Kategori
Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita
Kolumnis
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KOTA KINABALU, 4 Januari – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu mengisytiharkan daerah itu dilanda bencana banjir pada malam ini. Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan serta maklumat lapangan yang diterima daripada agensi-agensi berkaitan. “Sehubungan dengan itu, Pusat Kawalan Operasi […]

Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas di Caracas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Januari – Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas susulan insiden keselamatan di Caracas, Venezuela, pada awal Sabtu. Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang memantau rapi perkembangan yang berlaku di Caracas. “Kementerian sedang aktif mendapatkan maklumat terkini bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan kami. Kami akan […]

Industri pelancongan Malaysia berkembang kerana negara aman – PM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Januari – Kejayaan industri pelancongan negara bukan sekadar bergantung kepada pembangunan dan tarikan fizikal, sebaliknya berpaksikan kepada keamanan, keharmonian serta kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan utama Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan industri pelancongan terus berkembang kerana Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman dan stabil, selain berjaya menampilkan keunikan […]

PM lancar ‘I Lite U’, pacu TMM 2026
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Januari – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pavilion Kuala Lumpur, Bukit Bintang di sini malam ini bagi merasmikan peluncuran Projek Inovasi Pencahayaan ‘I LITE U’ yang bermatlamat memperkukuh kelestarian bandar. Pelancaran yang berlangsung di hadapan Pavilion Kuala Lumpur itu turut bertujuan memperkasakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026). […]

Harga durian murah libatkan gred rendah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

GUAR CHEMPEDAK, 3 Januari – Kejatuhan harga buah durian di pasaran sehingga serendah RM5 sekilogram kebelakangan ini dilaporkan hanya melibatkan durian jenis berkualiti rendah atau ‘chai’, manakala durian premium dan bergred tinggi masih stabil dan mencatat peningkatan harga. Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA), Aminuddin Zulkipli berkata, lambakan durian yang berlaku didakwa berpunca daripada pengeluaran […]

MCMC siasat penyalahgunaan AI di platform X, fokus kandungan tidak senonoh
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Januari -Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memulakan siasatan terhadap pengguna yang disyaki menyalahgunakan kecerdasan buatan (AI) di platform X. Menerusi satu kenyataan memaklumkan, ia termasuk penggunaan teknologi itu bagi memanipulasi imej wanita dan kanak-kanak bagi menghasilkan kandungan tidak senonoh, jelik melampau atau memudaratkan. “Penghasilan atau penyebaran kandungan sedemikian merupakan suatu […]

ONSA perkukuh keselamatan kanak-kanak dalam talian
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUCHING, 3 Januari – Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu dijangka memperkukuh kawalan keselamatan digital serta memastikan penggunaan media sosial lebih selamat, khususnya dalam kalangan golongan bawah umur. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, akta berkenaan meletakkan tanggungjawab keselamatan dalam talian bukan lagi […]

Bomba pantau paras air di beberapa kampung di Penampang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KOTA KINABALU, 3 Januari – Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang menjalankan pemantauan paras air di beberapa kawasan berisiko banjir di daerah Penampang, susulan hujan yang melanda kawasan berkenaan. Pemantauan bermula pukul 6.30 petang tadi melibatkan empat anggota dengan dua buah kenderaan utiliti. Antara lokasi terlibat ialah Jalan Kibabaig, […]

Pasangan raja sehari bimbang keadaan banjir di lokasi persandingan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LAWAS, 3 Januari – Pasangan raja sehari dari Kampung Gelapas, Trusan, Mohd Nasruluddin Asnan, 29, dan Nurul Azyyati Mohd Zainuddin, 27, dibayangi kebimbangan berikutan keadaan banjir yang melanda lokasi persandingan. Kedua-dua mempelai itu hanya mampu berharap keadaan banjir tidak bertambah buruk agar majlis persandingan mereka dapat dilangsungkan seperti dirancang. “Memang kami berdoa agar majlis esok […]

Program Digital DEWI jana lebih RM1.026 juta jualan usahawan wanita B40, M40
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

CYBERJAYA, 3 Januari -Program Digital DEWI berjaya membuktikan bahawa latihan digital yang tersusun mampu menjana pendapatan sebenar apabila usahawan wanita B40 dan M40 mencatatkan jualan kumulatif melebihi RM1.026 juta dalam tempoh enam bulan. Program anjuran QF4 Academy Asia dengan kerjasama Godigital Production itu mendapat sokongan Yayasan Hasanah, dengan pembiayaan daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Menurut Ketua […]

Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Januari – Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan kecenderungan positif pada minggu depan, menjejaki keuntungan di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX). RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) melalui satu nota semalam berkata ia akan mengekalkan kecenderungan dagangan yang positif, dengan syarat harga kekal di atas paras US$4,000 setiap auns […]

