Kategori
Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Permohonan jawatan tetap pegawai farmasi dibuka semula tahun depan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Permohonan jawatan tetap pegawai farmasi, akan dibuka semula tahun depan, sekali gus memberi peluang baharu kepada pegawai lantikan kontrak. Kenyataan Kementerian Kesihatan memaklumkan, langkah berkenaan berikutan selesainya urusan pengambilan terkini yang menyaksikan hanya 600 perjawatan tetap diisi kerana jumlah kekosongan terhad. “Baki pegawai farmasi kontrak tidak dapat diserap kerana tiada […]

NCDC 2.0: Pacu kemajuan pembangunan awal kanak-kanak berasaskan data
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Sistem Pusat Data Kanak-kanak Kebangsaan (NCDC) 2.0 dan integrasi Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD) memperkukuh lagi peranan Malaysia dalam pembangunan awal kanak-kanak dan pendidikan berasaskan data. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata sistem NCDC 2.0 yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan pangkalan […]

RM310 juta diluluskan, perkasa inisiatif Bandar Pintar Melaka
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

AYER KEROH, 12 Disember -Melaka terima peruntukan RM310 juta untuk membangunkan infrastruktur kesalinghubungan bagi inisiatif Bandar Pintar Negeri Melaka, menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerajaan negeri. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, peruntukan itu akan menyokong hasrat kerajaan negeri menjadikan Melaka sebagai bandar warisan digital selaras dengan statusnya sebagai negeri warisan. […]

APAI2030: Lebih RM3.5 juta disalur kepada 340 SAR di Pulau Pinang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PENAGA, 12 Disember – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyalurkan peruntukan berjumlah lebih RM3.5 juta, termasuk sumbangan Al-Huffaz, kepada 340 Sekolah Agama Rakyat (SAR) berdaftar di negeri itu hari ini. Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh institusi pendidikan Islam, sejajar dengan Agenda […]

Warga emas maut, motosikal dirempuh dalam nahas tiga kenderaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PORT DICKSON, 12 Disember – Seorang lelaki berusia 67 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kereta di Kilometer 29, Lebuhraya Seremban–Port Dickson, awal pagi Jumaat. Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, kejadian berlaku kira-kira pukul 6:15 pagi ketika mangsa yang menunggang motosikal dari Seremban menuju Port […]

PM ingatkan semua pihak hormati keluruhan dan kedaulatan undang-undang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LANGKAWI, 12 Disember – Semua pihak diingatkan untuk menghormati keluhuran dan kedaulatan undang-undang. Peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merujuk keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram. “Keputusan AGC dibuat mengikut lunas undang-undang […]

Jenazah Sarjan Fahmey Darus dikebumikan dengan istiadat ketenteraan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KOTA BHARU, 12 Disember -Anggota tentera, yang terkorban dalam nahas membabitkan trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan sebuah kereta di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Bukit Belah, Machang, semalam, selamat dikebumikan pada 3.30 petang tadi. Jenazah Sarjan Fahmey Darus, 39 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Nibong, Padang Kala, Kota Bharu mengikut istiadat ketenteraan. Allahyarham […]

Kerajaan tegas larang pembukaan hutan baharu demi kelestarian ekosistem
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SUNGKAI, 12 Disember -Kerajaan menegaskan tiada pembukaan hutan baharu sebagai tujuan perladangan, bagi memastikan ekosistem negara terus terpelihara. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu penting kerana hutan merupakan habitat utama spesies dilindungi seperti harimau, ungka dan tapir. Beliau menjelaskan kerajaan kini memberi tumpuan kepada penanaman semula ladang sedia ada […]

Rakyat Malaysia hanya boleh miliki satu kewarganegaraan – JPN
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BACHOK, 12 Disember – Malaysia tidak mengiktiraf dua kewarganegaraan dan tindakan pelucutan taraf warganegara boleh diambil jika terdapat bukti individu memegang kewarganegaraan negara lain. Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias berkata,  pihaknya tidak mempunyai pangkalan data yang menunjukkan individu yang memegang dua kewarganegaraan, namun tindakan boleh diambil sekiranya pihak mereka menerima aduan lengkap […]

