Kategori
Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Pengurusan berhemah : Malaysia antara negara paling aman
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PETALING JAYA, 13 Disember – Keupayaan Malaysia mengurus kepelbagaian kaum, agama serta serantau yang rumit berjaya meletakkan negara sebagai kuasa penstabil di peringkat serantau. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan Malaysia kekal sebagai antara negara paling aman di dunia. “Walaupun mempunyai kerumitan dari aspirasi serantau, kaum serta agama, Malaysia tergolong satu daripada negara […]

Penduduk terjejas banjir puing pada 2022 terima rumah ganti
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BALING, 13 Disember – 17 unit rumah ganti telah diserahkan kepada keluarga penduduk yang terlibat tragedi kepala air Sungai Kupang yang merupakan penduduk terjejas banjir puing Kampung Iboi, pada 4 Julai 2022. Penyerahan kunci disempurnakan Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Projek merupakan inisiatif Kerajaan […]

Mindef peruntuk RM1 juta projek infrastruktur Kampung Angkat Madani Batu Arang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SELAYANG, 13 Disember – Kementerian Pertahanan (Mindef) memperuntukkan RM1 juta bagi melaksanakan pelbagai projek infrastruktur menerusi Program Kampung Angkat Madani di Kampung Batu Arang. Ketua Setiausaha Mindef, Datuk Lokman Hakim Ali berkata peruntukan itu digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan kira-kira 10 inisiatif yang melibatkan penambahbaikan fasiliti awam serta kemudahan asas yang menjadi keperluan masyarakat kampung berkenaan. […]

FESTID 2025: Negeri Sembilan perkukuh agenda digital, inovasi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SEREMBAN, 13 Disember –  Kerajaan Negeri Sembilan terus memperkukuh agenda pendigitalan dan inovasi menerusi penganjuran Festival Sains, Inovasi, Teknologi dan Digital Negeri Sembilan (FESTID) 2025, yang julung kali diadakan di negeri itu. Exco Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli berkata festival tersebut diadakan di bawah inisiatif Generasi Celik AI dan […]

PETRA minta laporan penuh kerugian, kerosakan dialami negeri-negeri terjejas banjir
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PADANG BESAR, 13 Disember – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air meminta setiap negeri yang terjejas banjir menyediakan laporan penuh berhubung kerugian serta kerosakan yang yang memerlukan kerja-kerja pemulihan disegerakan. Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menjelaskan keperluan itu bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dapat dilaksana dengan segera. “Laporan akan diteliti secara menyeluruh melibatkan semua […]

Festival Budaya Malaysia 2025 promosi kesepaduan, pelancongan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JOHOR BAHRU, 13 Disember – Festival Budaya Malaysia 2025 di yang berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru menjadi platform mempromosikan kesepaduan masyarakat majmuk berteraskan nilai Malaysia MADANI serta kepelbagaian budaya tempatan. Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata festival tersebut berperanan merangsang pelancongan negara, menyokong sasaran 47 juta pelancong […]

PM beri bayangan rombakan Kabinet dalam masa terdekat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PETALING JAYA, 13 Disember – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum mengumumkan tarikh rasmi rombakan Kabinet, namun memberi bayangan bahawa ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat. “Rombakan Kabinet, dalam masa terdekat…”, jawabnya ringkas kepada pemberita selepas Majlis Minum Petang Sambutan Krismas, di sini. Ketika ditanya sama ada rombakan Kabinet itu akan dibuat sebelum atau selepas […]

Pelaksanaan ONSA kritikal, lindungi kanak-kanak di ruang digital
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 13 Disember -Pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) amat diperlukan bagi melindungi kanak-kanak daripada pelbagai risiko keselamatan di ruang digital yang semakin serius. Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Dr Hamizah Sahharon berkata, ONSA penting bagi meletakkan tanggungjawab jelas kepada platform media sosial dalam memastikan keselamatan […]