Pasaran getah dijangka diniagakan tinggi sedikit minggu depan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Januari – Pasaran getah dijangka kekal lengang minggu depan, bergerak mendatar dengan sedikit kecenderungan menaik, kata pakar industri Denis Low. Beliau berkata kepada Bernama, pasaran itu kini dipengaruhi oleh faktor penawaran dan permintaan yang mengimbangi secara meluas. “Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir dan hujan secara terpencil di beberapa negeri di Semenanjung […]

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi BNM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Januari – Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Pada minggu ini, bank pusat itu melaksanakan operasi harian melalui tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem […]

Ringgit dijangka teruskan aliran meningkat minggu depan didorong asas ekonomi kukuh
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Januari – Ringgit dijangka terus mengukuh berbanding dolar AS minggu depan, disokong oleh perbezaan kadar faedah yang menguntungkan serta asas ekonomi domestik yang kukuh. Meskipun ia ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada 4.0515/0560 berbanding 4.0470/0535 Jumaat lepas, prospek kekal positif, dengan mata wang tempatan itu dijangka menghampiri 3.95 menjelang akhir tahun. […]

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Januari -Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM38.89 bilion daripada RM38.80 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM24 bilion daripada RM25.81 bilion sebelum ini. […]

Pasaran derivatif Bursa Malaysia catat jumlah dagangan tahunan tertinggi dua tahun berturut-turut
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Januari -Pasaran derivatif Bursa Malaysia Bhd mencipta rekod apabila mencapai jumlah dagangan tahunan tertinggi dalam sejarah untuk tahun kedua berturut-turut pada 2025 dengan 23.30 juta kontrak, meningkat dua peratus tahun ke tahun. Dalam satu hantaran di media sosialnya hari ini, Bursa Malaysia berkata pencapaian rekod tertinggi berturut-turut itu mencerminkan bagaimana para peserta […]

E-Invois pemangkin ketelusan cukai, perkukuh daya saing negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Januari – Pelaksanaan mandatori sistem e-Invois bermula 1 Januari 2026 disifatkan sebagai antara reformasi percukaian terbesar negara yang berupaya meningkatkan ketelusan, kecekapan kutipan hasil serta memperkukuh daya saing ekonomi Malaysia. Pakar ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, inisiatif e-Invois bukan sekadar mekanisme pematuhan cukai, sebaliknya menjadi pemangkin kepada agenda pendigitalan nasional, […]

Tan Sri Rastam Mohd Isa dilantik pengerusi baharu PUNB mulai Januari 2026
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Januari – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mengumumkan pelantikan Tan Sri Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharu syarikat itu, berkuat kuasa 1 Januari 2026. Tan Sri Rastam merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri sebelum bersara pada 2 September 2010 selepas lebih 36 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan diplomatik negara. Pelantikan terakhir beliau […]

Pelaksanaan e-Invois tingkat kecekapan pengurusan PMKS
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
  • e-Invois memudahkan penyimpanan rekod jualan dan pembelian secara digital, menjadikan pengurusan lebih teratur.
  • Mengurangkan masa dan kos operasi serta mengurangkan kesilapan manual berbanding dokumen fizikal.
  • Rekod sistematik membantu laporan percukaian lebih tepat dan mengurangkan risiko pengauditan LHDN.
  • Pendigitalan meningkatkan kecekapan perniagaan dan memudahkan urusan dengan pelanggan, pembekal dan agensi kerajaan.
Malaysia Airports perkukuh rangkaian penerbangan menjelang TMM2026
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
  • Fokus utama Malaysia Airports: urus peningkatan trafik sambil kekalkan prestasi konsisten dan boleh dipercayai di semua lapangan terbang.
  • Penaiktarafan KLIA dan Terminal 1 serta 2 dengan lebih 30 inisiatif untuk perjalanan penumpang lebih lancar dan inklusif.
  • Pembekalan kemudahan baru seperti kios serahan bagasi, 12,500 troli, 100 kerusi roda, 210 kereta sorong bayi dan Calm Room.
  • Kerjasama dengan kementerian, industri dan insentif laluan baharu melalui Geran Sepadan bagi sokong pertumbuhan kesalinghubungan udara.
Dua suspek pecah rumah ditahan, direman lima hari
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Januari -Dua lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di Jalan Pekan Baru, Taman Eng Ann di sini, awal pagi Jumaat. Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao a/l Samachulu dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu pada 2 Januari lalu, kira-kira pukul 3.15 pagi. […]

Sindiket dadah sekitar Georgetown tumpas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

GEORGE TOWN, 3 Jan – Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket penyimpanan dan pengedaran pelbagai jenis dadah sekitar Georgetown membabitkan nilai rampasan RM2 juta. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, empat suspek termasuk seorang wanita warga asing berusia 19 hingga 40 tahun turut ditahan. Katanya, operasi dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat […]

10 lagi suspek pergaduhan bersenjata di Medan Selera Sungai Bakap ditahan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