PM tegaskan keutamaan Bahasa Melayu dalam isu sensitiviti agama, kaum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LANGKAWI, 12 Disember -Sebarang tuntutan yang menjurus kepada sensitiviti agama, bangsa dan kaum, perlu mengambil kira kedudukan bahasa kebangsaan dalam perlembagaan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai pemimpin prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan bahasa Melayu akan terus didukung dan dipertahankan. “Kebelakangan ini ada suara pelbagai tuntutan soal bahasa, ada […]

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember -Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM39.30 bilion berbanding RM38.06 bilion yang dicatatkan pada sebelah pagi, manakala kecairan dalam dana Islam menyusut kepada RM25.10 bilion daripada […]

Jualan Borong & Runcit cecah RM160.9 bilion, naik 7.2%
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 12 Disember – Jualan Perdagangan Borong dan Runcit negara terus menunjukkan prestasi kukuh apabila mencatat RM160.9 bilion pada Oktober 2025, meningkat 7.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, berkata pertumbuhan itu disokong prestasi positif semua subsektor, termasuk perdagangan borong yang […]

Bayaran balik cukai RM4 bilion ringankan tekanan aliran tunai PMKS – PERDASAMA
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Langkah kerajaan mempercepatkan bayaran balik cukai berjumlah RM4 bilion dijangka memberi kelegaan ketara kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Mohd Azamanizam Baharon berkata pemulangan kredit cukai tersebut akan membantu melancarkan aliran tunai khususnya bagi usahawan kecil untuk menampung komitmen bulanan. “Langkah […]

Berjaya Air terima dua pesawat ATR 72-600 tahun 2026
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Berjaya Air Sdn Bhd, syarikat penerbangan di bawah Berjaya Land Bhd, akan menerima dua pesawat baharu ATR 72-600 pada tahun hadapan, melibatkan pelaburan berjumlah AS$56 juta. Pengurus Besar Berjaya Air, Mohd Amri Mohd Akib, berkata penambahan pesawat itu mencerminkan komitmen syarikat untuk memperkaya pengalaman perjalanan dengan menawarkan produk yang menggabungkan […]

Kerjasama KWSP-JIM perkasa caruman pekerja bukan warganegara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SHAH ALAM, 12 Disember – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memeterai Nota Kerjasama strategik dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi memperkukuh pelaksanaan caruman mandatori pekerja bukan warganegara, selaras dengan Belanjawan 2025. Kerjasama itu membolehkan integrasi sistem antara KWSP dengan Imigresen, sekali gus memudahkan pengesahan status pekerja melalui perkongsian data Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), Pas […]

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM38.06 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam berjumlah RM26.52 bilion. BNM akan melaksanakan dua tender repo berbalik berjumlah RM1.0 bilion […]

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kebanyakannya prestasi positif Wall Street. Pada jam 9.08 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 0.21 mata kepada 1,625.60 walaupun susut seketika ke paras 1,622.56 sebelumnya, berbanding penutupan semalam pada paras 1,625.39. Sentimen pasaran […]

Ringgit terus mengukuh pada sesi awal
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Ringgit dibuka meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua hari ini, dipacu oleh data negara maju itu yang lemah serta keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar pinjaman utamanya sebanyak 25 mata asas. Pada pukul 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.1000/1100 berbanding dolar AS daripada 4.1040/1105, […]

Niaga hadapan emas ditutup tinggi selepas fed mengurangkan kadar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 11 Disember – Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar faedah untuk kali ketiga tahun ini, menjadikan emas sebagai aset selamat yang lebih menarik kepada pelabur. Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) membuat langkah berani dengan memotong kadar faedah […]

Malaysia catat status tertinggi FATF dalam usaha perangi jenayah kewangan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 11 Disember – Malaysia mencatatkan pencapaian memberangsangkan dalam usaha membanteras dan memerangi aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan pembiayaan percambahan. Ini dibuktikan menerusi status ‘Regular Follow-Up’, kategori tertinggi dalam proses penilaian bersama oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF), badan bebas antara kerajaan yang menetapkan piawaian global bagi pencegahan jenayah kewangan. Penilaian itu […]

Tempoh seminggu pihak pendakwaan teliti rayuan pembebasan Syed Saddiq
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 12 Disember – Mahkamah Persekutuan memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan untuk menilai semula sama ada mahu meneruskan rayuan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang mengetuai panel tiga hakim berkata, pihak pendakwaan perlu membuat keputusan jelas dan memaklumkan kepada mahkamah dalam tempoh tersebut. […]