RM300,000 disalur kepada IPD di Melaka
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BUKIT BERUANG, 13 Disember – Melaka menyalurkan peruntukkan RM300,000 kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk disalur kepada tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD). Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata bantuan tersebut bagi membantu kebajikan anak-anak polis, bekas anggota serta anggota yang memerlukan. “Sumbangan menjadi sumber kekuatan kepada kumpulan sasar dalam bidang […]

Daftar akaun media sosial: Ibu bapa digesa pantau anak bawah 13 tahun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA TERENGGANU, 13 Disember – Ibu bapa digesa mengawasi anak-anak berusia bawah 13 tahun supaya tidak mendaftar akaun media sosial, selaras dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari depan. Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin berkata larangan penggunaan media sosial […]

Bayaran balik kredit cukai RM4 bilion bantu aliran tunai PKS
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 13 Disember -Langkah kerajaan mempercepatkan bayaran balik kredit cukai berjumlah RM4 bilion dijangka memberi kelegaan aliran tunai kepada perniagaan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Penganalisis Korporat dan Perniagaan, Mohamad Faisal Abdul Malik berkata, bayaran balik yang lebih pantas membolehkan PKS membuat perancangan kewangan dengan lebih tersusun dan realistik. “Peniaga dapat membuat unjuran […]

Perkasa tadbir urus korporat, SC dapatkan maklum balas awam
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 13 Disember – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerbitkan Kertas Perbincangan bagi mendapatkan maklum balas awam sebagai sebahagian daripada semakan rangka kerja tadbir urus korporat Malaysia. SC memaklumkan, antara fokus utama semakan termasuk memperkukuh peranan lembaga pengarah dan pengurusan dalam memacu penciptaan nilai jangka panjang, selain meningkatkan keberkesanan lembaga secara keseluruhan. “Semakan itu turut […]

Pelaburan MADANI, beri manfaat langsung kepada rakyat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 13 Disember– Kerangka Pelaburan MADANI terus menjadi hala tuju baharu negara dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif, mampan dan berimpak tinggi. Menurut penganalisis ekonomi yang juga Pengarah Program MBA Putra Business School, Profesor Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, pelaburan strategik yang diterima Malaysia bukan sekadar angka Pelaburan Langsung Asing (FDI), tetapi membawa […]

Pasaran getah dijangka mendatar minggu depan, harga & permintaan cenderung menaik
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 13 Disember– Pasaran getah Malaysia dijangka bergerak mendatar dengan kecenderungan menaik dari segi permintaan dan harga minggu depan, didorong oleh musim tengkujuh dan hujan lebat di negara-negara pengeluar getah utama, menurut pakar industri Denis Low. Beliau berkata Hat Yai, Thailand telah dilanda banjir selama lebih seminggu, manakala angin kencang serta hujan lebat berterusan […]

Bursa Malaysia dijangka kekal aliran meningkat minggu depan, melepasi paras 1,640
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 13 Disember– Bursa Malaysia dijangka mengekalkan aliran meningkatnya dan melepasi semula paras halangan 1,640 minggu depan, selepas kali terakhir mencapai paras yang tinggi pada 1,642.33 mata pada 31 Dis 2024. Pengarah, Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata pasaran mempunyai potensi untuk melepasi paras halangan pada bulan ini, […]

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 13 Disember– Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan, bergerak antara RM4.09 dan RM4.11 berbanding dolar AS selepas mengukuh sebanyak 0.39 peratus minggu ke minggu. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata beberapa siri data utama Amerika Syarikat (AS) yang akan diumumkan minggu depan bakal memberikan panduan baharu […]

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil minggu hadapan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 13 Disember – Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu hadapan selepas disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang berterusan untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Pada minggu ini, BNM menjalankan operasi harian melalui tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam untuk mengurangkan lebihan kecairan dalam sistem […]

