- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
GOMBAK, 12 Disember – Satu kebakaran hutan dilaporkan berlaku lewat malam tadi di kawasan berhampiran Tangki Air Selangor di Taman Sri Gombak Fasa 7, Pinggiran Batu Caves di sini. Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.49 malam, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Jumlah penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak dan Perak pada pagi ini kekal seperti semalam, dengan empat PPS masih beroperasi di dua negeri itu. Di SARAWAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan setakat 8 pagi, sebanyak 142 penduduk terjejas daripada 65 keluarga masih berada di […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SUNGAI NIBONG, 12 Disember – Lebih 500,000 pengunjung dijangka membanjiri Pesta Pulau Pinang Edisi ke-59 yang merupakan edisi terakhir sebelum penganjuran ditangguhkan selama enam tahun, bagi memberi laluan kepada pembinaan LRT Laluan Mutiara. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pesta ikonik tersebut akan ditangguhkan bermula tahun 2026 apabila MRTC mengambil alih tapak Sungai Nibong untuk […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUANTAN, 12 Disember – Peniaga serta pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Pahang menyambut baik keputusan kerajaan menaikkan nilai ambang pengecualian e-Invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta. Rata-ratanya berpendapat, inisiatif itu memberi ruang kepada peniaga kecil untuk menumpu kepada operasi harian tanpa terbeban dengan kos tambahan, sekali gus menambah baik perusahaan masing-masing. “Saya merasakan satu […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
GEORGE TOWN, 12 Disember – Kerajaan negeri belum memuktamadkan hala tuju Pesta Pulau Pinang selepas sebahagian tapak pesta di Sungai Nibong, diambil alih bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata setakat ini, tiada perancangan sama ada pesta dikekalkan di lokasi sedia ada atau dipindahkan selepas direhatkan enam tahun […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, melibatkan beberapa kawasan di Pahang, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 1.00 tengah hari. Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada pukul 9.00 pagi, kawasan yang dijangka terlibat di Pahang ialah Rompin. Di Sarawak melibatkan Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong dan Sarikei […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 11 Disember –Kerajaan bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kini menumpukan kepada mengumpul, menyusun dan menginstitusikan pemikiran tokoh besar tanah air agar tidak hilang ditelan zaman. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, berkata usaha itu selari dengan majlis mengenang jasa dan sumbangan Pengerusi IKIM ke-5, Almarhum Prof. Datuk […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LUMUT, 11 Disember – Cadangan pemindahan program Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi daripada Kementerian Pendidikan (KPM) ke Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memerlukan proses panjang dan masih di peringkat awal. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu berikutan melibatkan pindaan akta sedia ada. […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MACHANG, 11 Disember -Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan lori lima tan dengan sebuah kereta di Kampung Bukit Belah, di sini, lewat petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada IPD Machang sebelum mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 11 Disember – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia akan memperluaskan pembangunan papan pemuka analitik Malaysia Urban Observatory (MUO) untuk pengesanan kawasan berisiko bencana banjir ke negeri lain mulai tahun depan. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu dalam penggulungannya berkata setakat ini, pembangunan papan pemuka analitik itu […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 12 Disember – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memeterai Nota Kerjasama strategik dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi memperkukuh pelaksanaan caruman mandatori pekerja bukan warganegara, selaras dengan Belanjawan 2025. Kerjasama itu membolehkan integrasi sistem antara KWSP dengan Imigresen, sekali gus memudahkan pengesahan status pekerja melalui perkongsian data Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), Pas […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM38.06 