Kategori
Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Gempa bumi sederhana landa Myanmar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
  • Gempa sederhana berukuran 5.0 magnitud dikesan di Myanmar malam tadi.
  • Lokasi gempa dilaporkan pada koordinat 22.7°N dan 96.3°E.
  • Kedalaman gempa dicatatkan pada 10 kilometer.
  • Epicenter terletak 78 kilometer utara Mandalay.
  • Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.
Polis keluarkan 12,437 saman pada Ops Ambang Tahun Baharu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
  • Polis menyita 390 kenderaan dan menahan 25 individu bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • 20 ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952; tiga bawah Kanun Keseksaan; tiga lagi bawah akta lain.
  • 2,787 anggota polis terlibat, termasuk 327 pegawai kanan, bekerjasama dengan beberapa agensi luar.
  • Operasi dijalankan di 240 lokasi seluruh negara untuk pastikan keselamatan dan kelancaran trafik sempena ambang tahun baharu.
Banjir Sarawak: Penduduk terjejas meningkat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
  • Peningkatan jumlah mangsa banjir dilaporkan di beberapa kawasan di Sarawak.
  • Lapan Pusat Pemindahan Sementara kini diaktifkan untuk menampung mangsa.
  • Batu Kawa mencatatkan jumlah penduduk berlindung paling ramai di PPS Dewan R.
  • PPS Dewan Masyarakat Stapok kekal menempatkan ramai mangsa.
Kerajaan pandang serius lirik lagu tidak senonoh
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Kerajaan memandang serius penularan lirik lagu berunsur lucah, tidak senonoh serta bercanggah dengan nilai akhlak dan adab masyarakat khususnya yang memberi pengaruh negatif kepada generasi muda. Menerusi kenyataan di Facebook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata semua penggiat seni, penerbit, pengkarya dan pihak berkaitan […]

Lebih 500 penduduk meriahkan sambutan tahun baharu di Sanglang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SANGLANG, 1 Januari – Lebih 500 penduduk hadir memeriahkan sambutan Tahun Baharu 2026 di Sanglang, Kedah. Sambutan kali ini turut melibatkan penyertaan Pasukan Bomba Sukarela di sekitar Parlimen Jerlun. Menurut Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Othman Aziz, ia turut menghimpunkan golongan muda khususnya dalam penglibatkan mereka dalam aktiviti kesukarelawanan dalam Pasukan Bomba Sukarela. “Ini merupakan […]

JBPM Pahang teruskan operasi SAR lelaki hilang di Jeram Besu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

RAUB, 1 Januari – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan dihanyutkan arus di Whitewater Rafting Jeram Besu berdekatan Kampung Jeram Besu, Raub tengah hari tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 pada pukul 2.47 petang. Mangsa, Mohamat Firdarus Jamaidi, 25 […]

Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Kerajaan akan terus memberikan komitmen bagi memastikan keharmonian dalam kepelbagaian kekal menjadi teras kemajuan negara, selain memperkukuh ekonomi demi kesejahteraan rakyat. Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan melangkah ke hadapan penuh keyakinan bersama-sama rakyat dalam menyambut harapan baharu pada tahun ini. “Inilah […]

Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Kerajaan akan terus memberikan komitmen bagi memastikan keharmonian dalam kepelbagaian kekal menjadi teras kemajuan negara, selain memperkukuh ekonomi demi kesejahteraan rakyat. Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan melangkah ke hadapan penuh keyakinan bersama-sama rakyat dalam menyambut harapan baharu pada tahun ini. “Inilah […]

Tragedi lemas: Nor Baizura teruja ke pantai berkelah bersama keluarga
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

DUNGUN, 1 Januari – Adik kepada dua mangsa lemas, Nur Mashitah Shafie sempat menceritakan bagaimana kakak sulungnya, Nor Baizura dan abangnya, Mohd Fazir dihanyutkan arus ketika mandi di Pantai Sura Tengah, di sini pagi tadi. Nur Masitah, 22, berkata beliau terlihat kakaknya terkapai-kapai sementara abangnya bergegas ingin membantu kakak sebaik sahaja menyedari kakak lemas. Bagaimanapun, […]

Ombak kuat, elak aktiviti pantai – Polis Terengganu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA TERENGGANU, 1 Januari – Masih terdapat pengunjung yang berdegil dan terus menjalankan aktiviti di pantai serta kawasan rekreasi di seluruh Terengganu, meskipun nasihat serta amaran telah dikeluarkan. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata peringatan serta amaran keras diberikan sekali lagi kepada semua pengunjung supaya tidak mandi-manda, khususnya di laut, berikutan keadaan ombak […]