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan kukuh minggu depan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 13 Disember – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, berikutan minat berterusan pelabur terhadap aset selamat susulan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah bagi kali ketiga tahun ini. Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS mengambil langkah agresif apabila mengurangkan kadar faedah kepada […]

Niaga hadapan MSM ditutup rendah berikutan kejatuhan harga minyak kacang soya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, sejajar dengan kejatuhan harga minyak kacang soya, kata peniaga minyak sawit David Ng. Beliau berkata ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS juga melemahkan sentimen, yang boleh mengekang permintaan tambahan untuk minyak sawit. “Kami mendapati paras […]

Pertumbuhan IPP Malaysia dijangka antara 3.2% hingga 3.6% bagi 2025
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia diunjurkan kekal berdaya tahan pada 2025, berada antara 3.2 hingga 3.6 peratus, dipacu oleh pertumbuhan lebih kukuh daripada jangkaan pada Oktober, kata penganalisis. Menurut Penyelidikan Pasaran Global OCBC, pertumbuhan IPP Malaysia bagi Oktober adalah 6.0 peratus tahun ke tahun berbanding 5.7 peratus pada September […]

Kilang plastik terbakar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUNCAK ALAM, 13 Disember – Sebuah kilang plastik dekat Taman Industri Alam Jaya, terbakar, pagi tadi dan berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 1.30 tengah hari. Kenyataan Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor mengesahkan telah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.53 pagi. Kebakaran melibatkan sebuah kilang plastik berkeluasan kira-kira 200 x 300 kaki persegi. Operasi melibatkan kekuatan […]

Dua maut, tiga cedera kren arang batu runtuh
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PONTIAN, 13 Disember – Dua pekerja Loji Janakuasa Malakoff Tanjung Bin, maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kren arang batu di Kukup runtuh, tengah hari tadi. Identiti mangsa yang maut disahkan masing-masing, Muhammad Alfarid Ahmad, 19 tahun dan Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22 tahun. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Pegawai Bomba Kanan […]

Jaminan polis terhadap Namewee disambung sehingga 11 Januari
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 13 Disember – Tempoh jaminan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee disambung selama sebulan bermula dari Khamis lepas sehingga 11 Januari ini. Perkara tersebut dijelaskan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus. “Kita sedang menunggu laporan toksikologi yang mengambil masa beberapa bulan untuk dilengkapkan. Kes ini masih dalam tempoh jaminan […]

Polis jalankan siasatan video tular treler bawa helikopter
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SUBANG JAYA, 13 Disember – Polis sedang menjalankan siasatan membabitkan sebuah video tular yang memaparkan sebuah treler membawa muatan sebuah helikopter dari arah Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) ke susur Jalan Persiaran Kewajipan, sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada […]

Waspada taktik penipuan eksploitasi suara – Polis
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 13 Disember – Polis menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap panggilan tidak dikenali yang mematikan talian secara tiba-tiba atau tidak mengeluarkan sebarang suara kerana tindakan terbabit berpotensi digunakan bagi tujuan eksploitasi suara. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata setakat ini pihaknya belum menerima laporan berkaitan dakwaan […]

Kes Durian Tunggal: Wanita dakwa suami ditembak rupanya kekasih
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

AYER KEROH, 13 Disember – Wanita yang mendakwa suaminya ditembak polis di Durian Tunggal, Melaka baru-baru ini, sebenarnya adalah kekasih kepada salah seorang penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian itu. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, wanita itu bukanlah isteri sebenar, sebaliknya hanya menetap bersama di Durian Tunggal sejak tiga tahun lalu. “Ya, memang […]

Sembilan warga Indonesia ditahan di perairan Sungai Rengit
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KOTA TINGGI, 13 Disember – Sembilan lelaki warga Indonesia ditahan di perairan Sungai Rengit, di sini ketika cuba keluar dari negara menuju Batam. Ketua Polis Johor Datuk AB Rahaman Arsad dalam satu kenyataan memaklumkan mereka termasuk tiga tekong yang berusia antara 22 hingga 52 tahun ditahan pada Khamis lalu melalui Op Taring Gelora. “Dua bot […]

