Kategori
Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Bangunan dua tingkat di Kulim Golf terbakar, 40 ‘buggy’ musnah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KULIM, 18 Disember – Sebuah bangunan dua tingkat musnah teruk dalam satu kejadian kebakaran di Kulim Golf and Country Resort di sini, malam Rabu. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul 8.19 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech tiba […]

Isu kebersihan keutamaan PBT, Ahli Majlis penggerak utama pelaksanaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SHAH ALAM, 18 Disember – Isu kebersihan perlu diberi perhatian serius di peringkat pihak berkuasa tempatan, dengan Ahli Majlis memainkan peranan penting dalam memastikan pelaksanaannya. Ini termasuk melalui pemantauan berterusan, sokongan terhadap tindakan penguatkuasaan serta penglibatan aktif bersama komuniti, bagi membentuk sikap dan budaya bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran. Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim […]

UiTM, MPI jalin kerjasama, manfaat pelajar dan rakyat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

CYBERJAYA, 18 Disember – Kerjasama strategik antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Malaysian Press Institute (MPI) bakal memperkukuh pembangunan bakat komunikasi dan kewartawanan, sekali gus memberi manfaat kepada pelajar serta masyarakat melalui penyampaian maklumat yang lebih beretika dan berkualiti. Penolong Naib Canselor (Komunikasi Strategik) UiTM, Prof. Dr. Ismie Roha Mohamed Jais berkata, kerjasama ini membuka ruang […]

Anugerah BMW angkat tahap kebersihan premis makanan, tandas awam
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 18 Disember – Perbadanan Putrajaya (PPj) terus memperkukuh usaha meningkatkan tahap kebersihan kemudahan awam menerusi penganjuran Majlis Anugerah Premis Makanan Bersih dan Tandas Awam Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2025. Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir berkata, penganjuran anugerah berkenaan bertujuan mengiktiraf premis yang mencapai tahap kecemerlangan dari […]

Kokurikulum bentuk pelajar secara holistik, berdaya saing
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

GOMBAK, 18 Disember – Aktiviti kokurikulum bukan sekadar pelengkap kepada kecemerlangan akademik, sebaliknya berperanan penting dalam membentuk jati diri,nilai kepimpinan dan keupayaan pelajar untuk berfungsi secara efektif dalam masyarakat serta dunia pekerjaan yang semakin mencabar. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, penglibatan aktif dalam kokurikulum mampu menyokong pembangunan pelajar secara holistik […]

205 penduduk terjejas banjir di daerah Dungun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

DUNGUN, 18 Disember – Seramai 205 penduduk terjejas banjir di daerah Dungun berikutan dilanda banjir gelombang kedua di Terengganu. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri memaklumkan setakat pukul 10.00 malam tadi Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor di daerah Dungun terjejas banjir. Seramai 150 penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Shukor manakala […]

RTM raih empat anugerah pada Majlis Anugerah Media Pembinaan CIDB 2025
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 18 Disember – Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraih empat anugerah pada Majlis Anugerah Media Pembinaan CIDB 2025 menerusi Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian, Anugerah Infografik Video dan dua Anugerah Media Penyampaian Radio. Majlis penganugerahan itu disempurnakan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk […]

FELCRA umum dividen 15 peratus kepada KPFB
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – FELCRA Berhad mengumumkan kadar dividen berasaskan operasi sebanyak 15 peratus bagi tahun kewangan 2025 kepada Koperasi Peserta FELCRA (KPR). Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, agihan tersebut bakal memberi manfaat kepada 154 KPR yang bernaung bawah Kumpulan Koperasi Peserta-Peserta […]

Rombakan kabinet beri peluang kepada pemimpin muda
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 17 Disember – Rombakan kabinet bertujuan menyuntik pembaharuan dengan memberi penekanan kepada pemimpin muda, di samping memastikan kestabilan politik dalam Kerajaan Perpaduan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa menteri dan timbalan menteri yang baru dilantik terdiri daripada kepimpinan generasi kedua dan ketiga, dengan kebanyakannya berusia lingkungan 30-an dan 40-an, malah ada yang […]