Pelaksanaan e-Invois tingkat kecekapan pengurusan PMKS
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Pelaksanaan e-Invois dijangka membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memperkemas pengurusan perniagaan melalui penyimpanan rekod jualan dan pembelian secara digital serta lebih teratur. Penganalisis Korporat dan Perniagaan, Mohamad Faisal Abdul Malik berkata penggunaan e-Invois membolehkan perniagaan menjimatkan masa dan kos operasi, selain mengurangkan kesilapan manual kerana dokumen tidak lagi […]

Malaysia Airports perkukuh rangkaian penerbangan menjelang TMM2026
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SEPANG, 1 Januari – Malaysia Airports memperkukuh rangkaiannya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) bagi memastikan ketibaan yang lancar, boleh dipercayai dan mesra, disokong oleh operasi cekap serta kemudahan yang dinaik taraf di lapangan terbang antarabangsa mahupun domestik. Pengarah Urusan Malaysia Airports Datuk Mohd Izani Ghani berkata keutamaan syarikat itu menjelang TMM2026 adalah untuk menguruskan […]

Momentum ekonomi Malaysia kukuh, penunjuk MET lonjak ke zon kestabilan tinggi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 1 Januari -Momentum ekonomi Malaysia menunjukkan pengukuhan ketara pada Disember apabila penunjuk makroekonomi bulanan, IPP MY36 Thermometer atau MET melonjak kepada 86.2 peratus, sekali gus meletakkan ekonomi negara dalam zon kestabilan tinggi hingga kukuh. Peningkatan itu menandakan peralihan jelas daripada fasa penstabilan lewat kepada fasa pemulihan awal, yang kini didorong oleh aktiviti ekonomi […]

Pelan Lima Tahun Ke-15 China buka ruang kerjasama lebih luas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Pelan Lima Tahun Ke-15 China bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan domestik negara itu, malah turut membuka ruang kerjasama strategik yang lebih luas dengan Malaysia Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya, Profesor Dr. Roy Anthony Rogers berkata, pelan tersebut mempunyai persamaan dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), sekali gus […]

Bursa Malaysia sedikit lemah pada hari dagangan terakhir 2025
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember– Bursa Malaysia menutup hari dagangan terakhir 2025 dengan prestasi yang sedikit lemah, susut 0.26 peratus di tengah-tengah keadaan yang negatif berikutan tiadanya pemangkin baharu dan selari dengan kelemahan di pasaran serantau. Pada pukul 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.42 mata kepada 1,680.11 daripada 1,684.53 ketika ditutup Selasa. […]

Ringgit ditutup rendah, kekal akhiri 2025 dengan prestasi lebih mengukuh berbanding dolar AS
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari terakhir 2025 diasak oleh aktiviti pengambilan untung, namun kekal melakar prestasi sebagai antara mata wang berprestasi terbaik rantau ini bagi 2025. Prestasi ringgit pada hari ini juga susulan daripada pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) pada […]

Harga RON95, RON97 tanpa subsidi kekal bagi tempoh 1 hingga 7 Januari
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember– Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi masing-masing kekal pada kadar RM2.56 dan RM3.16 dan seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Januari 2026. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pula kekal pada paras RM1.99 seliter. “Harga runcit diesel di […]

KWSP umum penambahbaikan dasar, produk berkuat kuasa esok
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember– Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan beberapa penambahbaikan dasar dan produk berkuat kuasa mulai esok, bagi memperkukuh simpanan persaraan, meluaskan perlindungan sosial serta menambah baik pengalaman keseluruhan ahli. KWSP dalam kenyataan memaklumkan, inisiatif berkenaan merangkumi langkah-langkah di bawah Belanjawan 2026 yang diumumkan pada 10 Oktober 2025, selain mencerminkan komitmen berterusan institusi […]

Aset Rizab Malaysia pada AS$124.12 bilion setakat akhir November 2025 – BNM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember – Aset rizab rasmi negara mencatatkan jumlah AS$124.12 bilion pada 30 November 2025,manakala aset mata wang asing lain mencatatkan AS$266.2 juta menurut Bank Negara Malaysia (BNM). Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata […]

