjulang kejuaraan liga pertama kelab tersebut. Messi mencipta dua bantuan gol ketika Miami menewaskan Vancouver […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MILAN, 10 Disember – Majoriti penyokong Liverpool yang hadir menyaksikan aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA menentang Inter Milan pada Selasa (9 Disember) meluahkan kekecewaan terhadap Mohamed Salah susulan kenyataannya yang mengkritik kelab itu baru-baru ini. Salah sebelum ini berkata beliau “diketepikan” kelab selepas diletakkan di bangku simpanan ketika Liverpool seri 3-3 menentang Leeds United […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
CHENNAI, 10 Disember – Kejohanan FIH Piala Dunia Remaja Lelaki Tamil Nadu 2025 menyaksikan skuad Remaja Negara menamatkan cabaran dengan kemenangan dramatik apabila menewaskan Jepun 3-0 dalam penentuan shoot-out selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi penentuan tempat ke-13 dan 14. Malaysia bermula garang dan membuka tirai jaringan pada minit ke-29 menerusi pukulan sudut penalti yang […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ISKANDAR PUTERI, 10 Disember – Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal manfaat kelebihan beraksi di laman sendiri, apabila sekadar terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC, pada aksi Kumpulan A Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE), malam tadi. Dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu, menyaksikan skuad Harimau Selatan bimbingan Xisco Munoz lebih mendominasi dengan serangan bertali […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 9 Disember – Misi skuad badminton negara menyambar satu daripada empat emas disasarkan pada Sukan SEA 2025 terbentang luas apabila Malaysia melangkah ke perlawanan akhir berpasukan lelaki menentang musuh tradisi Indonesia esok. Selain turun dengan hasrat membalas dendam atas kekalahan 1-3 kepada lawan sama pada perlawanan akhir acara itu pada edisi lepas di Kemboja, […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA KINABALU, 9 Disember – Ketua jurulatih Sabah FC Jean-Paul de Marigny menyangkal kenyataan pemain PDRM FC, Fadi Mahmoud Awad yang menuduhnya bersikap rasis susulan pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Super Sabtu lepas, dengan menegaskan dakwaan itu tidak berasas dan amat tidak adil. Jean-Paul berkata, perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang dimenangi […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 9 Disember – Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan terus berdepan ujian apabila berkemungkinan kehilangan dua tonggak utama menjelang aksi penentuan menentang Vietnam pada perlawanan terakhir Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2025 di sini. Ketua jurulatih kebangsaan, Mohd Nafuzi Zain memaklumkan, penyerang Muhammad Haqimi Azim Rosli telah meninggalkan pasukan selepas dibenarkan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 9 Disember – Pelari berpengalaman negara, Zaidatul Husniah Zulkifli optimis mahukan satu lagi detik manis pada penampilan ketujuhnya di Sukan SEA Thailand 2025, khususnya dalam acara 4×100 meter wanita. Pada edisi Kemboja 2023 lalu, Zaidatul bersama Azreen Nabila Alias, Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling meraih pingat gangsa dengan […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TOKYO, 10 Disember – Penulis drama dan pelakon ‘Emily in Paris’ dari Amerika Syarikat, Jeremy O. Harris, dibebaskan tiga minggu selepas penahanannya di Jepun atas dakwaan penyeludupan dadah, sementara pihak pendakwa masih menjalankan siasatan, menurut polis pada Rabu. Jepun mempunyai undang-undang dadah antara yang paling ketat di dunia, dan pemilikan dadah haram boleh mengakibatkan hukuman […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan. Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Teruja dapat kembali ke Malaysia, penyanyi bersuara emas dari Indonesia Andmesh Kamaleng bakal menghangatkan pentas tempatan menerusi konsert ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena di sini, 14 Feb depan. Andmesh berkata Malaysia sentiasa menjadi lokasi istimewa dalam karier seninya berikutan sokongan kuat […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 30 November – Selangor bakal memperkenalkan tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu menerusi pembangunan Magika Studios di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, berkata Magika Studios menawarkan pengalaman unik berbanding taman tema konvensional kerana menampilkan gabungan zon terbuka dan ruang tertutup bagi menjamin pengalaman berbeza […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 