PENIAGA kedai makan rugi lebih RM69,000 diperdaya “scammer”
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JEMPOL, 12 Disember -Seorang lelaki kerugian RM69,900 selepas terpedaya dengan penipuan oleh individu yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata, peniga kedai makan berusia 49 tahun itu menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali pada 9.30 pagi semalam. Beliau berkata mangsa diberitahu nombor telefonnya […]

1,478 karton arak dirampas, dipercayai tidak bercukai
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JOHOR BAHRU, 12 Disember – 1,478 karton arak berjaya dirampas dipercayai tidak bercukai dalam satu serbuan di Taman Bukit Indah, di sini, pada Selasa lepas. Pegawai Batalion Lima Pasukan Gerakan AM (PGA) Simpang Renggam, Superintendan Salehin Suleiman berkata, tiga lelaki berumur 18 hingga 39 tahun, turut ditahan, dipercayai terlibat dengan sindiket. Turut dirampas, dua buah […]

Kes jenayah komersial di Pontian meningkat, kerugian cecah RM30.5 juta
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PONTIAN, 12 Disember – Sebanyak RM30.5 juta kerugian direkodkan dalam 458 kes penipuan dan jenayah komersial yang dilaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dari Januari hingga November lalu. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM2.2 juta daripada 312 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu. […]

Disyaki bunuh isteri, suami serah diri selepas empat hari
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SEBERANG JAYA, 12 Disember – Seorang lelaki dipercayai membunuh isterinya empat hari lalu di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna, Seberang Jaya tampil ke balai polis berhampiran untuk memaklumkan kejadian itu pada pukul 11.30 tengah hari, Khamis. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Helmi Aris berkata, suspek berusia 28 tahun itu hadir sendiri ke balai polis dan […]

AGC tarik balik rayuan terhadap pembebasan Rosmah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram, setelah berpuas hati bahawa tiada prospek kejayaan sekiranya rayuan diteruskan di Mahkamah Rayuan. Dalam satu kenyataan, AGC memaklumkan jabatan itu telah […]

Op Kutip: 31 pendatang ditahan di Stesen LRT Masjid Jamek
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 31 pendatang tanpa izin termasuk tiga wanita dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Masjid Jamek, di sini, malam tadi. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata Op Kutip yang bermula pada 7.20 malam melibatkan 25 pegawai melakukan pemeriksaan di sekitar stesen Transit Aliran […]

Janin bayi ditemukan dalam lori sampah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 11 Disember -Pekerja sebuah syarikat pengurusan alam sekitar menemukan janin bayi dalam sebuah lori sampah di kawasan Bukit Jalil, Cheras di sini, tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan penemuan itu pada 12.51 tengah hari. “Lelaki itu memaklumkan pekerjanya menemukan janin bayi semasa memunggah […]

10 warga Filipina ditahan di Labuan, gagal kemuka pas sah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LABUAN, 11 Disember -Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dalam tiga operasi berasingan yang dijalankan malam tadi. Operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada OP Gegar dan OP Sapu, hasil maklumat serta risikan yang telah dijalankan oleh pasukan penguat kuasa. Pengarah JIM Labuan, Raymond Entalai berkata, dalam pemeriksaan tersebut, seramai […]

2 wanita Filipina mengaku bersalah miliki kad pengenalan palsu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JOHOR BAHRU, 11 Disember – Dua warga Filipina mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Johor Bahru, atas pertuduhan memiliki kad pengenalan palsu di Johor Bahru, pada Isnin lalu. Janida Daimun, 53 tahun, dan Nuraina Asmawil, 33 tahun, memuat pengakuan itu dihadapan Majistret A. Shaarmini. Mengikut pertuduhan, Janida yang bekerja sebagai pencuci bangunan, didakwa dengan pengetahuan dan […]

Hujan lebat tenggelamkan khemah pelarian di Gaza, ribuan terjejas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

NUSEIRAT, 12 Disember – Hujan lebat yang melanda Gaza sejak Khamis telah menyebabkan ratusan khemah pelarian ditenggelami air. Keadaan itu semakin memburukkan kehidupan ribuan pelarian yang terpaksa bertahan di tengah-tengah kesulitan selepas peperangan yang memusnahkan sebahagian besar Gaza. Youssef Tawtah, 50 tahun, bersama keluarga sembilannya, tidak dapat tidur sepanjang malam akibat cuaca buruk dan air […]