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam berjumlah RM26.52 bilion. BNM akan melaksanakan dua tender repo berbalik berjumlah RM1.0 bilion […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kebanyakannya prestasi positif Wall Street. Pada jam 9.08 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 0.21 mata kepada 1,625.60 walaupun susut seketika ke paras 1,622.56 sebelumnya, berbanding penutupan semalam pada paras 1,625.39. Sentimen pasaran […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Ringgit dibuka meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua hari ini, dipacu oleh data negara maju itu yang lemah serta keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar pinjaman utamanya sebanyak 25 mata asas. Pada pukul 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.1000/1100 berbanding dolar AS daripada 4.1040/1105, […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 11 Disember – Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar faedah untuk kali ketiga tahun ini, menjadikan emas sebagai aset selamat yang lebih menarik kepada pelabur. Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) membuat langkah berani dengan memotong kadar faedah […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 11 Disember – Malaysia mencatatkan pencapaian memberangsangkan dalam usaha membanteras dan memerangi aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan pembiayaan percambahan. Ini dibuktikan menerusi status ‘Regular Follow-Up’, kategori tertinggi dalam proses penilaian bersama oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF), badan bebas antara kerajaan yang menetapkan piawaian global bagi pencegahan jenayah kewangan. Penilaian itu […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 11 Disember – Peningkatan peruntukan bayaran balik cukai kepada RM4 bilion dilihat selari dengan usaha memperkemas pentadbiran dan pengurusan sistem percukaian negara. Timbalan Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Dr. Mohd Fairuz A. Razak, berkata langkah itu disokong oleh tahap pematuhan cukai yang lebih baik hasil pengemaskinian sistem, dengan memanfaatkan digitalisasi dan pemerkasaan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 11 Disember – Penambahan kuota di bawah Skim Tarif Galakan (FiT) membuktikan komitmen kerajaan untuk memacu penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) bukan solar di negara ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wasco Greenergy Bhd, Lee Yee Chong dasar tersebut akan menyokong pertumbuhan syarikatnya, menerusi kuota tambahan 300 MW bagi biogas, biojisim dan penjanaan kuasa […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 11 Disember– Rusia mengesahkan bahawa draf perjanjian baharu bagi pengecualian visa untuk rakyat Malaysia telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia dan kini menunggu maklum balas rasmi. Duta Besar Rusia ke Malaysia, Naiyl M. Latypov berkata pihaknya optimis rundingan itu akan mencapai persetujuan bersama tidak lama lagi, selepas berlanjutan selama lebih sedekad. Jelasnya, pelawat dari […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 11 Disember – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM40.53 bilion dalam pasaran konvensional dan RM27.48 bilion dalam dana Islam. Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1.0 bilion, […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SEBERANG JAYA, 12 Disember – Seorang lelaki dipercayai membunuh isterinya empat hari lalu di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna, Seberang Jaya tampil ke balai polis berhampiran untuk memaklumkan kejadian itu pada pukul 11.30 tengah hari, Khamis. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Helmi Aris berkata, suspek berusia 28 tahun itu hadir sendiri ke balai polis dan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram, setelah berpuas hati bahawa tiada prospek kejayaan sekiranya rayuan diteruskan di Mahkamah Rayuan. Dalam satu kenyataan, AGC memaklumkan jabatan itu telah […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 31 pendatang tanpa izin termasuk tiga wanita dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Masjid Jamek, di sini, malam tadi. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata Op Kutip yang bermula pada 7.20 malam melibatkan 25 pegawai melakukan pemeriksaan di sekitar stesen Transit Aliran […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 11 Disember -Pekerja sebuah syarikat pengurusan alam sekitar menemukan janin bayi dalam sebuah lori sampah di kawasan Bukit Jalil, Cheras di sini, tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan penemuan itu pada 12.51 tengah hari. “Lelaki itu memaklumkan pekerjanya menemukan janin bayi semasa memunggah […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LABUAN, 11 Disember -Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dalam tiga operasi berasingan yang dijalankan malam tadi. Operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada OP Gegar dan OP Sapu, hasil maklumat serta risikan yang telah dijalankan oleh pasukan penguat kuasa. Pengarah JIM Labuan, Raymond Entalai berkata, dalam pemeriksaan tersebut, seramai […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 11 Disember – Dua warga Filipina mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Johor Bahru, atas pertuduhan memiliki kad pengenalan palsu di Johor Bahru, pada Isnin lalu. Janida Daimun, 53 tahun, dan Nuraina Asmawil, 33 tahun, memuat pengakuan itu dihadapan Majistret A. Shaarmini. Mengikut pertuduhan, Janida yang bekerja sebagai pencuci bangunan, didakwa dengan pengetahuan dan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 10 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa ahli keluarga kepada tiga lelaki yang terlibat dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka pada 24 Disember lalu telah hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman pada pukul lebih kurang 10.30 pagi bagi membantu siasatan. Menurut Kenyataan Media PDRM, satu unit telefon bimbit yang […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUCHING, 10 Disember – Seramai 71 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam siri serbuan ke atas beberapa premis di sekitar Kuching. Operasi meliputi premis kediaman dan perniagaan yang dijalankan bermula awal pagi semalam dan berakhir pukul 6.00 pagi tadi. Menerusi perkongsian di Facebook, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak memaklumkan, kesemua PATI ditahan atas pelbagai […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 10 Disember – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dan saringan kesihatan pekerja asing dengan penahanan enam lelaki warga Bangladesh dalam Operasi Khas yang dijalankan semalam (9 Disember) di sekitar Jalan Chemur dan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Menurut JIM, operasi yang bermula pada pukul 12.35 tengah hari itu, melibatkan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SEREMBAN, 10 Disember – Dua lelaki warga tempatan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban selepas terlibat dalam satu kejadian tembak menembak di Jalan Rasah berhampiran Tol Port Dickson. Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Datuk Alzafny Ahmad menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian tersebut kira-kira pukul 7.53 pagi tadi. Siasatan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 12 Disember -Gabenor Washington, Bob Ferguson, mengisytiharkan darurat negeri susulan banjir besar yang memaksa puluhan ribu penduduk berpindah. Ferguson berkata kerajaan negeri sedang menunggu kelulusan segera pihak persekutuan bagi mengukuhkan operasi bantuan. “Kerajaan negeri telah melakukan segala usaha untuk meyakinkan pihak persekutuan supaya meluluskan pengisytiharan darurat dengan segera,” katanya. Hujan lebat sejak beberapa hari […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 12 Disember -Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan campur tangan bagi menyelesaikan konflik antara Thailand dan Kemboja. Jelas beliau, “beberapa panggilan telefon” akan dibuat bagi menghidupkan semula usaha damai untuk kedua-dua negara. Trump menyatakan perkara itu ketika berucap pada Congressional Ball di White House, sambil menyifatkan pentadbirannya sebelum ini telah membantu menyelesaikan lapan konflik. […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SYDNEY, 12 Disember -Seorang penerjun udara berdepan detik cemas apabila payung terjunnya tersangkut pada ekor pesawat ketika latihan lompatan. Insiden itu berlaku pada September lalu di kawasan selatan Cairns. Bagaimanapun, ia hanya diumumkan selepas siasatan selesai oleh Australian Transport Safety Bureau (ATSB). Menurut ATSB, pasukan penerjun sedang melakukan formasi 16 orang pada ketinggian 15,000 kaki. […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