Tempoh seminggu pihak pendakwaan teliti rayuan pembebasan Syed Saddiq
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 12 Disember – Mahkamah Persekutuan memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan untuk menilai semula sama ada mahu meneruskan rayuan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang mengetuai panel tiga hakim berkata, pihak pendakwaan perlu membuat keputusan jelas dan memaklumkan kepada mahkamah dalam tempoh tersebut. […]

PENIAGA kedai makan rugi lebih RM69,000 diperdaya “scammer”
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JEMPOL, 12 Disember -Seorang lelaki kerugian RM69,900 selepas terpedaya dengan penipuan oleh individu yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata, peniga kedai makan berusia 49 tahun itu menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali pada 9.30 pagi semalam. Beliau berkata mangsa diberitahu nombor telefonnya […]

1,478 karton arak dirampas, dipercayai tidak bercukai
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JOHOR BAHRU, 12 Disember – 1,478 karton arak berjaya dirampas dipercayai tidak bercukai dalam satu serbuan di Taman Bukit Indah, di sini, pada Selasa lepas. Pegawai Batalion Lima Pasukan Gerakan AM (PGA) Simpang Renggam, Superintendan Salehin Suleiman berkata, tiga lelaki berumur 18 hingga 39 tahun, turut ditahan, dipercayai terlibat dengan sindiket. Turut dirampas, dua buah […]

Pedalaman Quneitra, serangan terbaharu Zionis
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

QUNEITRA, 13 Disember – Tentera Israel memperbarui serangan mereka ke beberapa kampung di pedalaman Quneitra, barat daya Syria, sambil melepaskan dua orang awam yang ditahan lebih awal pada hari ini, melaporkan Agensi Berita Arab Syria (SANA). Wartawan SANA di Quneitra menyatakan tentera pendudukan itu melepaskan dua orang awam yang ditahan semasa melalui satu sekatan jalan […]

Timbulkan kekacauan : Abir Moussi dipenjara 12 tahun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TUNIS, 13 Disember – Tokoh pembangkang Tunisia yang dipenjarakan, Abir Moussi dikenakan hukuman penjara tambahan selama 12 tahun, menurut peguamnya kepada AFP. Keputusan mahkamah itu berkaitan dengan satu serangan yang didakwa bertujuan menimbulkan kekacauan. Moussi yang telah ditahan sejak Oktober 2023 merupakan pengkritik lantang Presiden Kais Saied dan Ketua Ketua Parti Pembebasan Destourian. Ini merupakan […]

Konflik sempadan Thailand-Kemboja : Empat anggota Thailand terbunuh
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 13 Disember – Empat anggota tentera Thailand dilapor terbunuh dalam pertempuran terbaharu di sempadan Thailand-Kemboja. Jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand, Surant Kongsiri memaklumkan kesemua anggota tentera berkenaan maut di Chong An Ma. Bercakap dalam sidang media, beliau turut mengesahkan sekurang-kurangnya 24 terbunuh minggu ini termasuk empat askar Thailand. Kedua-dua pihak saling menunding antara satu sama […]

Angka korban banjir dan tanah runtuh dijangka terus meningkat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JAKARTA, 13 Disember – 1,003 angka korban dicatatkan akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Pulau Sumatera, sejak dua minggu lepas. Agensi Nasional Pengurusan Bencana turut menjangkakan angka korban meningkat berikutan 218 individu, dilaporkan masih hilang. Bencana berkenaan juga mengakibatkan lebih 5,400 individu cedera. Setakat ini, kira-kira 1.2 juta penduduk masih berlindung di pusat pemindahan […]