Puluhan ribu penduduk Kemboja diusir akibat ketegangan baharu di sempadan Thailand
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANTEAY MEANCHEY, 12 Disember – Keluarga-keluarga yang tinggal di sepanjang sempadan Kemboja-Thailand kini hidup dalam ketidaktentuan selepas ketegangan rentas sempadan yang tercetus secara mendadak memaksa puluhan ribu penduduk melarikan diri dari rumah mereka. Selepas beberapa bulan keadaan reda sejak pertempuran pertama meletus pada musim panas lalu, konflik dilaporkan kembali memuncak sejak Ahad petang, dengan kedua-dua […]

Pengawal Pantai AS jalankan operasi udara selamatkan mangsa banjir di Washington
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

WASHINGTON, 12 Disember – Operasi menyelamatkan mangsa banjir telah dijalankan oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat pada Khamis di negeri Washington, selepas hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari menyebabkan banjir teruk. Rakaman video yang dikeluarkan oleh Pengawal Pantai menunjukkan pasukan penyelamat menggunakan helikopter untuk menyelamatkan dua orang yang terperangkap di dalam rumah yang hampir tenggelam. […]

“Clair Obscur: Expedition 33” ungguli The Game Awards 2025
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LOS ANGELES, 12 Disember – Permainan video indie dari Perancis, Clair Obscur: Expedition 33, mencuri perhatian di The Game Awards selepas sahaja dinobatkan sebagai Permainan Terbaik, tetapi turut meraih beberapa anugerah utama lain, termasuk Pengarahan Terbaik, Penceritaan Terbaik, Tata Seni Terbaik, Muzik Terbaik, Persembahan Terbaik, Permainan Indie Terbaik, Debut Permainan Indie Terbaik dan RPG Terbaik. […]

Jepun tarik balik amaran tsunami selepas gempa 6.7 magnitud
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

AOMORI, 12 Disember -Jepun menarik balik amaran tsunami beberapa jam selepas gempa bumi 6.7 magnitud melanda wilayah timur laut negara itu pagi tadi. Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada awalnya mengeluarkan amaran berikutan jangkaan gelombang setinggi satu meter. Ia susulan gempa yang berlaku pada 11.44 pagi di luar pesisir Aomori pada kedalaman 20 kilometer. Tinjauan di […]

Anutin akan berbincang dengan Trump mengenai konflik di sempadan Thailand-Kemboja
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 12 Disember -Perdana Menteri sementara Thailand, Anutin Charnvirakul mengesahkan, beliau akan mengadakan perbualan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, malam ini berhubung pertempuran berterusan di sempadan Thailand–Kemboja. Anutin memaklumkan, sesi itu dijadual berlangsung sekitar 9.20 malam waktu tempatan. Beliau berkata, sebelum perbualan itu, beliau akan mendapatkan laporan terkini di ibu pejabat tentera Thailand. “Saya […]

Gempa bumi 6.7 magnitud gegar timur laut Jepun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

AOMORI, 12 Disember -Gempa bumi berukuran 6.7 magnitud menggegarkan wilayah timur laut Jepun pada pagi Jumaat. Rakaman kamera litar tertutup dari empat bandar, Aomori, Hachinohe, Morioka dan Urakawa menunjukkan gegaran kuat ketika kejadian. Gempa itu berlaku pada kira-kira 11.44 pagi (waktu tempatan), di luar pesisir wilayah Aomori pada kedalaman 20 kilometer. Gegaran ini berlaku hanya […]

Senat Mexico lulus kenaikan tarif import sehingga 50%
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MEXICO CITY, 12 Disember -Senat Mexico meluluskan kenaikan tarif import sehingga 50 peratus ke atas barangan dari China dan beberapa negara Asia lain bermula 2026. Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata, ia antara usaha bagi melindungi industri tempatan dan pekerjaan. “Langkah itu merangkumi tarif baharu atau lebih tinggi bagi kenderaan, alat ganti, tekstil, pakaian, plastik, keluli […]

Keluarga mangsa tragedi Air India masih trauma enam bulan selepas nahas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

AHMEDABAD, 12 Disember -Enam bulan selepas pesawat Air India terhempas di kawasan perumahan Ahmedabad, keluarga mangsa masih berdepan trauma dan kehilangan yang mendalam. Mangsa, Akash Patni, 12 tahun, maut di lokasi kejadian apabila serpihan pesawat menimpanya yang ketika itu berada berhampiran gerai teh. Bapanya, Suresh Patni, 48 tahun, berkata, mereka tidak sempat berbuat apa-apa ketika […]