Penduduk terjejas banjir di Pahang melonjak lebih 7,000 orang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUANTAN, 17 Disember – Penduduk terjejas banjir di Pahang terus meningkat malam ini susulan hujan berterusan yang melanda negeri itu. Setakat pukul 11 malam 7, 677 penduduk dipindahkan ke 64 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seluruh negeri. Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu meningkat berbanding 5,900 orang pada pukul 8 malam tadi. […]

Ringgit dibuka mengukuh, 4.07 berbanding dolar AS
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 18 Disember – Ringgit dibuka mengukuh pada paras 4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun walaupun dolar AS meningkat ketika penggiat pasaran terus meneliti hala tuju dasar bank pusat negara maju itu. Setakat pukul 8.00 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0795/0915 berbanding dolar AS daripada 4.0855/0940 […]

20 tahun SME Bank, terus perkasa PMKS
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 18 Disember – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) membuktikan kematangan dan komitmen kukuh dalam mendukung agenda pembangunan usahawan negara sepanjang dua dekad penubuhannya, selaras dengan aspirasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Rahman Mohd Din berkata, tempoh 20 tahun itu bukan satu […]

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini disokong oleh peningkatan di pasaran niaga hadapan getah serantau serta kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga. Katanya niaga hadapan getah Jepun meningkat dipacu pengukuhan harga minyak mentah dan unjuran terhadap bekalan yang semakin terhad. Sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap […]

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM32.90 bilion daripada RM34.42 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM21.20 bilion daripada RM20.70 bilion. Terdahulu, […]

JC3 lancar panduan pembiayaan mampan, peralihan untuk sektor perbankan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember– Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) melancarkan Panduan Pembiayaan Mampan dan Peralihan (STFG) sebagai garis panduan praktikal kepada bank dalam menyediakan pembiayaan yang lestari dan mampan. Panduan itu turut menyediakan alat penilaian bagi membantu bank menilai kemajuan peralihan pelanggan secara konsisten, sekali gus menyokong aliran modal ke arah aktiviti ekonomi rendah […]

Lantikan Menteri Ekonomi, MITI beri isyarat positif kepada pasaran
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Rombakan Kabinet melibatkan pengisian portfolio Menteri Ekonomi serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dilihat memberi kesan positif terhadap sentimen pasaran dan keyakinan pelabur. Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini berikutan pelantikan tersebut melibatkan tokoh berpengalaman yang mempunyai kefahaman mendalam mengenai tadbir urus, […]

Perodua Traz dijangka pacu industri automotif tempatan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PETALING JAYA, 17 Disember -Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu, Perodua Traz, yang dijangka merancakkan perkembangan industri automotif tempatan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pengenalan model itu bukan sahaja mengukuhkan rantaian bekalan industri automotif tempatan , malah turut meningkatkan sumbangan ekonomi syarikat kepada […]

Pelantikan Datuk Seri Johari perkukuh kelangsungan agenda eksport negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) optimis kepimpinan baharu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), terus memperkukuh agenda eksport negara seiring keutamaan pembangunan ekonomi Malaysia. Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata keyakinan itu didorong pengalaman luas Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan […]

Rombakan kabinet peluang perkasa Ekonomi MADANI, kejayaan RMK13 jadi penentu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Rombakan kabinet khususnya melibatkan empat portfolio utama yang menjadi tunjang hala tuju ekonomi Malaysia, membuka peluang penting memperkasa Ekonomi MADANI serta memperkukuh pelaksanaan dasar. Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), Datuk William Ng berpandangan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bermula 2026, menjadi penanda aras yang kritikal. “Kejayaan […]