Hakim Mahkamah Agung Brazil, Alexandre de Moraes.-Foto Reuters
AS mansuhkan sekatan terhadap hakim Brazil kendali perbicaraan Bolsonaro
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

WASHINGTON, 13 Disember – Amerika Syarikat (AS) telah memansuhkan sekatan yang dikenakan terhadap Hakim Mahkamah Agung Brazil, Alexandre de Moraes dan isteri, Viviane Barci de Moraes, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Jumaat, memetik sumber rasmi. Sekatan itu juga ditarik balik terhadap sebuah firma guaman yang menguruskan aset hartanah keluarga berkenaan. Tiada sebab diberikan serta-merta […]

Siasatan tuduhan salah laku seksual Ketua Pendakwa Raya ICC selesai
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

AMSTERDAM, 13 Disember – Siasatan diketuai Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berhubung tuduhan salah laku seksual Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan telah selesai, lapor Agensi Berita Jerman. Pengumuman itu dibuat oleh Kepresidenan Perhimpunan Negara-Negara Pihak mahkamah berkenaan. Tiada butiran penemuan didedahkan.Laporan tersebut segera dihantar kepada panel pakar kehakiman, menurut satu kenyataan, yang […]

UNSC lulus resolusi perkasa peranan belia dalam keamanan, keselamatan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

HAMILTON, 13 Disember – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara meluluskan resolusi bagi memperkukuh peranan golongan belia dalam usaha keamanan dan keselamatan global, sekali gus memberi lonjakan penting kepada agenda Belia, Keamanan dan Keselamatan (Youth, Peace and Security – YPS). Kesemua 15 anggota Majlis mengundi menyokong resolusi yang dikemukakan oleh Sierra Leone dan […]

Anutin tegaskan, serangan oleh Thailand untuk mempertahankan diri
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 13 Disember – Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul menegaskan, negara itu bukan penyerang dalam konflik dengan Kemboja. Sebaliknya, tindakan ketenteraan yang diambil adalah bagi melindungi kedaulatan dan rakyatnya. Penegasan tersebut dinyatakan Anutin kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam satu panggilan telefon diantara kedua-dua tokok tersebut. Anutin dalam pada itu mendedahkan Trump memberitahunya bahawa […]

Konflik Kemboja-Thailand: Trump rakam penghargaan kepada PM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 13 Disember – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas bantuan beliau memudah cara konflik Kemboja-Thailand. Menerusi perkongsian di Truth Social, Trump berkata Kemboja-Thailand bersetuju menghentikan sepenuhnya tembakan berkuat segera dan kembali mematuhi Perjanjian Damai yang dimeterai di Malaysia. Jelas Trump, Thailand-Kemboja kini bersedia […]

Ukraine berpotensi sertai EU seawal 2027
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BRUSSELS, 13 Disember – Ukraine dijangka menyertai Kesatuan Eropah (EU) seawal Januari 2027 di bawah pelan terbaharu yang dikemukakan Amerika Syarikat bagi menamatkan perang dengan Rusia, lapor AFP memetik sumber salah seorang pegawai kanan pada Jumaat. Menurut sumber itu, pelan berkenaan, yang turut merangkumi cadangan supaya Ukraine membuat penyerahan wilayah kepada Rusia telah mencetuskan pergerakan […]

Sukan SEA 2025: Jonah sambar emas, cipta rekod baharu temasya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 13 Disember– Jaguh lontar peluru lelaki negara Jonah Chang Rigan berada dalam kelas tersendiri selepas menyambar pingat emas dan memecahkan rekod temasya pada Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Suphachalasai di sini malam ini. Atlet kelahiran Sarawak itu mengesahkan kilauan emas selepas melakukan lontaran sejauh 18.78 meter (m) dalam percubaan ketiga sekali gus memadam […]