Penduduk Thailand hilang keyakinan terhadap kerajaan susulan konflik di sempadan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SURIN, 12 Disember -Penduduk Thailand yang dipindahkan akibat konflik di sempadan Thailand–Kemboja semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan. Mereka terkesan susulan pengumuman Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul, yang membubarkan Parlimen semalam. Di pusat pemindahan sementara, seorang penduduk, Somrai Roongrueng, 73 tahun, melahirkan kegusaran terhadap ketiadaan arahan jelas daripada kerajaan. “Sekarang tiada siapa yang membuat keputusan sepatutnya Perdana […]

Sukan SEA 2025: Nani Sahirah Maryata pecah rekod, sambar emas lontar peluru wanita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 12 Disember – Malaysia terus mewarnai acara olahraga Sukan SEA apabila Nani Sahirah Maryata mengejutkan pencabar dengan meraih pingat emas dalam acara lontar peluru wanita di Stadium Suphachalasai, Bangkok, hari ini. Atlet negara itu mencatat lontaran sejauh 16.36 meter, sekali gus memadam rekod kebangsaan miliknya sendiri iaitu 15.39m yang dicapai pada Perlis Super Series, […]

Sukan SEA 2025: Shahmalarani raikan hari lahir dengan hatrik emas karate
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 12 Disember – Ratu karate negara, C. Shahmalarani meraikan ulang tahun kelahirannya dengan cara paling istimewa apabila mempertahankan pingat emas dalam acara kumite wanita bawah 50 kilogram, sekali gus melengkapkan hatrik emas peribadi pada Sukan SEA Thailand 2025. Dalam aksi perlawanan akhir di Kompleks Kerajaan Chaeng Watthana, Shahmalarani, 27, tampil bertenaga untuk menewaskan wakil […]

Sukan SEA 2025: Grace Wong pecah rekod, sambar emas baling tukul besi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 12 Disember – Jaguh baling tukul besi negara, Grace Wong Xiu Mei melakar sejarah baharu apabila meraih pingat emas dan memecahkan rekod temasya sebanyak empat kali pada Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Suphachalasai, hari ini. Atlet berusia 25 tahun dari Sarawak itu memulakan saingan dengan lontaran sejauh 63.34 meter (m), sekali gus memadam […]

Tukang perak Sydney hasilkan trofi ikonik Australian Open
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SYDNEY, 12 Disember – Bengkel W.J. Sanders di Sydney kini giat menyiapkan kira-kira 150 trofi bagi edisi Australian Open 2026, termasuk dua trofi paling berprestij iaitu Trofi Norman Brookes dan Trofi Daphne Akhurst. Seramai 10 tukang perak terlibat dalam proses pembuatan trofi yang bermula sebelum kejohanan 2025, kata Pengurus Besar, Darren May. “Apabila para juara […]

KBS arah MSN siasat dakwaan atlet pecut dipaksa tarik diri
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 12 Disember – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan pihaknya memandang serius isu melibatkan penarikan diri atlet pecut muda negara, Danish Irfan Tamrin, daripada skuad 4×100 meter kebangsaan. Susulan itu, beliau mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) mendapatkan laporan penuh daripada Olahraga Malaysia (MA) bagi memastikan siasatan dijalankan segera dan menyeluruh. “Jika siasatan mendapati […]

Tiga dana sukan terima suntikan RM100 juta, permohonan dibuka 15 Disember
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 12 Disember – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan RM100 juta bagi tiga dana sukan utama di bawah Belanjawan 2026, kata Menterinya, Hannah Yeoh. Daripada jumlah itu, RM50 juta disalurkan melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN), manakala RM30 juta diperuntukkan untuk Geran Padanan Sukan (GPS). Sementara itu, RM20 juta lagi diagihkan melalui Dana […]

SEA 2025: Hoki lelaki mengganas di Chonburi, tewaskan Myanmar 21-1
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 12 Disember – Skuad hoki lelaki kebangsaan memulakan kempen Sukan SEA Thailand 2025 dengan bergaya selepas membelasah Myanmar 21-1 pada aksi pertama Kumpulan A di Universiti Sukan Kebangsaan di Chonburi, hari ini. Pada pertembungan itu, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal muncul pemain paling menyerlah apabila menyumbat tujuh gol termasuk dua jaringan pukulan sudut penalti. […]