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi hambar pasaran serantau
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Bursa Malaysia rendah ketika dibuka pada Rabu berikutan pengambilan untung awal yang sederhana, menjejaki pasaran serantau yang hambar dan petunjuk bercampur-campur dari Wall Street. Bagaimanapun, sentimen domestik yang kukuh mungkin memberi sokongan kemudian dalam sesi dagangan ini. Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.35 mata atau […]

Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Klang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KLANG, 18 Disember – Polis mengesahkan seorang lelaki berusia lingkungan 34 tahun maut selepas dipercayai ditetak dalam satu kejadian pergaduhan di Taman Sentosa, Klang, malam tadi. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, dalam kenyataan memaklumkan Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan menerima maklumat daripada MERS 999 mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 11.10 […]

JPJ Kedah sita tiga lori dalam Op Gempur Kenderaan Perdagangan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KOTA SETAR, 18 Disember – Tiga buah lori disita menerusi Op Gempur Kenderaan Perdagangan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan serius. Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam, berkata Op Gempur Kenderaan Perdagangan diadakan seawal pukul 5.00 pagi di dua lokasi tumpuan iaitu Pokok Sena dan Kuala Nerang. Dalam operasi tersebut, sebanyak tujuh […]

356 PATI dicekup dalam serbuan kilang komputer
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JOHOR BAHRU, 18 Disember – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menyerbu sebuah kilang komputer di Johor Bahru selepas dikesan menggaji Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal mendapati wujud unsur pelanggaran undang-undang imigresen secara terancang di kilang berkenaan. Serbuan yang dijalankan pada Selasa […]

JPJ Kedah tahan pemandu miliki 11 kesalahan jalan raya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ALOR SETAR, 18 Disember – Bukan sahaja melakukan pelbagai kesalahan jalan raya, malah peralatan menghisap dadah turut ditemukan dalam sebuah kenderaan yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, semalam. Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, kejayaan itu hasil tindakan pantas pasukan operasi penguat kuasa yang menahan sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan […]

Bersalah perdaya wanita beri sumbangan, dua lelaki didenda
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KANGAR, 17 Disember – Dua individu didenda RM4,000 setiap seorang setelah mengaku bersalah menyalahgunakan jawatan bagi memperdaya seorang wanita untuk memberikan wang sumbangan berjumlah RM800, tahun lalu. Tertuduh, Azizi Ahamad dan Syaharizul Sahar, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh seorang Pengerusi Majlis Pembangunan Komuniti Kampung […]

Pengasuh dipenjara lima tahun dera kanak-kanak hingga patah tulang paha
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Seorang pengasuh dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kajang selepas didapati bersalah mendera seorang kanak-kanak lelaki dengan menendang paha kanan mangsa hingga patah, dua tahun lepas. Hakim Mazuliana Abdul Rashid menjatuhkan hukuman itu semalam terhadap Nurdiana Lanonming, 47, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir […]

Kakitangan APM dituduh salah guna jawatan luluskan bayaran syarikat isteri
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KANGAR, 17 Disember – Seorang Penolong Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini, selepas didakwa atas pertuduhan salah guna jawatan bagi mendapatkan sogokan buat isterinya. Pertuduhan dibuat dihadapan Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan jawatannya bagi meluluskan baucar bayaran atas nama syarikat […]

Rampasan RM82 juta bukti keupayaan AKPS tahun ini
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Nilai rampasan hampir RM82.1 juta sepanjang tahun 2025 berjaya direkodkan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sekali gus membuktikan keupayaan awal agensi baharu itu dalam membanteras jenayah di pintu masuk negara, meskipun masih berdepan pelbagai cabaran struktur dan sumber manusia. Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia […]

Penipuan e-pembelian di Pulau Pinang meningkat, belia dan dewasa paling mudah terpedaya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