NIBONG TEBAL, 3 Januari -Polis menahan 10 lagi individu disyaki terlibat dalam kes pergaduhan sekumpulan lelaki bersenjata di Medan Selera Sungai Bakap. Ketua Polis Negeri, Datuk Azizee Ismail dalam kenyataan berkata, penahanan itu dilakukan menerusi dua serbuan berasingan di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan Taiping, Perak, semalam. Penangkapan terbaharu itu menjadikan keseluruhan 14 suspek […]

Remaja mengaku bersalah cederakan bekas OCPD Dang Wangi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Januari – Seorang remaja mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencederakan bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner (SAC) Sulizmie Affendy Sulaiman sewaktu operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru, tiga bulan lepas. Majistret Nurfarahain Roslan menetapkan 4 Februari ini sebagai tarikh jatuh hukum bagi remaja berusia […]

Dua individu disyaki pengedar dadah ditahan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

DUNGUN, 2 Januari – Dua individu masing-masing seorang lelaki 33 tahun dan seorang wanita 39 tahun ditahan kerana memiliki dadah, di Jalan Felda Kerteh Ketengah Jaya, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir dalam satu keyataan memaklumkan kedua-dua suspek dipercayai pengedar dadah itu ditahan kira-kira pukul 1.00 pagi tadi. “Hasil […]

Peguam ditahan, disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
  • Peguam berusia 32 tahun ditahan disyaki bersubahat memasukkan dadah ke Penjara Marang melalui seorang banduan anak guamnya.
  • Pemeriksaan mendapati 12 ketul awal, kemudian keluarkan 123 gram pil Yaba dan 13 gram Erimin 5, nilai anggaran RM16,000.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 107(C), 109 dan tambahan Seksyen 348 Kanun Keseksaan; seorang wanita dikehendaki bantu siasatan.
Op Krismas dan Op Lancar: Polis Johor rekod 9,356 saman, sita 130 kenderaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JOHOR BAHRU, 1 Januari — Polis Johor mencatat sebanyak 9,356 saman hasil pemeriksaan ke atas 23,763 kenderaan sepanjang pelaksanaan Op Krismas dan Ambang Tahun Baharu 2026 bermula 23 Disember hingga lewat malam tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, dalam tempoh operasi berkenaan, seramai 17 individu berumur antara 14 hingga 46 tahun ditahan […]

Op Ambang Tahun Baharu: Polis Selangor keluar 1,206 saman, sita 93 kenderaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 1 Januari –Polis Kontinjen Selangor telah mengeluarkan sebanyak 1,206 saman terhadap pengguna yang didapati gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, sempena Op Ambang Tahun Baharu. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya turut menyita 93 buah kenderaan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor bermula 31 Disember […]

Pemandu ditahan rempuh motosikal ketika lampu isyarat merah di Masjid Aman
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ALOR SETAR, 1 Januari -Seorang pemandu ditahan kerana didapati merempuh motosikal ketika lampu isyarat merah, di Masjid Aman dalam kejadian pada Isnin. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali dalam kenyataan berkata, penahanan lelaki pada 6.45 petang semalam itu susulan siasatan polis berdasarkan sebuah video rakaman yang tular. Video rakaman kejadian […]

Polis tahan wanita tular ludah polis
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ALOR SETAR, 31 Disember – Seorang wanita yang bertindak agresif terhadap anggota polis dan menggangu ketenteraman awam di Mergong di sini, semalam, telah ditahan polis. Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata suspek berusia 34 tahun itu, ditahan kira-kira 2.30 petang tadi selepas laporan diterima berkaitan seorang individu dipercayai kurang siuman […]

Serangan AS ke atas Venezuela cetus duluan berbahaya- Ketua PBB
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ISTANBUL, 4 Januari – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Sabtu melahirkan kebimbangan berhubung tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Venezuela, sambil memberi amaran bahawa ketegangan itu boleh memberi implikasi serius kepada rantau berkenaan dan orde antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi. “Setiausaha Agung amat bimbang dengan peningkatan ketegangan di Venezuela baru-baru ini, yang […]

Presiden Venezuela ditangkap tentera Amerika
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

CARACAS, 3 Januari – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa tenteranya berjaya menangkap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro selepas melancarkan operasi berskala besar di negara itu. “Amerika Syarikat telah berjaya melakukan serangan besar-besaran terhadap Venezuela. Presiden Nicolas Maduro yang bersama isterinya telah ditangkap dan diterbangkan keluar dari Negara itu. “Operasi ini dilakukan bersempena dengan Penguatkuasaan Undang-undang,” […]

Venezuela isytihar darurat negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

CARACAS, 3 Januari – Venezuela isytihar darurat negara susulan letupan yang menggegarkan ibu negaranya awal pagi tadi. Negara itu dalam satu kenyataan memaklumkan, serangan turut berlaku di negeri Miranda, Aragua dan La Guaira, sekali gus mendorong Presiden Nicolas Maduro mengisytiharkan darurat negara bagi menggerakkan pasukan pertahanan. Kenyataan itu juga menolak pencerobohan yang didakwa melibatkan tentera […]