Grace Wong pecah rekod sukan SEA, sambar emas dengan lontaran 65.41m
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 12 Disember – Jaguh lontar tukul besi wanita negara, Grace Wong Xiu Mei, sekali lagi membuktikan statusnya sebagai ratu tukul besi Asia Tenggara apabila tampil dengan aksi luar biasa untuk merangkul pingat emas di Sukan SEA 2025, mencatatkan jarak lontaran 65.41 meter. Bukan sekadar mengungguli pertandingan, atlet kelahiran Sarawak itu turut melakar sejarah apabila lontaran […]

KHM yakin skuad hoki tuai enam emas pada sukan SEA 2027 di Malaysia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 11 Disember – Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yakin skuad negara berpotensi memenangi enam pingat emas apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027, hasil pelaksanaan program pendedahan intensif yang dijalankan merangkumi skuad lelaki dan wanita di pelbagai peringkat usia termasuk Bawah 18 Tahun (B-18). Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal berkata sasaran enam […]

Ranking FIFA wanita: Sepanyol kekal No.1
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MADRID, 12 Disember – Pasukan wanita kebangsaan Sepanyol mengekalkan kedudukan nombor satu dalam ranking FIFA bagi Disember selepas memenangi UEFA Women’s Nations League. Manakala Amerika Syarikat (AS) kekal di semakin menghampiri di kedudukan kedua berikutan dua kemenangan persahabatan ke atas Itali pada akhir November. Pasukan Jerman melonjak dua anak tangga ke kedudukan ketiga selepas tewas […]

DOLLA raikan iDOLLAs dalam ‘fan meet’ eksklusif penuh emosi di Sunway Pyramid
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Kumpulan wanita popular DOLLA kembali bertemu para peminat melalui acara DOLLA Exclusive Fan Meet yang berlangsung pada 6 Disember lalu di LG1 Pyramid Concourse, Sunway Pyramid. Pertemuan tertutup itu diadakan sebagai penghargaan terhadap kesetiaan iDOLLAs yang terus menyokong kumpulan tersebut sepanjang perjalanan seni mereka. Acara bermula pada pukul 3.00 petang […]

Jeremy O. Harris dibebaskan selepas tiga minggu ditahan di Jepun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TOKYO, 10 Disember – Penulis drama dan pelakon ‘Emily in Paris’ dari Amerika Syarikat, Jeremy O. Harris, dibebaskan tiga minggu selepas penahanannya di Jepun atas dakwaan penyeludupan dadah, sementara pihak pendakwa masih menjalankan siasatan, menurut polis pada Rabu. Jepun mempunyai undang-undang dadah antara yang paling ketat di dunia, dan pemilikan dadah haram boleh mengakibatkan hukuman […]

Odeon KL bangkit sebagai hab seni, muzik dan budaya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]

Konsert ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’, bawa misi kemanusiaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]

Legenda Cik Siti Wan Kembang diangkat dalam teater muzikal berskala besar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]

Soloz: Game of Life tembusi pasaran Thailand, bakal tayang di 80 pawagam
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]

Tayangan ‘Childhood Dream’ tonjol persahabatan tiga bangsa di TV2, malam ini
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]

Pindaan Akta FINAS sokong pertumbuhan industri kreatif negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan. Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi […]

Andmesh kembali dengan konsert ‘love story’ Februari depan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Disember – Teruja dapat kembali ke Malaysia, penyanyi bersuara emas dari Indonesia Andmesh Kamaleng bakal menghangatkan pentas tempatan menerusi konsert ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena di sini, 14 Feb depan. Andmesh berkata Malaysia sentiasa menjadi lokasi istimewa dalam karier seninya berikutan sokongan kuat […]

Magika Studios tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu di Selangor
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SHAH ALAM, 30 November  – Selangor bakal memperkenalkan tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu menerusi pembangunan Magika Studios di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, berkata Magika Studios menawarkan pengalaman unik berbanding taman tema konvensional kerana menampilkan gabungan zon terbuka dan ruang tertutup bagi menjamin pengalaman berbeza […]

Inisiatif baharu berkaitan cukai bantu rakyat miliki lebihan tunai
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pengumuman Kerajaan MADANI mengenai dua inisiatif penting berkaitan cukai memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya kepada peniaga kecil dan pembayar cukai secara keseluruhan. Ia turut disambut baik oleh semua pihak, termasuk Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA). Pengumuman pertama, iaitu menaikkan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion bertujuan mempercepat […]