Amir Daniel raih emas pertama Judo Malaysia di Sukan SEA 2025
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 12 Disember – Atlet judo negara, Amir Daniel Abdul Majeed, menghadiahkan pingat emas pertama buat kem judo Malaysia pada Sukan SEA Thailand 2025 selepas menjuarai kategori bawah 81 kilogram (kg) lelaki, hari ini. Atlet berusia 21 tahun itu memastikan gelaran juara menjadi miliknya selepas menewaskan wakil Filipina, Ferrer John Viron, pada aksi final yang […]

Sukan SEA: Malaysia kekal rekod tanpa kalah realisasi impian emas T20 lelaki
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 13 Disember– Pasukan kriket Malaysia merangkul pingat emas pertama dalam acara T20 lelaki pada Sukan SEA 2025 di sini hari ini. Malaysia mengesahkan pingat emas selepas muncul juara pertandingan diadakan secara liga satu pusingan, hasil kemenangan enam wiket ke atas Singapura dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Padang Kriket Terdthai. Kemenangan itu adalah keempat […]

Sukan SEA: Zakiah raih gangsa acara kumite
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 13 Disember – Atlet karate wanita negara, Zakiah Adnan meraih pingat gangsa acara kumite wanita kategori bawah 68 kilogram (kg) pada Sukan SEA 2025 di Kompleks Kerajaan Chaeng Watthana di sini hari ini. Atlet berusia 22 tahun itu pada awalnya mara hingga ke peringkat suku akhir sebelum tewas, namun kembali diberi peluang bersaing menerusi […]

Sukan SEA: Aaron-Wooi Yik hanya selangkah tuai emas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 13 Disember – Impian menyaksikan perlawanan akhir beregu lelaki sesama Malaysia tidak kesampaian apabila hanya juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke final manakala Man Wei Chong-Tee Kai Wun tersingkir pada peringkat separuh akhir Sukan SEA 2025 di Pathum Thani hari ini. Pada aksi di Gimnasium 4, Kampus Rangsit Universiti Thammasat, Aaron-Wooi […]

JDT berdepan krisis kecederaan, Xisco tuntut pemain kekal fokus
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 13 Disember – Meskipun turun sebagai juara bertahan dan memburu kejuaraan hatrik, Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan cabaran besar apabila tidak dapat menurunkan barisan terkuat susulan kecederaan yang menimpa hampir separuh pemain utama pasukan. Situasi berkenaan memaksa ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz merangka pendekatan berbeza bagi memastikan misi mempertahankan kejuaraan terus berada di […]

Sukan SEA: Ze Zeng tuai emas luncur ais
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 13 Disember – Atlet luncur ais negara Fang Ze Zeng meraih pingat emas dalam acara perseorangan lelaki pada Sukan SEA 2025 di sini hari ini. Ze Zeng mengumpul 157.22 mata untuk menaiki podium di Pusat Latihan Luncur Ais Antarabangsa IWIS di Samut Prakan. Ze Zeng mengetepikan cabaran Brandon James Baldoz dari Filipina, yang meraih […]

Sukan SEA: Tang Jie-Ee Wei tumpas kepada pasangan Thailand, gagal ke akhir
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 13 Disember – Hasrat Malaysia untuk meraih pingat emas dalam acara beregu campuran pada Sukan SEA 2025 tidak kesampaian selepas pasangan pilihan utama dan juara dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas pada aksi separuh akhir di Pathum Thani hari ini. Beregu nombor satu negara itu tewas 15-21, 16-21 kepada pilihan keempat dan pasangan […]

Pearly–Thinaah mara ke peringkat akhir, Malaysia hampiri emas beregu wanita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 13 Disember – Malaysia hanya selangkah lagi untuk menamatkan penantian panjang dalam acara beregu wanita badminton di Sukan SEA apabila pasangan utama negara, Pearly Tan–M. Thinaah melangkah ke pentas akhir edisi Thailand 2025, hari ini. Pearly–Thinaah mempamerkan ketenangan serta ketahanan mental tinggi untuk menyingkirkan wakil Indonesia, Rachel Allessya Rose–Febi Setianingrum dalam perlawanan separuh akhir […]