GCCC, CIDB Holdings meterai MoU luaskan akses antarabangsa industri binaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember – Global Construction Certification Centre Sdn Bhd (GCCC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama CIDB Holdings Sdn Bhd bagi memperluas akses antarabangsa kepada perkhidmatan pengujian produk binaan, pensijilan serta latihan industri. Pengerusi GCCC, Tan Sri Liow Tiong Lai berkata, GCCC akan berperanan sebagai pemudah cara teknikal dalam memacu transformasi industri melalui jalinan […]

Peguam ditahan, disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA TERENGGANU, 1 Januari – Seorang peguam lelaki ditahan kerana dipercayai bersubahat dengan seorang banduan berkaitan kes menyeludup dadah ke sebuah penjara di Marang. Suspek berusia 32 tahun itu ditangkap pada 29 Disember lalu di Jalan Hiliran, Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata suspek dipercayai bersubahat membawa masuk dadah […]

Op Krismas dan Op Lancar: Polis Johor rekod 9,356 saman, sita 130 kenderaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JOHOR BAHRU, 1 Januari — Polis Johor mencatat sebanyak 9,356 saman hasil pemeriksaan ke atas 23,763 kenderaan sepanjang pelaksanaan Op Krismas dan Ambang Tahun Baharu 2026 bermula 23 Disember hingga lewat malam tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, dalam tempoh operasi berkenaan, seramai 17 individu berumur antara 14 hingga 46 tahun ditahan […]

Op Ambang Tahun Baharu: Polis Selangor keluar 1,206 saman, sita 93 kenderaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 1 Januari –Polis Kontinjen Selangor telah mengeluarkan sebanyak 1,206 saman terhadap pengguna yang didapati gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, sempena Op Ambang Tahun Baharu. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya turut menyita 93 buah kenderaan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor bermula 31 Disember […]

Pemandu ditahan rempuh motosikal ketika lampu isyarat merah di Masjid Aman
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ALOR SETAR, 1 Januari -Seorang pemandu ditahan kerana didapati merempuh motosikal ketika lampu isyarat merah, di Masjid Aman dalam kejadian pada Isnin. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali dalam kenyataan berkata, penahanan lelaki pada 6.45 petang semalam itu susulan siasatan polis berdasarkan sebuah video rakaman yang tular. Video rakaman kejadian […]

Polis tahan wanita tular ludah polis
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ALOR SETAR, 31 Disember – Seorang wanita yang bertindak agresif terhadap anggota polis dan menggangu ketenteraman awam di Mergong di sini, semalam, telah ditahan polis. Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata suspek berusia 34 tahun itu, ditahan kira-kira 2.30 petang tadi selepas laporan diterima berkaitan seorang individu dipercayai kurang siuman […]

Lima wanita mengaku bergaduh di Pasar Melor didenda RM1,000
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KOTA BHARU, 31 Disember – Lima wanita daripada dua keluarga yang mengaku bergaduh di Pasar Melor minggu lepas masing-masing dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Rais Imran Hamid membuat keputusan itu selepas Rozita Ramli, 47, bersama anaknya, Aleeya Maisara Hasbullah,19, serta menantu iaitu Siti Nor Bakyah Abdullah, 19, dan […]

Lelaki ditahan, cubaan seludup 96,000 batang rokok di Sungai Golok gagal
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TUMPAT, 30 Disember -Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup masuk 96,000 batang rokok kretek di Sungai Golok pada Isnin gagal selepas dia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga. Suspek berusia 31 tahun, ditahan kira-kira pukul 5.30 petang di tebing Sungai Mentua, berhampiran Jambatan Pulau Ular, Pengkalan Kubor. Komander PPM Wilayah Tiga, ACP Zulafendy Hassan berkata, tangkapan […]

Kes curi kabel punca utama jenayah meningkat di Serdang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SERDANG, 30 Disember -Kes kecurian kabel dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada peningkatan indeks jenayah di daerah Serdang sepanjang tahun ini. Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad berkata, statistik jenayah merekodkan peningkatan sebanyak 99 kes, dengan 810 kes dicatatkan pada 2025 berbanding 711 kes pada 2024. “Indeks jenayah meningkat disebabkan pelbagai faktor, namun […]

Seorang wanita ditahan, polis Kedah rampas 1.04 kilogram bunga ganja
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ALOR SETAR, 30 Disember– Polis Kedah merampas dadah disyaki bunga ganja dengan anggaran berat 1,047 gram selepas menahan seorang wanita di tepi jalan Kuala Kedah pada Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Syed Basri Syed Ali menerusi kenyataan hari ini berkata dadah yang diletakkan di dalam satu pek plastik lut sinar itu dianggarkan […]