28 November – Penyanyi dan ratu tari negara, Stacy kembali dengan single terbaharu berjudul “Mega Ching!”, lagu elektro dance ciptaannya sendiri bawah nama pena Bunga Cantik. Lagu yang diinspirasikan daripada personaliti dan ‘kuasa’nya di atas pentas itu turut menampilkan elemen rap berdialek Sabah, sesuatu yang pertama kali dicubanya. Stacy menyifatkan “Mega Ching!” sebagai […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Ketika Bank Dunia mencadangkan harga petrol diapungkan mengikut pasaran, kerajaan membuat keputusan menolak saranan tersebut dan menegaskan subsidi bersasar lebih relevan pada masa ini. Ia memberi mesej jelas, keutamaan kerajaan pada ketika ini ialah realiti rakyat, bukan teori global. Sejarah harga minyak dunia turut menjadi peringatan. Pada 2022 harga minyak mentah pernah melepasi […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA 24 November 2025, genap tiga tahun usia Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tempoh setahun dua, mungkin terlalu awal untuk kita menilai berjaya atau gagal sebuah kerajaan. Namun kini selepas tiga tahun, tiada siapa boleh menafikan. Kerajaan MADANI terbukti berjaya dengan cemerlang dalam membangun dan memakmurkan negara, serta […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Rakyat Sabah mahukan kestabilan. Rakyat Sabah mahukan hala tuju jelas. Rakyat Sabah mahukan pembangunan yang tidak tergendala dek kerana perbalahan. Berbeza pandangan itu lumrah. Berbeza agenda itu biasa. Namun, keutamaan bersama lebih besar daripada perbalahan politik yang kecil. Agenda lebih besar menanti Sabah, dan agenda yang besar menuntut jiwa yang besar. Titik ‘gencatan […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sekali lagi membuktikan bahawa politik Sabah sentiasa penuh warna dan tidak pernah statik. Keputusan kali ini membawa banyak kejutan daripada gelombang pengundi baharu, perubahan pola sokongan, hinggalah kebangkitan calon bebas yang semakin berpengaruh. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan paling dominan. GRS menang 29 kerusi, Warisan pula […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Pesta demokrasi Sabah kini kembali. Seramai 596 calon bertanding melibatkan 24 parti politik bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan (DUN) Sabah. Menariknya, dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-17 ini juga, 74 calon bertanding atas tiket bebas. Pesta demokrasi kali ini turut dimeriahkan dengan penampilan calon termuda, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin berusia 24-tahun […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA 24 November 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Sekali gus, membuka lembaran baharu pembentukan Kerajaan Perpaduan yang membawa gagasan Malaysia MADANI. Isnin ini, genap tiga tahun umurnya. Dalam tempoh itu, kerajaan berdepan pelbagai cabaran termasuk kos sara hidup rakyat, ketidaktentuan ekonomi global, serta kedudukan fiskal negara yang […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, November 1 – The ASEAN 2025 chairmanship has successfully opened up new economic opportunities and strengthened Malaysia’s position as a regional investment and tourism destination. According to International Relations Political Analyst, Mohamad Shafiq Sahruddin, the increase in economic activity in border states such as Kelantan and Kedah clearly shows the benefits of regional diplomacy […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 semakin hampir. Esok, proses penamaan calon bakal berlangsung. Ketika ini, semua mata terarah ke Negeri di Bawah Bayu. Isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah amat menarik perhatian. Hangat dibahaskan di peringkat rakyat jelata mahu pun dalam sidang Parlimen. Pada 17 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA KHAS ASEAN SIRI 8 “Genggam bara api biar sampai jadi arang.” Bermaksud, teruskan berusaha dengan tabah dan sabar walau menghadapi kesusahan hingga mencapai kejayaan. Pepatah Melayu ini menggambarkan nilai ketekunan, kesabaran dan usaha tanpa pernah putus asa. Kejayaan tidak datang secara tiba-tiba, tetapi hasil daripada usaha yang berterusan, disiplin dan semangat juang yang […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA KHAS ASEAN SIRI 7 Langit Kuala Lumpur cerah pada pagi penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. Di dewan yang dihiasi bendera sebelas negara, suasana terasa luar biasa penuh debar, harapan, dan sejarah yang bakal tercipta. Sejurus diumumkan bahawa Timor-Leste kini secara rasmi menjadi negara anggota ke-11 ASEAN, tepukan gemuruh bergema. Detik itu bukan sekadar […]
Iklan/Banner