Beberapa letupan gegarkan ibu negara Venezuela
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

CARACAS, 3 Januari – Bunyi pesawat dan letupan didengari di Caracas, ibu negara Venezuela awal pagi tadi. Menurut orang awam, beberapa kepulan asap juga kelihatan di beberapa lokasi selain terdapat laporan bekalan elektrik terputus di selatan Cracas. Punca dan lokasi tepat gangguan itu belum dapat dipastikan, namun beberapa video yang tular dalam media sosial menunjukkan […]

14 terbunuh dalam serangan militan di Congo
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BENI, 3 Januari – Sekurang-kurangnya 14 orang maut apabila sebuah kumpulan yang dikaitkan dengan kumpulan Islamic State (IS) menyerang tiga kampung secara serentak di Republik Demokratik Congo (DRC), menurut tentera dan sumber tempatan pada Jumaat. Serangan itu dilakukan oleh Allied Democratic Forces (ADF) pada waktu malam, di barat laut Kivu. Penduduk berkata mereka terdengar tembakan […]

Tiga maut dalam runtuhan salji di Itali
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MILAN, 3 Januari – Tiga orang maut akibat runtuhan salji di Itali pada Jumaat, termasuk seorang warganegara Perancis dan seorang wanita Jerman, menurut pihak penyelamat gunung. Dua pemain ski tersebut terperangkap dalam runtuhan salji pada ketinggian 2,300 meter di Piedmont, berhampiran sempadan Perancis, sekitar tengah hari waktu tempatan. Mereka berjaya diselamatkan oleh pemain ski lain, […]

Jualan Tesla merosot, BYD catat jualan EV terbanyak 2025
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

NEW YORK, 3 Januari– Tesla melaporkan penurunan jualan pada tahun 2025, sekali gus kehilangan kedudukan sebagai pengeluar kenderaan elektrik (EV) terbesar dunia kepada gergasi automotif China, BYD. Syarikat Amerika Syarikat yang diterajui Elon Musk mencatatkan 418,227 penghantaran pada suku terakhir tahun lalu, menjadikan jumlah jualan tahunan sekitar 1.64 juta. Angka itu menunjukkan penurunan lebih lapan […]

Sekurang-kurangnya 40,000 orang ditembak di AS pada 2025 – GVA
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

WASHINGTON, 3 Januari – Sekurang-kurangnya 40,000 orang ditembak di Amerika Syarikat sepanjang 2025, termasuk lebih 14,600 kematian dan lebih 26,100 cedera, menurut statistik awal yang dikeluarkan oleh Gun Violence Archive (GVA), pada Khamis. GVA memaklumkan, 407 insiden tembakan rambang direkodkan tahun lalu. Insiden tersebut ditakrifkan sebagai kejadian tembakan yang mengorbankan atau mencederakan empat orang atau […]

Larangan agensi bantuan Gaza langgar prinsip kemanusiaan – PBB
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

NEW YORK, 3 Januari – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menggesa Israel supaya menarik balik larangan terhadap agensi kemanusiaan asing yang menyalurkan bantuan ke Gaza, sambil menyatakan kebimbangannya terhadap perkara berkenaan. Jurucakap PBB, Stephane Dujarric, berkata Guterres menyeru agar langkah itu dibatalkan kerana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa memainkan peranan penting dalam […]

Gempa bumi bermagnitud 6.5 gegar Mexico, dua terkorban
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MEXICO CITY, 3 Januari – Gempa bumi bermagnitud 6.5 menggegarkan ibu negara Mexico dan kawasan pelancongan di pesisir Pasifik awal pagi Jumaat. Gegaran tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang serta menyebabkan kerosakan sederhana di sebuah bandar kecil berhampiran pusat gempa. Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gempa itu berlaku sebelum pukul 8 pagi (Waktu tempatan) […]

Dua jaringan Kipre bantu Penang FC kejutkan TFC di laman sendiri
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Januari – Terengganu FC (TFC) terpaksa akur gagal mengutip tiga mata di laman sendiri selepas dikejutkan Penang FC 0-2 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Kuala Nerus, malam ini. Pada babak pertama, pasukan tuan rumah terlebih dahulu menguji gawang lawan menerusi percubaan tetapi tandukan Danilo Sipovac sedikit […]

Tang Jie, Ee Wei dilantik sebagai Duta Jenama Allianz
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Januari – Juara dunia beregu campuran, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, dilantik sebagai Duta Jenama Allianz Malaysia Berhad berkuat kuasa 1 Januari. Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif berkenaan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian luar biasa serta nilai disiplin dan ketabahan yang mereka pamerkan […]