Sindiket rokok dan arak tidak berkastam tumpas, nilai mencecah RM3.7 juta – JKDM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUANTAN, 30 Disember– Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok serta minuman keras tidak berkastam menerusi empat kes berasingan dengan nilai RM3.7 juta. Pengarahnya, Mohd Asri Seman berkata kesemua rampasan melibatkan lebih 4.6 juta batang rokok serta 1,200 liter minuman keras antara 27 November hingga 1 Disember lalu. Tambah beliau, kesemua rampasan […]

Israel larang 37 organisasi bantuan antarabangsa di Gaza, Tebing Barat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

GAZA, 1 Januari – Israel melarang 37 organisasi bantuan antarabangsa beroperasi di Gaza dan Tebing Barat mulai 1 Januari 2026. Larangan dibuat selepas organisasi terbabit kononnya gagal mematuhi syarat pendaftaran baharu yang lebih ketat, menurut laporan media Israel. Pihak berkuasa negara haram itu berkata, peraturan baharu berasaskan keselamatan, menyingkirkan kakitangan dikaitkan dengan organisasi pengganas. Langkah […]

Bar terbakar: Puluhan maut, 100 cedera
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

CRANS-MONTANA, 1 Januari – Puluhan orang dipercayai maut manakala kira-kira 100 lagi cedera selepas bar Le Constellation di resort ski mewah Crans-Montana meletup sebelum terbakar. Kejadian berlaku sekitar 1.30 pagi waktu tempatan ketika orang ramai menyambut Tahun Baharu. Pasukan polis dan penyelamat bertindak segera, manakala hospital di Wallis penuh dan mengisytiharkan darurat. Mangsa cedera dipindahkan […]

Politik Bangladesh: Jamaat-e-Islami sedia sertai kerajaan perpaduan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

DHAKA, 1 Januari – Parti Jamaat-e-Islami Bangladesh yang sebelum ini diharamkan, menyatakan kesediaan menyertai kerajaan perpaduan dan telah mengadakan rundingan dengan beberapa parti menjelang pilihan raya Parlimen pada Februari. Tinjauan pendapat menunjukkan Jamaat-e-Islami berpeluang menduduki tempat kedua di belakang Parti Nasionalis Bangladesh (BNP). Ini berpotensi menjadi penyertaan pertamanya selepas hampir 17 tahun, menandakan kemunculan semula […]

13 maut di India selepas minum air paip tercemar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

NEW DELHI, 1 Januari – Seramai 13 orang dilaporkan maut manakala beratus-ratus lagi, termasuk ramai kanak-kanak, jatuh sakit selepas meminum air paip yang tercemar di tengah India. Pesakit yang mengalami cirit-birit dan muntah-muntah dikejarkan ke beberapa hospital di Bandar Indore, negeri Madhya Pradesh, selepas menggunakan air daripada saluran paip bekalan perbandaran. Pegawai perbandaran mengesyaki sisa […]

Bulgaria sertai zon euro
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SOFIA, 1 Januari – Bulgaria secara rasmi menjadi anggota ke-21 zon euro dengan sambutan meriah di Sofia, diserikan bunga api dan sorakan orang ramai di luar Bank Pusat Bulgaria. Peristiwa bersejarah itu diraikan menerusi paparan kira detik pada bangunan bank pusat, diikuti imej syiling euro Bulgaria dan bendera Kesatuan Eropah (EU). Orang ramai berhimpun di […]

Sejumlah 128 wartawan terbunuh pada 2025 – IFJ
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BRUSSELS, 1 Januari– Seramai 128 wartawan terbunuh di seluruh dunia pada 2025, lebih separuh daripadanya di Asia Barat, menurut Persekutuan Antarabangsa Wartawan (IFJ) pada Khamis. Setiausaha Agung IFJ, Anthony Bellanger berkata jumlah korban yang membimbangkan itu meningkat berbanding 2024, dianggap sebagai “amaran merah global” untuk kumpulan wartawan. IFJ turut menzahirkan kebimbangan serius terhadap situasi di […]

Taiwan tegas pertahankan kedaulatan, susulan tekanan ketenteraan China
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TAIPEI, 1 Januari– Presiden Taiwan, Lai Ching-te menegaskan bahawa pulau itu bertekad mempertahankan kedaulatan dan memperkukuh pertahanan susulan peningkatan pengaruh China, selepas Beijing menembak roket ke arah Taiwan sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan. Dalam ucapan tahun baharu yang disiarkan secara langsung dari pejabat presiden, Lai berkata masyarakat antarabangsa memerhatikan sejauh mana rakyat Taiwan memiliki ketabahan […]