CALIFORNIA, 11 Disember – Satu letupan besar menggegarkan kawasan Hayward pada Khamis, mencederakan sekurang-kurangnya enam orang dan memusnahkan kediaman dan bengkel. Menurut laporan beberapa media tempatan, letupan dipercayai berpunca daripada saluran gas bawah tanah yang rosak. Timbalan Ketua Jabatan Bomba Alameda County, Ryan Nishimoto, berkata kedua-dua bangunan tersebut mengalami kerosakan teruk, anggota bomba bertungkus lumu […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
GENEVA, 12 Disember 2025 – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, menyatakan harapan agar pentadbiran Amerika Syarikat akan menimbang semula keputusan untuk menarik diri daripada organisasi itu bulan depan. Beliau menyifatkan langkah tersebut sebagai satu kerugian besar kepada dunia. “Ada perkara yang hanya boleh diperoleh di WHO dan tiada di tempat lain. […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 12 Disember – Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan baharu ke atas Venezuela, menyasarkan tiga anak saudara isteri Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, serta enam kapal tangki minyak dan syarikat penghantaran yang berkaitan dengan mereka. Tindakan ini dilakukan ketika AS sedang melaksanakan pembangunan ketenteraan berskala besar di Caribbean selatan, dan Presiden AS, Donald Trump, terus menggesa […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 12 Disember – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mampu mengekalkan hubungan kerja yang baik dengan China disamping mengekalkan pakatan yang kukuh dengan Jepun, kata White House. Jurucakap White House, Karoline Leavitt, dalam taklimat media berkata bahawa Jepun adalah sekutu hebat AS yang terbukti melalui hubungan peribadi dan hubungan perdagangan berterusan antara kedua-dua negara. […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAO PAULO, 12 Disember – Kira-kira 1.5 juta rumah dan perniagaan terputus bekalan elektrik selepas Taufan Extratropical melanda Sao Paulo, Brazil, pada Khamis. Menurut Syarikat utiliti Enel, angin kencang sehingga 98 kilometer sejam (km/j) melanda kawasan itu selama 12 jam pada Rabu, dengan kesan yang berlarutan sehingga Khamis di bandar berpenduduk 11.5 juta orang serta […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 12 Disember – Pasukan kecemasan berkumpul di Bill and Dan’s RV Park, di sini, untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap akibat banjir susulan hujan lebat berterusan. Pegawai Sheriff Daerah Pierce, Carly Cappetto, berkata pasukannya ketika ini sedang menjalankan tiga operasi penyelamatan aktif. Kira-kira 100,000 penduduk Washington dijangka menerima arahan pemindahan. “Tengoklah RV Bill yang separuh […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ISLAMABAD, 11 Disember – Pakistan dan China mengadakan latihan antikeganasan bersama, Warrior IX, sebagai usaha mengukuhkan kerjasama ketenteraan dua negara, menurut kenyataan pihak tentera pada Khamis. Duta Besar China ke Pakistan, Jiang Zaidong, bersama Ketua Staf Umum Tentera Pakistan menghadiri hari lawatan (visitors day) latihan tersebut. Latihan itu bertujuan meningkatkan kesalingoperasian pasukan dan memperkukuh lagi hubungan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 11 Disember – Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yakin skuad negara berpotensi memenangi enam pingat emas apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027, hasil pelaksanaan program pendedahan intensif yang dijalankan merangkumi skuad lelaki dan wanita di pelbagai peringkat usia termasuk Bawah 18 Tahun (B-18). Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal berkata sasaran enam […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MADRID, 12 Disember – Pasukan wanita kebangsaan Sepanyol mengekalkan kedudukan nombor satu dalam ranking FIFA bagi Disember selepas memenangi UEFA Women’s Nations League. Manakala Amerika Syarikat (AS) kekal di semakin menghampiri di kedudukan kedua berikutan dua kemenangan persahabatan ke atas Itali pada akhir November. Pasukan Jerman melonjak dua anak tangga ke kedudukan ketiga selepas tewas […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Los Angeles, 12 Disember – Football Supporters Europe (FSE) menggesa FIFA untuk segera menghentikan penjualan tiket Piala Dunia 2026, sambil menuduh badan induk bola sepak dunia itu mengenakan harga terlampau mahal berbanding edisi 2022. Dalam kenyataan pada Khamis,FSE berkata harga tiket yang diperuntukkan kepada Participating Member Associations (PMA) lazimnya dijual melalui kelab penyokong rasmi telah […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KAHERAH, 12 