“Kami bukan Shanghai Port” – De Marigny yakin corak menyerang Sabah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 13 Disember– Ketua Jurulatih Sabah FC, Jean-Paul de Marigny menegaskan beliau tidak berminat untuk meniru pendekatan bertahan yang digunakan Shanghai Port menjelang aksi final Piala FA 2025 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). Menurutnya, taktik yang digunakan juara Liga Super China (CSL) 2025 itu ketika menentang JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) […]

DOLLA raikan iDOLLAs dalam ‘fan meet’ eksklusif penuh emosi di Sunway Pyramid
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Kumpulan wanita popular DOLLA kembali bertemu para peminat melalui acara DOLLA Exclusive Fan Meet yang berlangsung pada 6 Disember lalu di LG1 Pyramid Concourse, Sunway Pyramid. Pertemuan tertutup itu diadakan sebagai penghargaan terhadap kesetiaan iDOLLAs yang terus menyokong kumpulan tersebut sepanjang perjalanan seni mereka. Acara bermula pada pukul 3.00 petang […]

Jeremy O. Harris dibebaskan selepas tiga minggu ditahan di Jepun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TOKYO, 10 Disember – Penulis drama dan pelakon ‘Emily in Paris’ dari Amerika Syarikat, Jeremy O. Harris, dibebaskan tiga minggu selepas penahanannya di Jepun atas dakwaan penyeludupan dadah, sementara pihak pendakwa masih menjalankan siasatan, menurut polis pada Rabu. Jepun mempunyai undang-undang dadah antara yang paling ketat di dunia, dan pemilikan dadah haram boleh mengakibatkan hukuman […]

Odeon KL bangkit sebagai hab seni, muzik dan budaya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]

Konsert ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’, bawa misi kemanusiaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]

Legenda Cik Siti Wan Kembang diangkat dalam teater muzikal berskala besar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]

Soloz: Game of Life tembusi pasaran Thailand, bakal tayang di 80 pawagam
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]

Tayangan ‘Childhood Dream’ tonjol persahabatan tiga bangsa di TV2, malam ini
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]

Pindaan Akta FINAS sokong pertumbuhan industri kreatif negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan. Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi […]

Andmesh kembali dengan konsert ‘love story’ Februari depan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Disember – Teruja dapat kembali ke Malaysia, penyanyi bersuara emas dari Indonesia Andmesh Kamaleng bakal menghangatkan pentas tempatan menerusi konsert ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena di sini, 14 Feb depan. Andmesh berkata Malaysia sentiasa menjadi lokasi istimewa dalam karier seninya berikutan sokongan kuat […]

Magika Studios tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu di Selangor
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SHAH ALAM, 30 November  – Selangor bakal memperkenalkan tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu menerusi pembangunan Magika Studios di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, berkata Magika Studios menawarkan pengalaman unik berbanding taman tema konvensional kerana menampilkan gabungan zon terbuka dan ruang tertutup bagi menjamin pengalaman berbeza […]

Inisiatif baharu berkaitan cukai bantu rakyat miliki lebihan tunai
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pengumuman Kerajaan MADANI mengenai dua inisiatif penting berkaitan cukai memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya kepada peniaga kecil dan pembayar cukai secara keseluruhan. Ia turut disambut baik oleh semua pihak, termasuk Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA). Pengumuman pertama, iaitu menaikkan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion bertujuan mempercepat […]

Cadangan Bank Dunia apung harga petrol, perlu “berpijak di bumi nyata”
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Ketika Bank Dunia mencadangkan harga petrol diapungkan mengikut pasaran, kerajaan membuat keputusan menolak saranan tersebut dan menegaskan subsidi bersasar lebih relevan pada masa ini. Ia memberi mesej jelas, keutamaan kerajaan pada ketika ini ialah realiti rakyat, bukan teori global. Sejarah harga minyak dunia turut menjadi peringatan. Pada 2022 harga minyak mentah pernah melepasi […]