Putin puji tentera Rusia, yakin kemenangan di Ukraine
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MOSCOW, 1 Januari– Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi penghormatan khas kepada tenteranya yang bertempur di Ukraine dengan menyifatkan mereka adalah wira. Penghargaan itu dimaklumkan semasa ucapan tahun baharu yang disiarkan secara langsung, sambil menyatakan keyakinannya terhadap pasukan ketenteraan serta kemenangan dalam perang yang digambarkan sebagai perjuangan hidup mati menentang kuasa Barat. Putin yang mengenakan pakaian […]

AS lancar serangan ke atas tiga kapal, disyaki seludup dadah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LONDON, 1 Januari– Amerika Syarikat (AS) pada Selasa (30 Disember) melancarkan serangan terhadap tiga kapal di perairan antarabangsa yang disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah. Menurut kenyataan Komando Selatan AS pada Rabu (31 Disember), kapal-kapal berkenaan bergerak sebagai satu konvoi. “Serangan pertama mengakibatkan tiga pengganas dadah di atas kapal pertama terbunuh. Baki pengganas dadah melarikan diri […]

Bolsonaro dibenarkan keluar hospital, kembali jalani hukuman penjara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BRASILIA, 1 Januari– Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dijangka dibenarkan keluar dari Hospital DF Star pada Khamis (1 Januari), selepas menjalani pembedahan konvensional bagi membaiki hernia inguinal bilateral. Menurut kenyataan hospital, keadaan kesihatan Bolsonaro menunjukkan peningkatan termasuk episod sedu yang dialaminya, namun masalah esofagitis dan gastritis masih berterusan. Bolsonaro sebelum ini dibebaskan sementara dari penjara […]

150 peserta berjaya tamatkan cabaran MAT 2025 di Kelantan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

GUA MUSANG, 1 Januari – Sejumlah 150 peserta membabitkan lebih 20 buah jentera pacuan empat roda (4×4) berjaya menamatkan cabaran Malaysia Adventure Trophy (MAT) 2025 selepas tempoh lapan hari. Pengarah program MAT 2025, Thomas Foo berkata peserta berumur di antara 17 hingga 65 tahun dari seluruh negara berjaya menempuhi sehingga 30 siri laluan hutan yang […]

Prestasi hambar: Maresca tinggalkan Chelsea
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LONDON, 1 Januari – Enzo Maresca telah meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Chelsea selepas 18 bulan memimpin kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, menurut kenyataan rasmi kelab pada Khamis. Keputusan yang dipersetujui kedua-dua pihak itu bagi memberi peluang untuk memulihkan prestasi pasukan musim ini. Chelsea kini berada di tangga kelima EPL, 15 mata di belakang […]

Cedera belakang: Tsitsipas dedah pernah pertimbang bersara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PERTH, 1 Januari – Pemain tenis Greece, Stefanos Tsitsipas, mendedahkan pernah serius mempertimbangkan untuk bersara akibat kesakitan belakang yang teruk sepanjang musim 2025. namun rawatan perubatan yang dijalani kini menunjukkan hasil positif. Bekas pemain nombor tiga dunia itu kini jatuh di ranking ke-36 selepas hanya bermain dua perlawanan Piala Davis sejak tersingkir pada pusingan kedua […]

Neymar dilapor setuju lanjut kontrak setahun bersama Santos
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Sao Paulo, 1 Januari – Bintang Brazil, Neymar bersetuju menyambung kontraknya dengan Santos sehingga akhir 2026, menurut sumber rapat dengan rundingan itu kepada AFP. Kelab legenda Pele itu memuat naik video misteri pada Rabu memaparkan pandangan udara stadium Vila Belmiro dengan tarikh 31 Disember 2026 dan kapsyen ““saatnya hampir tiba””, tanpa menyebut Neymar, yang kontrak […]

Anthony Joshua dibenar keluar hospital
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LONDON, 1 Januari – Bekas juara tinju heavyweight dunia dari Britain, Anthony Joshua dibenarkan keluar dari hospital selepas cedera dalam kemalangan jalan raya di Negeri Ogun, Nigeria, yang mengorbankan dua rakan rapatnya. Kerajaan Negeri Lagos dan Ogun dalam satu kenyataan pada Rabu (31 Dis) memaklumkan Joshua dibenarkan pulang pada lewat petang selepas disahkan stabil untuk […]