Disember – Mohamed Salah bakal meninggalkan suasana tegang di Liverpool buat sementara apabila beliau menyertai skuad kebangsaan Mesir ke Maghribi minggu depan bagi menghadapi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), susulan ketegangan terbaharunya dengan pengurus The Reds, Arne Slot. Jurulatih Mesir, Hossam Hassan, mengesahkan kehadiran Salah dalam senarai 28 pemain yang diumumkan pada Khamis. Kejohanan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PARIS, 12 Disember – Crystal Palace terus mengukuhkan kedudukan dalam saingan UEFA Conference League selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Shelbourne pada aksi liga Khamis lalu, sekali gus mengekalkan peluang merebut slot automatik ke pusingan 16 terakhir. Gol daripada Christantus Uche, Eddie Nketiah dan Yeremy Pino memastikan kemenangan buat skuad bimbingan Oliver Glasner, yang […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
NEW YORK, 11 Disember – Para peminat bola sepak di Times Square, New York, menyuarakan rasa kecewa terhadap harga tiket Piala Dunia 2026 yang dianggap terlalu mahal dan di luar kemampuan. “Harganya terlalu melampau,” kata Rachel Owen, 38, dari Maine. “Anak lelaki saya sangat ingin pergi, tetapi malangnya, kami golongan pekerja biasa tidak mampu membelianya,” […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOLKATA, 12 Disember – Para peminat tegar Lionel Messi di sini telah menyiapkan sebuah patung besi setinggi 70 kaki bagi menghormati legenda bola sepak Argentina itu menjelang lawatannya ke India. Patung gergasi itu memaparkan pemenang Ballon d’Or tujuh kali tersebut memegang trofi Piala Dunia 2022, simbol kejayaan terbesar sepanjang kariernya. Penganjur kini sedang melakukan sentuhan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 11 Disember – Harapan Malaysia untuk mengesahkan kemaraan awal ke separuh akhir tidak kesampaian selepas tunduk 0-2 kepada Vietnam pada aksi terakhir Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Rajamangala di sini, hari ini. Vietnam membuka tirai jaringan pada minit ke-11 menerusi tandukan Nguyen Hieu Minh yang menyempurnakan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 11 Disember – Harapan Malaysia untuk mengesahkan kemaraan awal ke separuh akhir tidak kesampaian selepas tunduk 0-2 kepada Vietnam pada aksi terakhir Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Rajamangala di sini, hari ini. Vietnam membuka tirai jaringan pada minit ke-11 menerusi tandukan Nguyen Hieu Minh yang menyempurnakan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MADRID, 11 Disember – Penyokong Manchester City bersorak gembira di luar Stadium Santiago Bernabeu selepas pasukan mereka menewaskan Real Madrid 2-1 dalam saingan Liga Juara-Juara pada Rabu. Rakaman menunjukkan penyokong kedua-dua pasukan meraikan ketibaan pemain sebelum perlawanan bermula, dengan suasana tegang namun meriah di sekitar stadium bersejarah itu. Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois mengakui […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TOKYO, 10 Disember – Penulis drama dan pelakon ‘Emily in Paris’ dari Amerika Syarikat, Jeremy O. Harris, dibebaskan tiga minggu selepas penahanannya di Jepun atas dakwaan penyeludupan dadah, sementara pihak pendakwa masih menjalankan siasatan, menurut polis pada Rabu. Jepun mempunyai undang-undang dadah antara yang paling ketat di dunia, dan pemilikan dadah haram boleh mengakibatkan hukuman […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan. Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Teruja dapat kembali ke Malaysia, penyanyi bersuara emas dari Indonesia Andmesh Kamaleng bakal menghangatkan pentas tempatan menerusi konsert ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena di sini, 14 Feb depan. Andmesh berkata Malaysia sentiasa menjadi lokasi istimewa dalam karier seninya berikutan sokongan kuat […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 30 November – Selangor bakal memperkenalkan tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu menerusi pembangunan Magika Studios di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, berkata Magika Studios menawarkan pengalaman unik berbanding taman tema konvensional kerana menampilkan gabungan zon terbuka dan ruang tertutup bagi menjamin pengalaman berbeza […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 28 November – Penyanyi dan ratu tari negara, Stacy kembali dengan single terbaharu berjudul “Mega Ching!”, lagu elektro dance ciptaannya sendiri bawah nama pena