GEORGE TOWN, 17 Disember – Kes penipuan pembelian dalam talian di Pulau Pinang terus menunjukkan peningkatan ketara apabila sebanyak 725 kes direkodkan sepanjang tahun ini sehingga 7 Disember lepas, dengan jumlah kerugian mencecah RM6.4 juta. Jumlah itu meningkat berbanding 476 kes yang direkodkan pada tahun 2024. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat […]

Kes tembakan Durian Tunggal: Polis Melaka bidas kenyataan peguam, serah siasatan kepada Bukit Aman
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

AYER KEROH, 17 Disember – Polis Melaka membidas kenyataan Peguam Rajesh Nagarahan mengenai rekod jenayah teman wanita penjenayah yang ditembak di Durian Tunggal, Melaka, adalah tidak relevan dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan kes tersebut. Ketua Polisnya, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kenyataan itu seolah-olah meragui kesahihan fakta yang telah disampaikan pihak polis. “Kenyataan ini dibuat susulan […]

Ribuan berhimpun di Honduras bantah dakwaan penipuan pilihan raya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TEGUCIGALPA, 18 Disember -Ribuan penyokong parti berhaluan kiri Honduras mengadakan demonstrasi di ibu negara pada Rabu bagi membantah apa yang dianggap sebagai “penipuan” dalam pilihan raya presiden, dengan pemenang masih belum diketahui lebih dua minggu selepas pengundian. Pengisytiharan pemenang bagi pilihan raya 30 November bergantung kepada proses pembersihan ribuan kertas undi yang tidak konsisten. Namun […]

M23 berundur dari bandar Uvira
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KINSHASA, 18 Disember – Kumpulan bersenjata M23 mula berundur dari bandar Uvira di timur Republik Demokratik Congo (DRC), yang telah jatuh ke tangan kumpulan pemberontak itu yang disokong Rwanda dalam satu serangan pada awal Disember lalu yang mencetuskan kemarahan Washington. Selepas menawan bandar utama Goma dan Bukavu awal tahun ini, M23 menawan bandar strategik berhampiran […]

Populariti merudum, Trump janji perkukuh ekonomi AS
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

WASHINGTON, 18 Disember – Presiden Donald Trump dijadual membentangkan pelan untuk menjadikan Amerika Syarikat “lebih kuat daripada sebelumnya” dalam ucapan televisyen kepada rakyat pada Rabu. Rancangan berkenaan dilakukan ketika tahap popularitinya semakin merosot susulan kritikan terhadap pengendalian ekonomi. Ucapan Trump pada penghujung tahun pertama beliau kembali ke White House itu berlangsung di tengah-tengah kebimbangan Parti […]

Pemansuhan Akta Caesar buka jalan pemulihan ekonomi Syria
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

WASHINGTON, 18 Disember -Kongres Amerika Syarikat menamatkan sekatan yang dikenakan ke atas Syria di bawah kepimpinan bekas Presiden Bashar al-Assad secara kekal. Penamatan sekatan berkenaan sekali gus membuka laluan kepada kemasukan semula pelaburan ke negara yang musnah akibat perang itu. Presiden Donald Trump sebelum ini telah dua kali menggantung pelaksanaan sekatan tersebut susulan rayuan Arab […]

Pencabulan Israel, terus ragut banyak nyawa di Gaza
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

GAZA, 18 Disember – Israel berulang kali melanggar perjanjian gencatan senjata di Gaza dan menyebabkan kira-kira 400 rakyat Palestin terkorban sejak perjanjian tersebut mula berkuat kuasa. Pegawai Kanan Hamas, Ghazi Hamad berkata, rejim Zionis itu telah melakukan lebih 800 pelanggaran, termasuk pembunuhan, serangan ke atas orang awam, pengeboman dan pembunuhan berprofil tinggi sejak perjanjian gencatan […]