PSM sasar kekal rentak cemerlang skuad takraw negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan terus mengukuhkan program pembangunan bakat di peringkat akar umbi sebagai antara usaha memastikan rentak kecemerlangan skuad sepak takraw negara. Presidennya Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, selain itu PSM juga akan melibatkan lebih ramai pemain muda dari seluruh negeri, meningkatkan tahap profesionalisme pasukan kebangsaan serta melakukan […]

KBS disaran perkasa aspek kejurulatihan sukan ping pong negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ALOR SETAR, 1 Januari– Sentuhan jurulatih profesional luar negara mampu mengangkat prestasi atlet ping pong tempatan, sekali gus dapat menyaingi dominasi besar China dan Taiwan dalam acara sukan tersebut. Presiden Persatuan Ping Pong Amatur Kedah, Dr. Chin Kuen Liang berkata jurulatih profesional dari luar negara boleh menumpukan kepada peningkatan kemahiran dan teknik permainan. Tegasnya, kepakaran […]

Amorim kekal yakin dengan potensi United walaupun seri dengan Wolves
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MANCHESTER, 31 Disember – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim kekal optimis mengenai prospek pasukannya musim ini meskipun menamatkan tahun 2025 dengan keputusan seri 1-1 menentang Wolves di Old Trafford. United membuka jaringan menerusi Joshua Zirkzee, namun Ladislav Krejci memastikan keputusan seri buat Wolves yang muncul dengan hanya tiga mata selepas 11 kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana […]

Arsenal kini tuai hasil pengorbanan, komitmen tinggi pemain – Arteta
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LONDON, 31 Disember – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, percaya pasukannya kini mula menuai hasil daripada pengorbanan dan komitmen tinggi para pemain apabila The Gunners menamatkan tahun 2025 di puncak Liga Perdana Inggeris. Kemenangan bergaya 4-1 ke atas pencabar kejuaraan Aston Villa di Stadium Emirates pada Selasa menyaksikan Arsenal mendahului liga dengan kelebihan lima mata berbanding […]

Pemain tenis Kanada, China lawat Zoo Sydney menjelang saingan United Cup
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SYDNEY, 31 Disember – Pemain tenis Kanada dan China mengambil kesempatan melawat Zoo Sydney sebagai aktiviti santai menjelang saingan United Cup, yang akan bermula pada Jumaat, 2 Januari ini. Antara pemain yang terlibat ialah bintang Kanada, Felix Auger-Aliassime serta wakil China, Zhang Zhizhen. Mereka dilihat memberi makan kepada koala dan kanggaru sekali gus menikmati pengalaman […]

Langkah kanan, Biduanita Negara terima Anugerah Ikon Seni dan Budaya Melaka
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KLEBANG, 1 Januari – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memulakan langkah Tahun 2026 dengan Anugerah Ikon Seni dan Budaya Melaka. Anugerah berkenaan merupakan penghargaan atas sumbangannya memartabatkan seni budaya Melayu, sekali gus memperkasa identiti budaya Melaka di peringkat nasional dan antarabangsa. Pelantun lagu Nirmala itu menyifatkan pengiktirafan berkenaan sebagai suntikan semangat untuk terus berkarya […]

Papa Zola The Movie bakal tembusi pasaran antarabangsa mulai Januari
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember – Filem animasi Malaysia, Papa Zola The Movie dijangka menemui penonton antarabangsa di Asia Tenggara, Asia Barat dan Asia Selatan, susulan kejayaannya luar biasa dengan meraih kutipan RM43 juta dalam masa hanya 18 hari. Diterbitkan oleh MONSTA dengan kerjasama Astro Shaw, filem berkenaan bakal menembusi pasaran antarabangsa bermula pada 23 Januari […]

Baby Shima lancar single terbaru “Bey Kelik Laa Bey” dalam dialek Kelantan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 30 Disember – Penyanyi Baby Shima mencuri tumpuan peminat dengan pelancaran single terbarunya, “Bey Kelik Laa Bey”, yang kali pertama dirakam sepenuhnya dalam dialek Kelantan. Idea lagu tercetus selepas peminat menyokong untukmeminta Baby Shima mencuba nyanyian loghat Kelate. Hasilnya, lagu ini digambarkan lucu, comel, dan mudah menjadi siulan ramai. Baby Shima mengakui terdapat […]