Sukan Asia 2026: Skuad kabadi sasar gangsa
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Januari – Pasukan kabadi negara yakin dapat merangkul sekurang-kurangnya pingat gangsa pada temasya Sukan Asia 2026 yang dijadual berlangsung di Nagoya, Jepun, September depan. Ketua jurulatihnya, Vimalanathan Pavadai berkata, persiapan pasukan telah dimulakan lebih awal dengan memberi tumpuan kepada aspek mental, fizikal dan peningkatan kemahiran bagi menghadapi saingan sengit di pentas Asia. […]

Arif Aiman keempat terbaik dunia bagi statistik gelecekan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Januari – Pemain sayap Harimau Malaya Arif Aiman Mohd Hanapi melakar sejarah membanggakan apabila menduduki ranking keempat dunia bagi statistik gelecekan dalam liga divisyen utama. Data itu dikeluarkan platform statistik bola sepak Sofascore. Lebih membanggakan, tonggak Johor Darul Ta’zim itu merupakan satu-satunya pemain Asia yang berada dalam senarai tersebut. Menurut datan yang […]

Toney ledak dua gol, tamatkan rekod tanpa kalah Al-Nassr
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JEDDAH, 3 Januari – Ivan Toney menjaringkan dua gol serta mencipta satu bantuan gol ketika Al-Ahli menewaskan Al-Nassr 3-2, sekali gus menghadiahkan pasukan Cristiano Ronaldo itu kekalahan pertama mereka dalam saingan Liga Pro Saudi musim ini. Penyerang England itu meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi dua gol pantas dengan jaringan seawal minit ketujuh sebelum menambah […]

Toney ledak dua gol, tamatkan rekod tanpa kalah Al-Nassr
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JEDDAH, 3 Januari – Ivan Toney menjaringkan dua gol serta mencipta satu bantuan gol ketika Al-Ahli menewaskan Al-Nassr 3-2, sekali gus menghadiahkan pasukan Cristiano Ronaldo itu kekalahan pertama mereka dalam saingan Liga Pro Saudi musim ini. Penyerang England itu meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi dua gol pantas dengan jaringan seawal minit ketujuh sebelum menambah […]

Lens kukuh di puncak Ligue 1 selepas tewaskan Toulouse
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TOULOUSE, 3 Januari – RC Lens mencatat kemenangan ketujuh berturut-turut selepas menewaskan Toulouse 3-0, sekali gus melebarkan jurang kepada empat mata di hadapan Paris Saint-Germain (PSG) di puncak Ligue 1. Lens menduduki tangga teratas liga sejak 30 November dan akan kekal di posisi itu sekurang-kurangnya untuk dua minggu lagi berikutan saingan hujung minggu hadapan diperuntukkan […]

Prestasi hambar: Frank seru penyokong Spurs bersabar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LONDON, 3 Januari – Pengurus Tottenham Hotspur, Thomas Frank memahami kekecewaan penyokong susulan persembahan hambar ditambilkan pasukan ketika ini. Frank dicemuh penyokong sendiri selepas keputusan seri tanpa jaringan menentang bekas kelabnya, Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Jumaat. Keputusan itu menyaksikan Spurs kini di tangga ke-12 EPL dengan hanya dua kemenangan daripada 10 […]

Obor Olimpik 2026 rentas pergunungan Itali
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ITALI, 3 Januari – Larian Obor Olimpik Musim Sejuk 2026 diteruskan di tengah Itali pada Jumaat apabila api Olimpik dibawa menuruni cerun bersalji sebagai sebahagian daripada siri larian menjelang temasya itu. Peringkat ke-26 larian obor di Itali bermula di bandar Isernia sebelum melalui Castel di Sangro dan kawasan pergunungan berhampiran Roccaraso, dengan pembawa obor membawa […]

Tiada perpindahan Januari, Amorim fokus skuad sedia ada
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MANCHESTER, 3 Januari – Manchester United tidak merancang sebarang urusan keluar atau masuk pemain pada jendela perpindahan Januari menurut pengurusnya, Ruben Amorim pada Jumaat. “Kami tidak berbincang mengenai sebarang perubahan skuad. Fokus kami adalah perlawanan seterusnya,” katanya kepada pemberita. United yang akan bertandang ke laman Leeds United di Elland Road, Ahad ini berada di tangga […]

Test
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Ari Lesmana adakan konsert solo pertama di Sabah Februari ini
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Januari – Penyanyi terkenal Indonesia merangkap vokalis utama kumpulan Fourtwnty, Ari Lesmana, bakal mengadakan konsert solo pertamanya di Sabah menerusi persembahan bertajuk “Mangu Di Bawah Bayu” pada 6 Februari ini. Konsert itu akan berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu dan mengetengahkan konsep “Mangu” yang melambangkan ketenangan jiwa dan penghayatan […]