Tiga tahun Kerajaan MADANI: Kemakmuran dipacu, kesejahteraan rakyat diperkasa
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA 24 November 2025, genap tiga tahun usia Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tempoh setahun dua, mungkin terlalu awal untuk kita menilai berjaya atau gagal sebuah kerajaan. Namun kini selepas tiga tahun, tiada siapa boleh menafikan. Kerajaan MADANI terbukti berjaya dengan cemerlang dalam membangun dan memakmurkan negara, serta […]

Agenda besar menuntut jiwa besar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Rakyat Sabah mahukan kestabilan. Rakyat Sabah mahukan hala tuju jelas. Rakyat Sabah mahukan pembangunan yang tidak tergendala dek kerana perbalahan. Berbeza pandangan itu lumrah. Berbeza agenda itu biasa. Namun, keutamaan bersama lebih besar daripada perbalahan politik yang kecil. Agenda lebih besar menanti Sabah, dan agenda yang besar menuntut jiwa yang besar. Titik ‘gencatan […]

Politik Sabah: Dinamik, mengejutkan dan sarat isyarat baharu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sekali lagi membuktikan bahawa politik Sabah sentiasa penuh warna dan tidak pernah statik. Keputusan kali ini membawa banyak kejutan daripada gelombang pengundi baharu, perubahan pola sokongan, hinggalah kebangkitan calon bebas yang semakin berpengaruh. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan paling dominan. GRS menang 29 kerusi, Warisan pula […]

Bah Undi 2025: Pesta demokrasi, 74 calon bertanding atas tiket bebas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pesta demokrasi Sabah kini kembali. Seramai 596 calon bertanding melibatkan 24 parti politik bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan (DUN) Sabah. Menariknya, dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-17 ini juga, 74 calon bertanding atas tiket bebas. Pesta demokrasi kali ini turut dimeriahkan dengan penampilan calon termuda, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin berusia 24-tahun […]

Tiga tahun Kerajaan MADANI terus perkukuh manfaat untuk rakyat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA 24 November 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Sekali gus, membuka lembaran baharu pembentukan Kerajaan Perpaduan yang membawa gagasan Malaysia MADANI. Isnin ini, genap tiga tahun umurnya. Dalam tempoh itu, kerajaan berdepan pelbagai cabaran termasuk kos sara hidup rakyat, ketidaktentuan ekonomi global, serta kedudukan fiskal negara yang […]

cth ulasan berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, November 1 – The ASEAN 2025 chairmanship has successfully opened up new economic opportunities and strengthened Malaysia’s position as a regional investment and tourism destination. According to International Relations Political Analyst, Mohamad Shafiq Sahruddin, the increase in economic activity in border states such as Kelantan and Kedah clearly shows the benefits of regional diplomacy […]

Tuntutan hasil Sabah, rakyat diutamakan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 semakin hampir. Esok, proses penamaan calon bakal berlangsung. Ketika ini, semua mata terarah ke Negeri di Bawah Bayu. Isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah amat menarik perhatian. Hangat dibahaskan di peringkat rakyat jelata mahu pun dalam sidang Parlimen. Pada 17 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu […]

Malaysia mendunia!
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA KHAS ASEAN SIRI 8 “Genggam bara api biar sampai jadi arang.” Bermaksud, teruskan berusaha dengan tabah dan sabar walau menghadapi kesusahan hingga mencapai kejayaan. Pepatah Melayu ini menggambarkan nilai ketekunan, kesabaran dan usaha tanpa pernah putus asa. Kejayaan tidak datang secara tiba-tiba, tetapi hasil daripada usaha yang berterusan, disiplin dan semangat juang yang […]

Iklan/Banner

Kategori

Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.