Kaka Azraff lancar album sulung “MPT” selepas 16 tahun berkarya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 30 Disember – Selepas 16 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air, penyanyi Kaka Azraff akhirnya menamatkan penantian peminat dengan melancarkan album sulungnya bertajuk MPT, singkatan daripada perkataan “empati”. Album ini menggambarkan kebolehan Kaka untuk menyelami perasaan dan pengalaman orang lain, seolah-olah berada di posisi mereka. Pelancaran album tersebut diraikan dalam sesi Showcase […]

‘Gadis Kopi’ suntik inspirasi keusahawanan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Drama terbaharu RTM ‘Gadis Kopi’ mengangkat kisah perjuangan, pengkhianatan dan kasih-sayang dalam dunia perniagaan kopi tempatan, sambil menyemai inspirasi keusahawanan kepada masyarakat. Ia turut mengetengahkan peranan FAMA membantu mewujudkan pasaran, membangunkan infrastruktur, dan meningkatkan pendapatan pengeluar pertanian. Drama 13 episod mula bersiaran pada 22 Disember lalu ini menampilkan pelakon utama […]

Penyanyi popular british, Chris Rea, meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LONDON, 24 Disember – Penyanyi dan penulis lagu British, Chris Rea, terkenal era 1980-an meninggal dunia pada usia 74 tahun. Perkara itu dimaklumkan jurucakap kepada isterinya Joan Lesley menerusi kenyataan yang disiarkan kepada media UK. “Dengan rasa sedih yang amat mendalam, kami mengumumkan pemergian Chris. Beliau meninggal dunia di hospital awal hari ini dan dikelilingi […]

Shazia lancar “Itoshi-Hito”, lagu cinta Jepun penuh emosi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 22 Disember – Penyanyi dan pelakon Shazia Rozaini tampil dengan lagu terbaharu berbahasa Jepun berjudul Itoshi-Hito, membawa maksud ‘rinduku’, hasil ciptaan komposer dan pelawak terkenal Pakya Senario. Lagu itu mengisahkan perasaan terpendam seorang gadis Melayu terhadap jejaka di Jepun, yang tidak pernah diluahkan dan terus bermain dalam fikirannya. Menurut Shazia, Itoshi-Hito sarat dengan […]

ALPHA raih sambutan luar biasa di Singapura
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SINGAPURA, 21 Disember – Kumpulan lelaki M-pop, di bawah Rocketfuel Entertainment, ALPHA, mengadakan sesi bertemu peminat di Singapura menerusi acara ‘Celebfest Amplified: ALPHA Fan Meet In Singapore 2025’ yang berlangsung meriah, semalam. ALPHA menyifatkan sambutan luar biasa yang diterima sebagai detik paling bermakna dalam perjalanan seni mereka, manakala Rocketfuel Entertainment melihat kejayaan itu sebagai langkah […]

Konsert UNIC cipta sejarah, kukuhkan nasyid di arus perdana
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 21 Disember – Kumpulan nasyid kontemporari UNIC melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengadakan konsert solo penuh pertama mereka, “This Is UNIC: Live In Concert”, di Idea Live Arena, malam tadi, selepas lebih dua dekad mewarnai industri muzik berteraskan dakwah dan nilai kemanusiaan. Dianjurkan Triple Am Global, konsert tersebut bukan sekadar hiburan, sebaliknya satu […]

Jaga kesihatan vokal, utamakan identiti suara – Syafinaz
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 20 Disember – Kecenderungan penyanyi untuk mengejar tawaran persembahan tanpa mengambil kira tahap kesihatan suara menuntut kesedaran lebih serius tentang penjagaan vokal, kata penyanyi dan guru vokal popular Datuk Syafinaz Selamat. Beliau berkata vokal adalah instrumen yang sangat mudah rosak jika dipaksa secara berterusan. “Apabila vokal dipaksa terlalu kuat, risiko kerosakan yang tidak […]

Apakah kita mungkin perlu mula ‘menjaga tepi kain orang’?
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Saudara pengarang, Keganasan rumah tangga adalah isu kompleks yang dipengaruhi oleh faktor ekonomi, sosial, norma budaya, dan kesihatan emosi. Dalam masyarakat patriarki seperti Malaysia isu rumah tangga adalah masalah peribadi yang menghalang perbincangan secara terbuka. Sikap jangan campur hal orang lain atau “jangan jaga tepi kain orang” boleh menormalisasikan penderaan. Manakala mangsa pula tidak mahu […]