Cadangan Bank Dunia apung harga petrol, perlu “berpijak di bumi nyata”
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Ketika Bank Dunia mencadangkan harga petrol diapungkan mengikut pasaran, kerajaan membuat keputusan menolak saranan tersebut dan menegaskan subsidi bersasar lebih relevan pada masa ini. Ia memberi mesej jelas, keutamaan kerajaan pada ketika ini ialah realiti rakyat, bukan teori global. Sejarah harga minyak dunia turut menjadi peringatan. Pada 2022 harga minyak mentah pernah melepasi […]

Tiga tahun Kerajaan MADANI: Kemakmuran dipacu, kesejahteraan rakyat diperkasa
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA 24 November 2025, genap tiga tahun usia Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tempoh setahun dua, mungkin terlalu awal untuk kita menilai berjaya atau gagal sebuah kerajaan. Namun kini selepas tiga tahun, tiada siapa boleh menafikan. Kerajaan MADANI terbukti berjaya dengan cemerlang dalam membangun dan memakmurkan negara, serta […]

Agenda besar menuntut jiwa besar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Rakyat Sabah mahukan kestabilan. Rakyat Sabah mahukan hala tuju jelas. Rakyat Sabah mahukan pembangunan yang tidak tergendala dek kerana perbalahan. Berbeza pandangan itu lumrah. Berbeza agenda itu biasa. Namun, keutamaan bersama lebih besar daripada perbalahan politik yang kecil. Agenda lebih besar menanti Sabah, dan agenda yang besar menuntut jiwa yang besar. Titik ‘gencatan […]

Politik Sabah: Dinamik, mengejutkan dan sarat isyarat baharu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sekali lagi membuktikan bahawa politik Sabah sentiasa penuh warna dan tidak pernah statik. Keputusan kali ini membawa banyak kejutan daripada gelombang pengundi baharu, perubahan pola sokongan, hinggalah kebangkitan calon bebas yang semakin berpengaruh. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan paling dominan. GRS menang 29 kerusi, Warisan pula […]

Bah Undi 2025: Pesta demokrasi, 74 calon bertanding atas tiket bebas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pesta demokrasi Sabah kini kembali. Seramai 596 calon bertanding melibatkan 24 parti politik bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan (DUN) Sabah. Menariknya, dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-17 ini juga, 74 calon bertanding atas tiket bebas. Pesta demokrasi kali ini turut dimeriahkan dengan penampilan calon termuda, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin berusia 24-tahun […]

Tiga tahun Kerajaan MADANI terus perkukuh manfaat untuk rakyat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA 24 November 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Sekali gus, membuka lembaran baharu pembentukan Kerajaan Perpaduan yang membawa gagasan Malaysia MADANI. Isnin ini, genap tiga tahun umurnya. Dalam tempoh itu, kerajaan berdepan pelbagai cabaran termasuk kos sara hidup rakyat, ketidaktentuan ekonomi global, serta kedudukan fiskal negara yang […]

cth ulasan berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, November 1 – The ASEAN 2025 chairmanship has successfully opened up new economic opportunities and strengthened Malaysia’s position as a regional investment and tourism destination. According to International Relations Political Analyst, Mohamad Shafiq Sahruddin, the increase in economic activity in border states such as Kelantan and Kedah clearly shows the benefits of regional diplomacy […]

Tuntutan hasil Sabah, rakyat diutamakan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 semakin hampir. Esok, proses penamaan calon bakal berlangsung. Ketika ini, semua mata terarah ke Negeri di Bawah Bayu. Isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah amat menarik perhatian. Hangat dibahaskan di peringkat rakyat jelata mahu pun dalam sidang Parlimen. Pada 17 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu […]

Malaysia mendunia!
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA KHAS ASEAN SIRI 8 “Genggam bara api biar sampai jadi arang.” Bermaksud, teruskan berusaha dengan tabah dan sabar walau menghadapi kesusahan hingga mencapai kejayaan. Pepatah Melayu ini menggambarkan nilai ketekunan, kesabaran dan usaha tanpa pernah putus asa. Kejayaan tidak datang secara tiba-tiba, tetapi hasil daripada usaha yang berterusan, disiplin dan semangat juang yang […]

Iklan/Banner

Kategori

Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.