Langkah kanan, Biduanita Negara terima Anugerah Ikon Seni dan Budaya Melaka
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KLEBANG, 1 Januari – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memulakan langkah Tahun 2026 dengan Anugerah Ikon Seni dan Budaya Melaka. Anugerah berkenaan merupakan penghargaan atas sumbangannya memartabatkan seni budaya Melayu, sekali gus memperkasa identiti budaya Melaka di peringkat nasional dan antarabangsa. Pelantun lagu Nirmala itu menyifatkan pengiktirafan berkenaan sebagai suntikan semangat untuk terus berkarya […]

Papa Zola The Movie bakal tembusi pasaran antarabangsa mulai Januari
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember – Filem animasi Malaysia, Papa Zola The Movie dijangka menemui penonton antarabangsa di Asia Tenggara, Asia Barat dan Asia Selatan, susulan kejayaannya luar biasa dengan meraih kutipan RM43 juta dalam masa hanya 18 hari. Diterbitkan oleh MONSTA dengan kerjasama Astro Shaw, filem berkenaan bakal menembusi pasaran antarabangsa bermula pada 23 Januari […]

Baby Shima lancar single terbaru “Bey Kelik Laa Bey” dalam dialek Kelantan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 30 Disember – Penyanyi Baby Shima mencuri tumpuan peminat dengan pelancaran single terbarunya, “Bey Kelik Laa Bey”, yang kali pertama dirakam sepenuhnya dalam dialek Kelantan. Idea lagu tercetus selepas peminat menyokong untukmeminta Baby Shima mencuba nyanyian loghat Kelate. Hasilnya, lagu ini digambarkan lucu, comel, dan mudah menjadi siulan ramai. Baby Shima mengakui terdapat […]

Kaka Azraff lancar album sulung “MPT” selepas 16 tahun berkarya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 30 Disember – Selepas 16 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air, penyanyi Kaka Azraff akhirnya menamatkan penantian peminat dengan melancarkan album sulungnya bertajuk MPT, singkatan daripada perkataan “empati”. Album ini menggambarkan kebolehan Kaka untuk menyelami perasaan dan pengalaman orang lain, seolah-olah berada di posisi mereka. Pelancaran album tersebut diraikan dalam sesi Showcase […]

‘Gadis Kopi’ suntik inspirasi keusahawanan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Drama terbaharu RTM ‘Gadis Kopi’ mengangkat kisah perjuangan, pengkhianatan dan kasih-sayang dalam dunia perniagaan kopi tempatan, sambil menyemai inspirasi keusahawanan kepada masyarakat. Ia turut mengetengahkan peranan FAMA membantu mewujudkan pasaran, membangunkan infrastruktur, dan meningkatkan pendapatan pengeluar pertanian. Drama 13 episod mula bersiaran pada 22 Disember lalu ini menampilkan pelakon utama […]

Penyanyi popular british, Chris Rea, meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LONDON, 24 Disember – Penyanyi dan penulis lagu British, Chris Rea, terkenal era 1980-an meninggal dunia pada usia 74 tahun. Perkara itu dimaklumkan jurucakap kepada isterinya Joan Lesley menerusi kenyataan yang disiarkan kepada media UK. “Dengan rasa sedih yang amat mendalam, kami mengumumkan pemergian Chris. Beliau meninggal dunia di hospital awal hari ini dan dikelilingi […]

Shazia lancar “Itoshi-Hito”, lagu cinta Jepun penuh emosi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 22 Disember – Penyanyi dan pelakon Shazia Rozaini tampil dengan lagu terbaharu berbahasa Jepun berjudul Itoshi-Hito, membawa maksud ‘rinduku’, hasil ciptaan komposer dan pelawak terkenal Pakya Senario. Lagu itu mengisahkan perasaan terpendam seorang gadis Melayu terhadap jejaka di Jepun, yang tidak pernah diluahkan dan terus bermain dalam fikirannya. Menurut Shazia, Itoshi-Hito sarat dengan […]

ALPHA raih sambutan luar biasa di Singapura
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SINGAPURA, 21 Disember – Kumpulan lelaki M-pop, di bawah Rocketfuel Entertainment, ALPHA, mengadakan sesi bertemu peminat di Singapura menerusi acara ‘Celebfest Amplified: ALPHA Fan Meet In Singapore 2025’ yang berlangsung meriah, semalam. ALPHA menyifatkan sambutan luar biasa yang diterima sebagai detik paling bermakna dalam perjalanan seni mereka, manakala Rocketfuel Entertainment melihat kejayaan itu sebagai langkah […]

Tahun baharu: Perkukuh perpaduan demi kesejahteraan rakyat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baharu kepada semua. Semoga tahun ini, kita berjaya menggapai impian dan cita-cita yang diidamkan. Tahun 2026 sedikit unik kerana diraikan sekali dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026). Permulaan kepada usaha memacu momentum awal sektor pelancongan negara ke arah sasaran 43 juta ketibaan pelawat antarabangsa. […]