Peningkatan pelancong ke China selepas transit tanpa visa
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BEIJING, 18 Disember – Kelonggaran transit tanpa visa 240 jam China telah menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah kunjungan pelancong asing sejak dilaksanakan setahun lalu. Menurut statistik terkini daripada Pentadbiran Imigresen Negara (NIA), sejak pelancaran rasmi program itu pada Disember tahun lalu, sebanyak 40.6 juta pelancong asing telah memasuki China melalui pelabuhan-pelabuhan di seluruh negara, meningkat […]

China dakwa Filipina ceroboh Xianbin Jiao
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BEIJING, 18 Disember – China mengecam tindakan Filipina selepas kapal-kapal Manila didakwa menceroboh ke lagun Xianbin Jiao di Laut China Selatan. Jurucakap Kementerian Pertahanan China Jiang Bin, membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap tuduhan palsu Filipina mengenai tindakan penguatkuasaan maritim China terhadap anggota Filipina berhampiran Xianbin Jiao. Menurut Jiang, Filipina dengan sengaja menghantar sejumlah besar […]

Bekas Menteri Luar Thailand seru diplomasi, selesai konflik sempadan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 18 Disember – Bekas Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya, menyeru pemimpin Thailand dan Kemboja supaya menyelesaikan perbezaan melalui dialog, bukannya di medan perang, sambil menegaskan China berpotensi memainkan peranan sebagai perantara kerana hubungan eratnya dengan kedua-dua negara. Konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja kembali tercetus sejak 7 Disember, kurang daripada dua bulan selepas kedua-dua […]

Tragedi Tebing Barat: Penduduk Palestin kembali ambil barangan sebelum rumah diruntuhkan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

NUR SHAMS, 17 Disember – Puluhan penduduk dari kem pelarian Nur Shams di Tebing Barat yang telah dikosongkan kembali pada Rabu untuk mengambil barangan mereka sebelum tentera Israel meruntuhkan 25 bangunan kediaman di kem itu. Awal tahun ini, tentera Israel melancarkan operasi berterusan dengan alasan memerangi kumpulan bersenjata Palestin di kem-kem utara Tebing Barat, termasuk […]

RSF musnah bukti kekejaman beramai-ramai di El-Fasher, Sudan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PORT SUDAN, 17 Disember – Pasukan Sokongan Pantas (RSF) Sudan didapati telah memusnahkan dan menyembunyikan bukti pembunuhan beramai-ramai selepas menawan bandar El-Fasher di Darfur Utara, menurut laporan terbaru Makmal Penyelidikan Kemanusiaan Universiti Yale (Humanitarian Research Lab, HRL), Universiti Yale. Menggunakan imej satelit, HRL mendapati bahawa RSF memusnahkan bukti pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan semasa pengambilalihan mereka […]

Kasut Nike ‘Grinch’ milik mendiang Kobe Bryant bakal dilelong
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BEVERLY HILLS, 18 Disember – Sepasang kasut Nike ‘Grinch’ yang pernah dipakai dan ditandatangani oleh legenda NBA, mendiang Kobe Bryant, kini menjadi tumpuan dunia dan akan dibawa ke dewan lelongan. Kasut ini dijangka bakal mencipta rekod sejarah baharu dalam dunia koleksi sukan. Kasut berwarna hijau terang yang sangat ikonik ini telah dipakai oleh Bryant ketika […]

Kasut Nike ‘Grinch’ milik mendiang Kobe Bryant bakal dilelong
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BEVERLY HILLS, 18 Disember – Sepasang kasut Nike ‘Grinch’ yang pernah dipakai dan ditandatangani oleh legenda NBA, mendiang Kobe Bryant, kini menjadi tumpuan dunia dan akan dibawa ke dewan lelongan. Kasut ini dijangka bakal mencipta rekod sejarah baharu dalam dunia koleksi sukan. Kasut berwarna hijau terang yang sangat ikonik ini telah dipakai oleh Bryant ketika […]

Pemain bola sepak Ecuador Mario Pineida maut ditembak
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