Bunga Cantik. Lagu yang diinspirasikan daripada personaliti dan ‘kuasa’nya di atas pentas itu turut menampilkan elemen rap berdialek Sabah, sesuatu yang pertama kali dicubanya. Stacy menyifatkan “Mega Ching!” sebagai […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Pengumuman Kerajaan MADANI mengenai dua inisiatif penting berkaitan cukai memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya kepada peniaga kecil dan pembayar cukai secara keseluruhan. Ia turut disambut baik oleh semua pihak, termasuk Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA). Pengumuman pertama, iaitu menaikkan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion bertujuan mempercepat […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Ketika Bank Dunia mencadangkan harga petrol diapungkan mengikut pasaran, kerajaan membuat keputusan menolak saranan tersebut dan menegaskan subsidi bersasar lebih relevan pada masa ini. Ia memberi mesej jelas, keutamaan kerajaan pada ketika ini ialah realiti rakyat, bukan teori global. Sejarah harga minyak dunia turut menjadi peringatan. Pada 2022 harga minyak mentah pernah melepasi […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA 24 November 2025, genap tiga tahun usia Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tempoh setahun dua, mungkin terlalu awal untuk kita menilai berjaya atau gagal sebuah kerajaan. Namun kini selepas tiga tahun, tiada siapa boleh menafikan. Kerajaan MADANI terbukti berjaya dengan cemerlang dalam membangun dan memakmurkan negara, serta […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Rakyat Sabah mahukan kestabilan. Rakyat Sabah mahukan hala tuju jelas. Rakyat Sabah mahukan pembangunan yang tidak tergendala dek kerana perbalahan. Berbeza pandangan itu lumrah. Berbeza agenda itu biasa. Namun, keutamaan bersama lebih besar daripada perbalahan politik yang kecil. Agenda lebih besar menanti Sabah, dan agenda yang besar menuntut jiwa yang besar. Titik ‘gencatan […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sekali lagi membuktikan bahawa politik Sabah sentiasa penuh warna dan tidak pernah statik. Keputusan kali ini membawa banyak kejutan daripada gelombang pengundi baharu, perubahan pola sokongan, hinggalah kebangkitan calon bebas yang semakin berpengaruh. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan paling dominan. GRS menang 29 kerusi, Warisan pula […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Pesta demokrasi Sabah kini kembali. Seramai 596 calon bertanding melibatkan 24 parti politik bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan (DUN) Sabah. Menariknya, dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-17 ini juga, 74 calon bertanding atas tiket bebas. Pesta demokrasi kali ini turut dimeriahkan dengan penampilan calon termuda, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin berusia 24-tahun […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA 24 November 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Sekali gus, membuka lembaran baharu pembentukan Kerajaan Perpaduan yang membawa gagasan Malaysia MADANI. Isnin ini, genap tiga tahun umurnya. Dalam tempoh itu, kerajaan berdepan pelbagai cabaran termasuk kos sara hidup rakyat, ketidaktentuan ekonomi global, serta kedudukan fiskal negara yang […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, November 1 – The ASEAN 2025 chairmanship has successfully opened up new economic opportunities and strengthened Malaysia’s position as a regional investment and tourism destination. According to International Relations Political Analyst, Mohamad Shafiq Sahruddin, the increase in economic activity in border states such as Kelantan and Kedah clearly shows the benefits of regional diplomacy […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 semakin hampir. Esok, proses penamaan calon bakal berlangsung. Ketika ini, semua mata terarah ke Negeri di Bawah Bayu. Isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah amat menarik perhatian. Hangat dibahaskan di peringkat rakyat jelata mahu pun dalam sidang Parlimen. Pada 17 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA KHAS ASEAN SIRI 8 “Genggam bara api biar sampai jadi arang.” Bermaksud, teruskan berusaha dengan tabah dan sabar walau menghadapi kesusahan hingga mencapai kejayaan. Pepatah Melayu ini menggambarkan nilai ketekunan, kesabaran dan usaha tanpa pernah putus asa. Kejayaan tidak datang secara tiba-tiba, tetapi hasil daripada usaha yang berterusan, disiplin dan semangat juang yang […]
Iklan/Banner