Ringgit mengukuh, pacu naratif baharu ekonomi negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Menjelang penutup 2025, ringgit melonjak ke paras 4.04 berbanding dolar Amerika Syarikat, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun. Sekali gus menandakan kebangkitan kukuh ekonomi Malaysia, asas yang mantap, dan pencapaian cemerlang berbanding mata wang serantau. Malah, ia memperkukuh kedudukan ringgit sebagai mata wang ASEAN berdaya tahan menjelang 2026. Momentum pengukuhan turut dipacu […]

Rombakan kabinet, pertingkat keberkesanan pentadbiran Kerajaan MADANI
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Selasa lepas (16 Disember 2025), kerajaan sekali lagi merombak barisan kabinetnya. Ia bukan sekadar rombakan biasa, sebaliknya pertukaran menteri dan beberapa individu melibatkan ahli parlimen dan senator. Boleh dikatakan ia merupakan rombakan besar-besaran. Tujuannya, memperkukuh tadbir urus, meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan bagi mempercepatkan agenda reformasi negara. Perubahan barisan Kabinet kali ini juga menyaksikan […]

Inisiatif baharu berkaitan cukai bantu rakyat miliki lebihan tunai
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pengumuman Kerajaan MADANI mengenai dua inisiatif penting berkaitan cukai memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya kepada peniaga kecil dan pembayar cukai secara keseluruhan. Ia turut disambut baik oleh semua pihak, termasuk Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA). Pengumuman pertama, iaitu menaikkan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion bertujuan mempercepat […]

Cadangan Bank Dunia apung harga petrol, perlu “berpijak di bumi nyata”
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Ketika Bank Dunia mencadangkan harga petrol diapungkan mengikut pasaran, kerajaan membuat keputusan menolak saranan tersebut dan menegaskan subsidi bersasar lebih relevan pada masa ini. Ia memberi mesej jelas, keutamaan kerajaan pada ketika ini ialah realiti rakyat, bukan teori global. Sejarah harga minyak dunia turut menjadi peringatan. Pada 2022 harga minyak mentah pernah melepasi […]

Tiga tahun Kerajaan MADANI: Kemakmuran dipacu, kesejahteraan rakyat diperkasa
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA 24 November 2025, genap tiga tahun usia Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tempoh setahun dua, mungkin terlalu awal untuk kita menilai berjaya atau gagal sebuah kerajaan. Namun kini selepas tiga tahun, tiada siapa boleh menafikan. Kerajaan MADANI terbukti berjaya dengan cemerlang dalam membangun dan memakmurkan negara, serta […]

Agenda besar menuntut jiwa besar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Rakyat Sabah mahukan kestabilan. Rakyat Sabah mahukan hala tuju jelas. Rakyat Sabah mahukan pembangunan yang tidak tergendala dek kerana perbalahan. Berbeza pandangan itu lumrah. Berbeza agenda itu biasa. Namun, keutamaan bersama lebih besar daripada perbalahan politik yang kecil. Agenda lebih besar menanti Sabah, dan agenda yang besar menuntut jiwa yang besar. Titik ‘gencatan […]

Politik Sabah: Dinamik, mengejutkan dan sarat isyarat baharu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sekali lagi membuktikan bahawa politik Sabah sentiasa penuh warna dan tidak pernah statik. Keputusan kali ini membawa banyak kejutan daripada gelombang pengundi baharu, perubahan pola sokongan, hinggalah kebangkitan calon bebas yang semakin berpengaruh. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan paling dominan. GRS menang 29 kerusi, Warisan pula […]

Bah Undi 2025: Pesta demokrasi, 74 calon bertanding atas tiket bebas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pesta demokrasi Sabah kini kembali. Seramai 596 calon bertanding melibatkan 24 parti politik bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan (DUN) Sabah. Menariknya, dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-17 ini juga, 74 calon bertanding atas tiket bebas. Pesta demokrasi kali ini turut dimeriahkan dengan penampilan calon termuda, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin berusia 24-tahun […]

Tiga tahun Kerajaan MADANI terus perkukuh manfaat untuk rakyat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA 24 November 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Sekali gus, membuka lembaran baharu pembentukan Kerajaan Perpaduan yang membawa gagasan Malaysia MADANI. Isnin ini, genap tiga tahun umurnya. Dalam tempoh itu, kerajaan berdepan pelbagai cabaran termasuk kos sara hidup rakyat, ketidaktentuan ekonomi global, serta kedudukan fiskal negara yang […]

Isu pengangguran, tepis tanggapan universiti lahirkan graduan ‘sia-sia’
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Isu pengangguran bukanlah suatu polemik baharu dan seringkali menjadi bahan perdebatan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah ia menjadi isu berkait sektor pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa. Faktor-faktor yang mendorong kepada perdebatan isu ini juga berubah mengikut peredaran semasa. Impak Pandemik COVID-19 kepada Malaysia dan Dunia Semasa dunia mengharungi fasa pandemik pada tahun 2020, […]