QUITO, 18 Disember – Pemain bola sepak kebangsaan Ecuador, Mario Pineida, disahkan maut selepas ditembak dalam satu serangan di bandar pelabuhan Guayaquil, menurut kenyataan kelabnya, Barcelona SC. Dalam hantaran di platform X, kelab itu memaklumkan menerima pengesahan rasmi mengenai kematian pemain berusia 33 tahun itu susulan serangan berkenaan. “Dukacita dengan rasa sedih yang mendalam, bahawa […]

AFCON 2025 uji kelab EPL, beberapa pasukan hilang tonggak utama
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Manchester, 18 Disember – Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025 dijangka memberi kesan kepada beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila kelab kehilangan pemain utama sepanjang tempoh kejohanan dari 21 Disember hingga 18 Januari di Maghribi. Antara nama besar yang terlibat ialah Mohamed Salah (Mesir), Omar Marmoush (Mesir), Bryan Mbeumo (Cameroon) serta Amad Diallo (Ivory Coast), […]

JDT lebur rekod tanpa kalah KL City, 4-0
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 18 Disember – Rekod tanpa kalah Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam saingan Liga Super musim ini berakhir selepas tunduk 0-4 kepada Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam. JDT membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Cristian Glauder yang menanduk masuk sepakan penjuru Oscar Arribas. Dua minit […]

Juara Piala Dunia bakal bawa pulang AS$50 juta
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

DOHA, 18 Disember – Hadiah wang tunai untuk Piala Dunia 2026 dijangka meningkat 50 peratus berbanding Piala Dunia 2022 di Qatar dengan juara bakal membawa pulang AS$50 juta manakala naib juara menerima AS$33 juta. Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata bagi 16 negara yang gagal melepasi peringkat kumpulan awal, masing-masing akan menerima AS$9 juta, manakala setiap negara […]

Jelajah Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik menang aksi pertama
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuka tirai kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan cemerlang selepas menewaskan gandingan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Fajar Alfian dalam saingan Kumpulan B di Hangzhou, China hari ini. Pasangan di ranking kedua dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk melakar kemenangan […]

Alcaraz berpisah dengan jurulatih Ferrero selepas tujuh tahun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MADRID, 17 Disember – Juara tenis dunia, Carlos Alcaraz mengumumkan perpisahan dengan jurulatihnya, Juan Carlos Ferrero, menamatkan kerjasama yang telah membawanya meraih enam gelaran Grand Slam dan kedudukan nombor satu dunia. Ferrero mula membimbing Alcaraz ketika pemain muda itu berusia 15 tahun, membantu beliau meraih beberapa gelaran ATP Tour sebelum menjadi pemain dominan di semua permukaan Grand […]

Sukan SEA 2025: Kontinjen negara tambah deretan pingat emas hari ini
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Kontinjen Malaysia teruskan menceriakan kempen di Sukan SEA Thailand hari ini apabila menambah deretan pingat emas menerusi pelbagai sukan, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara dalam carta pungutan pingat. Kem silat menyumbang dua emas menerusi Muhammad Izzul Irfan dalam Kelas D Putra selepas bantahan rasmi kem negara diterima juri, menyaksikan keputusan […]

Sukan SEA: Skuad MLBB wanita negara cipta sejarah rangkul emas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 17 Disember – Skuad Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) wanita negara mencipta sejarah apabila meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara e-sukan itu selepas menewaskan Filipina pada perlawanan akhir di Universiti Chulalongkorn di sini hari ini. Pasukan kebangsaan yang dibarisi Qurratul Ain Nurfarisha Nizam, Afrina Balqis Ibdhi Har Ali, Hanis Wahidah Dashuki, Queenie Lim […]