TikTok: Revolusi perniagaan dalam talian, trend kepada transaksi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Platform media sosial TikTok telah berkembang melangkau fungsi asalnya sebagai hab untuk video pendek dan hiburan. Di Malaysia, ia muncul sebagai kuasa utama dalam landskap e-dagang, merangkaikan laluan pembelian dan strategi pemasaran untuk perniagaan berskala besar dan kecil. Penulisan ini menghuraikan peranan TikTok sebagai pemangkin perniagaan dalam talian di negara ini dengan merujuk […]

AI menjadikan mahasiswa semakin pantas?
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) kini bukan lagi dilihat sebagai teknologi masa hadapan, sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian pelajar universiti. Dengan hanya beberapa arahan ringkas, AI generatif seperti ChatGPT, Gemini dan Copilot mampu menghasilkan esei, laporan mahu pun jawapan akademik dalam masa beberapa saat sahaja. Bagi sebahagian pelajar, teknologi ini dilihat […]

Rejab datang lagi, bulan mengaudit diri
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Kedatangan 1 Rejab 1447 Hijrah pada tahun 2025/2026 menjadi isyarat awal bahawa bulan Ramadan kian menghampiri. Namun, realitinya wujud perbezaan yang ketara antara mereka yang sekadar menyedari kehadiran bulan Rejab dan mereka yang benar-benar memanfaatkan peluang ini untuk melakukan audit diri serta memperbaiki kelemahan yang ada. Hakikatnya, Rejab bukan sekadar bulan persediaan menuju […]

Wanita juga pemacu ekonomi negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Peranan wanita dalam wacana pembangunan ekonomi Malaysia hari ini, tidak lagi boleh dilihat sebagai pelengkap semata-mata. Wanita sebagai ibu, pencari nafkah, usahawan mikro malah kini berada di barisan hadapan bertindak sebagai pemacu kelangsungan keluarga. Dalam suasana kos sara hidup yang semakin meningkat dan pasaran kerja yang mencabar, semakin ramai wanita memilih jalan menceburi […]

Pola komunikasi suami isteri bentuk keharmonian rumah tangga
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Komunikasi merupakan nadi utama dalam hubungan perkahwinan. Ia bukan sekadar pertukaran kata-kata, tetapi mencerminkan cara pasangan memahami, menilai dan bertindak balas terhadap emosi serta keperluan masing-masing. Dalam bidang komunikasi kekeluargaan, terdapat tiga pola komunikasi utama yang lazimnya wujud dalam kalangan pasangan suami isteri, khususnya dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia dan juga di […]

Kos sara hidup mahasiswa: Isu bersama, tanggungjawab semua
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Kos sara hidup semakin menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia hari ini. Bukan sahaja dalam kalangan keluarga atau golongan bekerja, malah mahasiswa turut merasai tekanan yang sama. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan, ditambah dengan komitmen kewangan sedia ada, menjadikan kehidupan harian semakin mencabar, khususnya bagi mereka yang masih menuntut ilmu. Kaitan Inflasi dan […]

Bersama kita pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Isu hidupan liar dilanggar kenderaan atau lebih dikenali sebagai roadkill merujuk kepada kejadian kematian haiwan liar akibat pelanggaran dengan kenderaan di jalan raya dan lebuh raya. Fenomena ini semakin mendapat perhatian kerana tidak lagi berlaku secara terpencil, malah telah berkembang menjadi satu isu global yang serius. Di Malaysia, kes roadkill bukan sahaja berlaku […]

Strategi belajar: Mengimbas Rahsia ‘Jerami’ Imam al-Syafi‘ie dalam era digital
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Di sebuah halaqah ilmu di Madinah, kelihatan seorang remaja duduk di barisan belakang. Tatkala rakan sepengajian lain sibuk menyediakan kitab, dakwat dan pena, anak muda ini hanya menggenggam sebatang jerami yang dipatah dua. Setiap kali Imam Malik menyampaikan hadis, dia menunduk dan mencalit tanda ringkas di tapak tangannya menggunakan jerami yang dicelup dengan […]

Menelusuri hikmah dasar ekonomi Islam dalam Surah al-Kahfi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Setiap hari Jumaat, umat Islam di seluruh dunia dianjurkan membaca Surah al-Kahfi sebagai benteng kekuatan rohani dan perlindungan akidah. Namun di sebalik fungsinya yang bersifat spiritual, surah ini sebenarnya mengandungi kerangka nilai yang sangat signifikan untuk pembinaan dasar ekonomi dan tadbir urus awam. Al-Quran menegaskan bahawa para rasul diutus bersama kitab dan neraca […]

Iklan/Banner

Kategori

Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.