Zoo Taiping, sebuah hentian warisan dan konservasi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Sebagai anak jati Taiping, terdapat beberapa tempat di dalam bandar Taiping yang sentiasa kekal dalam ingatan, walaupun kehidupan dan kerjaya telah membawa saya ke pelbagai pelosok tempat lain di dalam dan luar negara. Bagi saya, Zoo Taiping ialah salah satunya. Ia bukan sekadar tarikan pelancongan atau lokasi lawatan keluarga di bandar Taiping, tetapi […]

Tahun baharu, minda baharu: Menangani presenteeisme demi kesejahteraan bersama
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Setiap kali menjelang tahun baharu, rakyat Malaysia sering memasang azam dan harapan baharu untuk bekerja dengan lebih baik, hidup lebih seimbang dan mencapai kesejahteraan diri. Namun, dalam keghairahan mengejar produktiviti dan prestasi, satu fenomena di tempat kerja masih berlegar tanpa disedari, iaitu presenteeisme — kehadiran bekerja walaupun dalam keadaan tidak sihat, sama ada […]

Batasan dalam komunikasi, kunci harmoni di tempat kerja
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Komunikasi di tempat kerja sering dikaitkan dengan semangat kerjasama dalam pelaksanaan tugas. Namun, ada satu aspek kritikal yang sering dipandang ringan iaitu penetapan batasan (boundaries). Dalam suasana kerja yang pelbagai latar belakang, mesej mudah disalah tafsir dan nada suara boleh disalah erti. Bila batasan tidak jelas, perkara kecil boleh bertukar menjadi konflik besar […]

Jenayah melalui komunikasi: Mangsa dikawal tanpa sedar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Ramai mangsa jenayah digital hari ini tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya tidak ditipu secara kebetulan, sebaliknya dikawal secara sistematik melalui komunikasi yang terancang. Jenayah tidak lagi bermula dengan kekerasan fizikal atau pencerobohan secara langsung, tetapi dengan mesej ringkas, panggilan telefon yang kedengaran menyakinkan atau perbualan dalam talian yang tampak prihatin. Tanpa sentuhan dan […]

Jenayah melalui komunikasi: Mangsa dikawal tanpa sedar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Ramai mangsa jenayah digital hari ini tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya tidak ditipu secara kebetulan, sebaliknya dikawal secara sistematik melalui komunikasi yang terancang. Jenayah tidak lagi bermula dengan kekerasan fizikal atau pencerobohan secara langsung, tetapi dengan mesej ringkas, panggilan telefon yang kedengaran menyakinkan atau perbualan dalam talian yang tampak prihatin. Tanpa sentuhan dan […]

Apakah kita mungkin perlu mula ‘menjaga tepi kain orang’?
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
  • Norma budaya dan patriarki menormalisasi keganasan rumah tangga dan menghalang perbincangan terbuka.
  • Sikap "jangan campur" serta stigma menyebabkan mangsa malu, takut melapor, dan sukar mendapat sokongan.
  • Pendidikan, dasar menyeluruh dan sokongan komuniti diperlukan untuk mencegah penderaan dan melindungi mangsa.
TikTok: Revolusi perniagaan dalam talian, trend kepada transaksi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Platform media sosial TikTok telah berkembang melangkau fungsi asalnya sebagai hab untuk video pendek dan hiburan. Di Malaysia, ia muncul sebagai kuasa utama dalam landskap e-dagang, merangkaikan laluan pembelian dan strategi pemasaran untuk perniagaan berskala besar dan kecil. Penulisan ini menghuraikan peranan TikTok sebagai pemangkin perniagaan dalam talian di negara ini dengan merujuk […]

AI menjadikan mahasiswa semakin pantas?
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) kini bukan lagi dilihat sebagai teknologi masa hadapan, sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian pelajar universiti. Dengan hanya beberapa arahan ringkas, AI generatif seperti ChatGPT, Gemini dan Copilot mampu menghasilkan esei, laporan mahu pun jawapan akademik dalam masa beberapa saat sahaja. Bagi sebahagian pelajar, teknologi ini dilihat […]

Rejab datang lagi, bulan mengaudit diri
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Kedatangan 1 Rejab 1447 Hijrah pada tahun 2025/2026 menjadi isyarat awal bahawa bulan Ramadan kian menghampiri. Namun, realitinya wujud perbezaan yang ketara antara mereka yang sekadar menyedari kehadiran bulan Rejab dan mereka yang benar-benar memanfaatkan peluang ini untuk melakukan audit diri serta memperbaiki kelemahan yang ada. Hakikatnya, Rejab bukan sekadar bulan persediaan menuju […]

Iklan/Banner

Kategori

Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita
Kolumnis
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.