Musim kelima Emily in Paris janjikan kelainan, berlatar Rom
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PARIS, 16 Disember – Peminat siri popular Netflix, Emily in Paris, bakal disajikan dengan kelainan dalam Musim 5 yang akan membawa kisah percintaan dan cabaran kerjaya watak utama ke Itali, khususnya Rom, kata barisan pelakon siri itu pada Isnin. Pelakon utama, Lily Collins, menjadi tumpuan utama pada tayangan perdana karpet merah yang berlangsung di Paris. […]

Pentas Barbarik live @ Odeon KL gegarkan peminat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 14 Disember -Kumpulan rock Barbarik kembali menggegarkan pentas menerusi Pentas Barbarik Live @ Odeon KL semalam, apabila ribuan peminat setia, Rejim Barbarik, membanjiri dewan seawal pukul 5.00 petang semalam. Walaupun pembukaan konsert tertangguh akibat kehadiran luar jangkaan, suasana dalam Odeon KL bertukar gamat sebaik Barbarik yang dibarisi Muss, Jo Branko, Rozaimi dan Ainol […]

DOLLA raikan iDOLLAs dalam ‘fan meet’ eksklusif penuh emosi di Sunway Pyramid
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Kumpulan wanita popular DOLLA kembali bertemu para peminat melalui acara DOLLA Exclusive Fan Meet yang berlangsung pada 6 Disember lalu di LG1 Pyramid Concourse, Sunway Pyramid. Pertemuan tertutup itu diadakan sebagai penghargaan terhadap kesetiaan iDOLLAs yang terus menyokong kumpulan tersebut sepanjang perjalanan seni mereka. Acara bermula pada pukul 3.00 petang […]

Jeremy O. Harris dibebaskan selepas tiga minggu ditahan di Jepun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TOKYO, 10 Disember – Penulis drama dan pelakon ‘Emily in Paris’ dari Amerika Syarikat, Jeremy O. Harris, dibebaskan tiga minggu selepas penahanannya di Jepun atas dakwaan penyeludupan dadah, sementara pihak pendakwa masih menjalankan siasatan, menurut polis pada Rabu. Jepun mempunyai undang-undang dadah antara yang paling ketat di dunia, dan pemilikan dadah haram boleh mengakibatkan hukuman […]

Odeon KL bangkit sebagai hab seni, muzik dan budaya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]

Konsert ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’, bawa misi kemanusiaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]

Legenda Cik Siti Wan Kembang diangkat dalam teater muzikal berskala besar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]

Soloz: Game of Life tembusi pasaran Thailand, bakal tayang di 80 pawagam
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]

Tayangan ‘Childhood Dream’ tonjol persahabatan tiga bangsa di TV2, malam ini
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]

Pindaan Akta FINAS sokong pertumbuhan industri kreatif negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan. Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi […]

Kecerdasan emosi digital, tembok perlindungan dunia maya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Menatal TikTok, bermain permainan video melalui telefon pintar, perbahasan pada layar X dan WhatsApp bagi rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda; semua aktiviti ini adalah sebahagian daripada kehidupan seharian. Menerusi dunia maya, kita saling berhubungan dan juga sentiasa meningkatkan kemahiran digital. Bagaimanapun, pada masa yang sama, kita sebenarnya memupuk sesuatu yang lebih senyap tetapi […]

Banjir kilat beri kesan kepada ekosistem dan biodiversiti bandar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Banjir kilat merupakan salah satu isu alam sekitar yang semakin membimbangkan di bandar-bandar Malaysia. Fenomena ini bukan sahaja mengganggu kehidupan harian, malah memberi kesan besar terhadap ekosistem dan biodiversiti bandar. Walaupun ramai menganggap banjir kilat sebagai masalah saliran atau kejuruteraan semata-mata, sebenarnya ia berkait rapat dengan perubahan ekologi, pencemaran dan penyebaran spesies invasif. […]

Papa Zola dedah realiti penggiat gig
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG “Papa Zola The Movie”, yang mula ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia bermula 11 Disember 2025, hadir dengan lebih daripada sekadar hiburan visual. Di sebalik kisah animasi fiksyen sains dan komedi yang menghiburkan, filem ini menyorot realiti kehidupan penggiat ekonomi gig serta membuka ruang perbincangan tentang sisi kemanusiaan dalam ekonomi digital. Filem ini […]

Wira berbaju putih, bukan sekadar petugas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Dalam kehidupan seharian, profesion jururawat jarang menjadi perhatian masyarakat. Ketika sihat, mereka bukan siapa-siapa dalam ingatan. Namun apabila demam tinggi menyerang, ketika seorang ayah tidak lagi mampu berdiri, atau seorang anak melarat di ICU, jururawatlah insan yang berdiri di sisi katil pesakit saban waktu. Mereka tidak terkenal di layar perdana, tetapi merekalah insan […]

Awasi anak-anak, sederhana dalam dunia permainan digital
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Kala ini, pada petang hari selepas pulang dari sekolah, kebanyakan anak menghabiskan masa dengan peranti masing-masing. Justeru, ibu bapa bukan lagi memanggil anak pulang dari taman permainan atau padang bola, tetapi dari laman layar yang bercahaya. Bagi anak-anak muda, mustahil kalau tidak pernah mendengar perkataan Roblox atau Mobile Legends. Maka, dengan senyap dan […]

Industri getah perlu diperkasa semula
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Industri getah Malaysia pernah menjadi tunjang ekonomi global, menyokong pertumbuhan negara dan kehidupan masyarakat luar bandar selama lebih satu abad. Dari era penjajahan sehingga menjadi pengeluar getah asli terbesar dunia pada pertengahan abad ke-20, sektor ini mencorakkan identiti Malaysia. Hari ini, industri itu merudum. Pekebun kecil bergelut dengan harga yang tidak stabil, ladang […]

Terapi alam sekitar, alternatif baharu tangani isu kesihatan mental
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Minat terhadap terapi alam sekitar atau ecotherapy semakin meningkat seiring dengan kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kepentingan menjaga kesihatan mental, khususnya dalam berdepan tekanan kerja, gaya hidup serba pantas dan peningkatan paras stres harian. Pakar psikologi kesihatan memaklumkan bahawa pendedahan kepada alam semula jadi terbukti membantu menurunkan paras hormon stres kortisol, menstabilkan emosi serta […]

Seni bina kayu kita, warisan yang lestari
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Sebelum industri pembinaan dimodenkan dengan keluli, konkrit dan jentera berat, nenek moyang kita di rantau Asia telah pun memiliki kepakaran untuk mendirikan struktur kukuh menggunakan kayu tanpa sebarang paku atau gam. Di Malaysia, asas teknik binaan ini dikenali sebagai tanggam; satu kaedah penyambungan kayu tradisional yang menggabungkan potongan dan takukan khusus sehingga dua […]

Fenomena ‘barcode cutting’ isyarat remaja terdesak
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sekolah-sekolah dan institusi pendidikan di Malaysia semakin berdepan dengan satu gejala yang membimbangkan; perbuatan mengelar tangan secara berulang sehingga meninggalkan parut berbentuk jalur selari, atau lebih dikenali dalam kalangan remaja sebagai ‘barcode cutting’. Fenomena ini bukan sahaja meresahkan guru-guru dan ibu bapa, malah menunjukkan perubahan budaya yang memerlukan perhatian […]

Selain AI, GAI bantu meningkatkan pendidikan pengaturcaraan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Dunia pendidikan kini sedang mengalami transformasi besar dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan generatif (Generative AI atau GAI). Dalam era digital yang pantas ini, pendidikan pengaturcaraan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada kaedah pengajaran tradisional yang sering kali menghadapi cabaran seperti kekurangan maklum balas peribadi, perbezaan tahap penglibatan dan pemahaman pelajar. Kecerdasan buatan generatif merupakan […]

Iklan/Banner

Kategori

Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.